1) Sediakan resume
Sediakan resume secepat mungkin. Lagi cepat lagi bagus. Anda hanya perlu meletakkan maklumat-maklumat penting sahaja di dalam resume. Resume anda mestilah 1-2 mukasurat sahaja. Jangan banyak-banyak, nanti kena reject. Haha.
2) Sediakan portfolio
Sediakan satu folio khas yang menerangkan tentang aktiviti atau program yang anda pernah sertai semasa di universiti. Jika anda letakkan gambar sebagai bukti, ianya lagi bagus. Portfolio anda tidak perlu tebal seperti buku, cukup hanya 2-3 mukasurat bagi setiap program.
3) Kumpulkan sijil-sijil penting di dalam fail
Ramai fresh grad kelam kabut mencari sijil mereka apabila mendapat tawaran temuduga kerja. Pada waktu ini mula lah sijil spm hilang lah, sijil pmr hilang lah. Haha. Sepatutnya letakkan semua sijil penting di satu fail yang selamat. Nanti bila anda dapat temuduga, anda tak perlu lah kelam kabut kerana bahan yang diperlukan dah tersusun rapi di dalam fail.
4) Upgrade kemahiran komunikasi
Salah satu cara untuk anda upgrade kemahiran komunikasi anda adalah dengan berjumpa pelbagai orang di sekeliling anda. Bersembang dengan mereka, dan belajar dari mereka. Jika anda ada duit lebih, hadirkan lah diri ke kelas-kelas komunikasi. Upgrade ilmu, diri anda pun akan semakin hebat.
5) Belajar microsoft excel
Microsoft excel adalah merupakan perisian yang wajib diketahui oleh semua fresh grad. Boleh dikatakan hampir semua syarikat menitikberatkan software ini. Jika anda mahir menggunakan microsoft excel, sudah tentu anda dapat memikat hati bakal majikan anda.
6) Daftar akaun carian kerja
Akaun carian kerja ni macam mana? Oh mudah je kalau anda nak faham. Jobstreet, Linkedin, dan Spa8i adalah contoh akaun kerja yang sering menjadi pilihan fresh grad. Anda hanya perlu daftar dan selamat datang ke dunia “job hunter”.
7) Buat research mengenai kerja yang kita inginkan
Sebelum anda masuk ke pasaran kerja, sila buat research pasaran pekerjaan yang anda sasarkan. Buat research mengenai kemahiran yang diperlukan, benefit, kelemahan,
8) Cari lubuk pekerjaan
Nak cari lubuk pekerjaan tidak semestinya melalui Jobstreet, Linkedin dan Spa8i sahaja. Sebenarnya banyak lubuk pekerjaan yang anda boleh gunakan sebagai platform mencari kerja. Contoh paling senang adalah group, page di Facebook dan Telegram.
9) Sediakan email profesional untuk memohon kerja
Email profesional melambangkan siapa diri anda. Jika anda menggunakan email hellokitty93@gmail. com, anda sebenarnya sedang menempah maut. Haha. Email yang baik adalah email yang menggunakan nama anda sendiri dan tidak menggunakan perkataan yang pelik.
10) Drop resume sebanyak yang boleh
Jika anda pergi ke careerfair, bawalah resume sebanyak yang boleh. Drop resume anda sebanyak yang boleh. Anda bukannya tamak, tapi anda sedang berusaha. Jika anda drop resume ke 30 syarikat yang berlainan, saya jamin anda pasti akan mendapat panggilan temuduga. Kalau tak dapat 30, 5 pun sudah cukup.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua, Ingat! Zaman selepas belajar adalah merupakan zaman yang sangat mencabar.
Anda bukannya di zaman anak manja, anda seharusnya bangkit dan terus lawan.
– Aidil Nor Adha
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit