10 Pesanan Kepada Fresh Grad Selepas Menamatkan Pengajian

“10 Pesanan Kepada Fresh Grad Selepas Menamatkan Pengajian”

1) Sejauh mana kita berjaya di dalam hidup, jangan pernah sesekali kita lupa asal usul kita.

2) Bila sudah berjaya menamatkan pengajian, jangan pernah lupa keringat ibu bapa kita yang berkorban untuk membesarkan kita. Jangan jadi Si Tanggang!

3) Bila rezeki kita lambat sampai, jangan cepat merungut. Jika kita tidak dapat apa yang kita mahu, sebenarnya Allah sedang menyusun perkara yang lagi layak untuk kita.

4) Jika ada kawan kita yang berjaya, jangan dengki dengan kejayaan mereka. Kita kena tumpang gembira, jangan kau dengki sangat. Nanti tertutup pintu rezeki kau weh!

5) Kau kena betulkan mindset bahawa kejayaan itu bukan diukur dengan harta yang menimbun, tetapi kejayaan juga merangkumi aspek akhlak dan adab kau terhadap orang lain.

6) Bila kau memilih pasangan hidup, kau perlu pilih betul-betul. Jangan ikut mata sedap memandang. Cari jodoh bukan seperti membeli ikan di pasar!

7) Bila kita nampak kawan-kawan kita saling berlumba menunjukkan kejayaan mereka, kau perlu tenang sahaja. Akhirnya kau akan terima bahawa setiap oran gi mempunyai”timeline” rezeki mereka yang tersendiri.

8) Bila kita ada rezeki lebih, sedekahkanlah kepada golongan yang memerlukan. Tidakpun belanja lah kawan kita makan. Sedekah tidak mengurangkan rezeki, tetapi menambahkan rezeki kau. Jangan kedekut!

9) Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya! Tambah-tambah dengan geng MLM yang kau tidak tahu mana asal-usulnya. Nak berjaya, tiada jalan pintas haa!

10) Jangan asyik membandingkan diri dengan orang di sekeliling kau. Percayalah kau tidak akan pernah puas dengan hidup kau kalau kau asyik mengikut gaya kehidupan orang lain.

Bila kita menamatkan pengajian, perjalanan hidup kita sebenarnya baru sahaja bermula. Pekakkkan telinga dan fokus pada diri sendiri sahaja kerana akhirnya hanya diri kita sendiri faham apa matlamat hidup yang kita inginkan.

“Hidup Kita, Cara Kita”

– Aidil Nor Adha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *