Kalau ada satu perkara dalam hidup yang aku sendiri tak sangka akan jadi kenyataan — aku kahwin dengan crush aku sendiri.
Ya, AR. Lelaki yang aku pernah curi-curi pandang masa matriks dulu. Lelaki yang buat aku tersenyum tanpa sebab walaupun dia dengan aku tak rapat pun, dari sekadar classmate.
Masa tu… aku diam je. Dia pun diam. Kita dua-dua sibuk dengan study, pointer, dan cita-cita. Tapi entah kenapa, aku selalu perasan dia. Dia pandai, aku admire gila.
Bila dia jawab soalan, bila dia senyum dengan kawan dia, bila dia nampak struggle tapi tak pernah give up. Itu yang buat aku respect — dan slowly, rasa tu bertukar jadi suka. Rasa crush tu datang sendiri.
Tergerak hati untuk doa nama dia time solat. Tapi aku simpan je semua tu. Antara aku dengan Allah.
Sampailah beberapa tahun lepas matriks, tahun 2018… aku decide untuk buat sesuatu yang mungkin nampak gila bagi orang lain — aku confess dekat dia. Dekat Instagram. Allah bagi petunjuk dia time aku tengah down.
Bukan ayat novel pun. Bukan pick-up line. Cuma aku jadi diri sendiri. Jujur. Ikhlas. Sebab aku dah penat simpan. Dan aku rasa… kalau dia bukan jodoh aku pun, at least aku dah luah. Tapi Allah tu Maha Baik.
Dari situ… dia balas. Bukan tolak. Dia sambut rasa tu.
Slowly, kami mula kenal semula. Tapi kali ni bukan sebagai classmate. Tapi sebagai dua manusia yang sama-sama nak bina sesuatu yang lebih besar. Sesuatu yang halal. Sesuatu yang kekal.
Dan sekarang, bila aku tengok dia tidur sebelah aku — tenang, aman, aku cuma mampu senyum. Crush aku dulu… suami aku sekarang. Siapa sangka?
Masa tu aku confess sebab aku beranikan diri. Tapi sebenarnya, Allah yang gerakkan hati aku. Dan Allah jugalah yang pegang hati kami sampai hari ni.
Alhamdulillah, terima kasih Allah. Sayang sangatt.
Doakan hubungan kami kekal hingga ke Jannah. Semoga yang baik untuk kalian jugak.
“Kadang-kadang, jalan ke jodoh tu bukan tentang siapa datang dulu. Tapi siapa yang berani jujur dulu.”
– AS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah tahniah sis… semoga korang kekal sampai syurga Aamiin
doakan saya jugak sis hihi, saya harap semoga doa doa saya membawa dia kembali kepada saya satu hari nanti. Dengan cara yang Allah reda aamiin.
Tahniah sis.. Alhamdulillah 🤲..happy for u..
Tahniahhhh…Alhamdulillah..
Sama mcm sy.. tp crush tu xde la sampai bertahun.. cuma kadang terserempak sbb kerja tempat yang sama.. tapi tak pernah tegur sbb dia nampak sombong pastu dengar khabar angin dari akak2 staf, bgtau dia ada gf dekat kedah sana.. so, pendam je la niat nk tegur tu.. cuma berani add kat fb je.. dan kdg2 nmpk dia like post sy..
Tapi satu hari tu.. dia off day..lps tu saje la gatal tangan pergi dm kat fb..tnya cuti ke aritu.. time tu, tawakal je la..kalau dia balas, rezeki..kalau x balas.. abaikan je la..
Tup2 dia balas.. and the rest is history.. sekarang dan ada anak 2 orang dah kami.. Alhamdulillah.. 😍
Allahumma baarik…tahniah , rare case ni ahahah
Semoga kekal bahagia. Satu nasihat sebagai lelaki. Mungkin berguna utk puan nanti. Lelaki hanya perlukan rasa dihormati dan dihargai sahaja. Bukannya perasaan sayang dan perhatian spt yg perempuan perlukan.