1) Terlalu ikut cakap bakal mak mertua.
“Kalau nak anak makcik, kau kena bagi hantaran 20k. Kenduri kena 10 khemah”.
Hanya kerana cinta, si lelaki pun hanya jadi pak turut sahaja. Tak apa lah, “asalkan aku dapat kahwin dengan si dia pun dah cukup”.
2) Honeymoon tempat tak masuk akal.
“Abang, nanti lepas kahwin kita pergi honeymoon dekat Maldives tau. Tengok Senah tu bang, dia honeymoon dekat London. Sweet betul abang. Nanti boleh kita tangkap gambar dekat sana buat kenangan”.
Sudah lah hantaran 20k, honeymoon pun nak keluar ribu-ribu juga. Haha.
3) Tidak buat duit persediaan selepas kahwin.
“Abang dah usaha dah kumpul duit kahwin kita. Hujung tahun ni cukup 30k kita jalan terus okay. Abang taknak tunggu lama-lama. Nanti ada lelaki lain sailang sayang mesti abang menyesal seumur hidup.”
30k hanya dihabiskan untuk kahwin, duit deposit rumah sewa, perabot, duit makan minum, duit persediaan bakal anak juga perlu disediakan selepas kahwin. Jangan guna konsep “Kahwin dulu, kewangan nanti duit jatuh dari langit”. Kelak diri sendiri yang merana. Haha.
4) Terikut-ikut drama pukul 7.
“Abang, sweet la drama ni. Nanti abang belikan gelang dengan baju macam tu boleh? Tak salah kan kalau bahagiakan isteri”. Kan… Kan?
“Si suami pun hanya mengangguk sambil terpaksa”. Haha.
5) Suka banding kehidupan dengan orang lain.
“Ayang, cuba tengok Mior tu. Lawa kan kereta dia. Abang rasa gaji abang ni lepas beli kereta import ni. Nanti teman abang ye pergi tengok kereta baru dekat showroom ye. Biar Mior terkejut tengok abang beli kereta baru”.
“Huh hidup taknak kalah”. Haha.
6) Si isteri wajib sarung banyak emas.
“Abang, nanti dapat gaji kita pergi kedai emas boleh? Emas sayang ni dah lama sangat ni pakai. Tengok Senah tu, tiap bulan suami dia belikan dia emas”.
“Tapi abang nak simpan sikit gaji ni, hmm”.
“Ala abang nafkah untuk isteri lagi penting dari simpanan”.
“Terus tergugat si suami bila sebut soal nafkah”. Haha.
7) Tidak fikir masa depan bakal anak selepas kahwin.
“Ayang apa kata kita pergi melancong pergi Perancis nanti. Takpe kita kan takde anak lagi. 10 ribu je, duit simpanan abang ada. Nanti dah balik kita menyimpan la semula”.
8. Buat pinjaman peribadi.
“Abang, ccris kita dah tak cantik ni. Silap-silap nanti kena blacklist”.
“Takpe ayang jangan risau. Abang ada kawan boleh uruskan pinjaman peribadi. Nanti dah dapat duit tu, kita bayar lah semua hutang kita”. Kesian, baru kahwin dah penuh dengan perangkap hutang. Huhu.
9) Kahwin kerana “duit”.
“Mira, kenapa kau nak kahwin dengan si Jamal tu? Aku tengok dia tu tak la kacak mana pun, baik lagi si Amin”.
“Alah kau apa tahu, dia kerja kerajaan. Aku nampak masa depan aku cerah. Nanti nak buat loan senang. Kalau tak cukup duit, aku boleh pinjam duit dia. Nak buat personal loan pun senang. Hidup ini kena fikir panjang weh. Kena cari lelaki yang stabil”.
Huh ngeri betul dengar cara dia cakap. Haha.
10) Tidak mempunyai persefahaman.
“Sayang, nanti lepas kahwin kita sewa rumah murah dulu ye. Bajet abang 600 je untuk sewa rumah. Selebihnya kita buat simpanan deposit beli rumah”.
“Alaaa, tak nak la abang. Cari la rumah selesa sikit. Kalau boleh cari la apartment yang ada swimming pool ke. Nanti kalau abang pergi kerja, sayang bosan sayang boleh mandi dekat situ. Lagipun ada security guard, selamat sikit”.
“Baiklah ayang, si suami mengiyakan dengan hati penuh kecewa”.
“Bukan semua perempuan adalah kaki kikis duit si suami, bukan semua lelaki suka hidup secara boros”.
– Aidil Nor Adha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit