10 Senarai Masalah di Rumah

Assalamualaikum, di sini aku nak kongsi serba sedikit perasaan aku terhadap kemalasan dalam kalangan setiap keluarga aku di rumah. Individunya iaitu ayah, mak, abang, kakak dan adik aku.

Aku tak tahulah macam mana nak tegur kesilapan mereka ni. Jadi, aku senaraikan 10 masalah yang berlaku dalam keluarga di rumah.

1. Tuala yang masih dipakainya lagi diletakkan di atas kerusi, sofa, katil, tombol pintu. Kemudian, bila dah tak pakai tuala dan pakaian ianya dicampakkan di atas lantai. Walaupun dah ada bakul. Bukannya jauh sangat nak berjalan letak dalam bakul.

2. Suka pakai barang peribadi orang (yang tidak boleh dikongsi) tanpa keizinan. Bila kita cari, eh mana?? Peralatan tu antaranya tuala, berus gigi, pisau cukur, sikat, deodoran roll on dan spa mandian. Tak ke berkongsi kuman dan bakteria?

Contohlah, guna berus gigi orang walaupun nampak macam bersih.Berjuta juta kuman akan tercemar dengan ubat gigi, darah, air liur dan debris mulut. Virus dan bakteria tinggal berminggu- minggu. Apa jadi kalau berus gigi duduk sebelah sebelah dan tersentuh dgn berus gigi adik, abang, dan semua? Mudah dapat penyakit.

3. Kurang prihatin untuk menolong mengemas dan membersihkan barang sendiri yang digunakan di rumah. Walaupun sifatnya seorang yang suka kepada kebersihan, kekemasan.

– Biarkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan di atas meja.

– Makan dan tinggalkan sisa makanan seperti kulit pisang, kulit buah oren di atas meja atau papan pemotong.

– Ambil dan buka tuppaware, roti, tudung salji botol sos, tin dan bekas makanan dan tinggalkan dalam keadaan terbuka. Tidak kembalikan ke tempat asal di peti ais atau tempat yang sudah disusun asal.

– Sidai kain pelikat, kain batik, telekung bukan pada penyidai. Selalu dijumpai di atas iron board.

– Selesai minum, tidak membuang botol di dalam tong sampah.

– Letak songkok, kopiah, kunci, telefon merata rata. Kemudian bila hilang. Tanya siapa ambil.

4. Sukakan penjimatan tapi kadang-kadang leka juga.

– Biarkan lampu terpasang setelah tidak digunakan. Selalunya, lampu dan pintu di bilik air dibiarkan terbuka.

-Suis On untuk charge telefon, laptop, aircond, tv dan guna periuk nasi, pembakar roti, heater, printer dibiarkan 24 jam. Suis plak- plak di rumah pun sama. Selalu jumpa on.

– Mandi terlalu lama. Anggaran masa 30 minit atau 1 jam. Tentulah penggunaan air banyak.

5. Tidak perasan rambut banyak jatuh atas lantai dan melekat di tempat penapis yang lubang lubang di bilik air. Sampai ke lusa dibiarkan.

6. Suka membiarkan barang pencuci yang sudah lama ( bertahun ke berbulan )dan memang tidak digunakan kekal ada di rumah . Selalunya shampoo, sabun mandi bentuk cecair, ubat kumur, pencuci muka dan segala- galanya.

7. Dengar bunyi mesin basuh tung tang. Yang, adik, mesin basuh dah siap tu ! Cuaca dah panas ni. Kurang prihatin utk menolong angkat dan sidai. Paling tidak, tolonglah golongan wanita gagahkan keluarkan kain , letak dalam bakul, angkat dan letak depan penyidai.

Kesian wanita yang lemah tak mampu angkat, terpaksa angkat dan selalu sakit belakang dan masalah rahim boleh jatuh. Lagilah kalau dah nampak kain dah kering di penyidai, tapi malasnya nak tolong angkat. Inikan lipat. Walaupun pakaian itu pakaian milik sendiri termasuk seluar dalam, baju dalam, seluar pendek.

8. Penggunaan tisu, cotton ball, wipes, pengorek telinga untuk membersihkan hingus, make up, luka, luka jerawat dan kotoran pada diri dan sekitar secara maksimum sehingga berlonggok di suatu tempat. Kenapalah tak bersifat kesian pada orang sekeliling yang terpaksa tolong ambil dan buang. Kalau pad atau pantiliner lagilah geli nak tolong pegang dan buang.

9. Korek hidung, kesat dan buang, kepit kuku dan buang pada tempat tidak sepatutnya. Elok benda ni buat dalam bilik airlah sorang sorang.

10. Malas nak plush tandas. Inikan menolong buka tingkap pagi- pagi dan bersihkan habuk- habuk pada kipas, kotoran yang melekat pada dinding dapur.

Minta cara sikit cara korang nasihat ayah, mak, abang, kakak, adik aku agar peka pada soal ini.

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *