10 Tahun Selepas Bercerai

Assalamualaikum… Hai semua…

Tajuk tu sebenarnya andai selepas sepuluh tahun bercerai aku akan buat apa..

Aku baru bercerai.. Ikutkan tak mahu bercerai sebab masih ada sayang.. Tapi sayang seribu kali sayang, bekas suami jenis yang susah nak bawa berbincang dan banyak benda tak sefahaman.

Jadi, sebelum bercerai aku fikir, eh ni kalau aku hidup sepuluh tahun lagi dengan dia gila.. Banyak benda tak sehaluan.

Cuma, ambil masa juga nak bersungguh cerai tu.. Aku rasa ni dah betul jodoh, patut ke cerai, atau sabar je… Rupa ada persamaan sikit. Taraf pendidikan pun hampir sama. Keluarga mentua baik..

Masalahnya, keluarga aku tak suka dia. Dia malas kerja, tak ada kerja tetap.

Tapi kalau sembang bab kerajaan salah bagilah kat dia. Nampak salah orang je… Termasuk nampak salah isteri dan membanding isteri orang!

Banding pula adik kakak dia lagi bagus.. Ingat kita ni sabar sangat. Diam tapi dendam. Pergilah kamu balik pada keluarga kamu yang bagus tu, biar aku dengan caraku.

Walaupun dia malas kerja sebab tak boleh kerja bawah orang, ego tinggi. Dia suka buat kerja rumah dan pertukangan. Nampak berseni juga rumah kami..

Tetapi, rumah tu atas nama aku sebab dia kan malas kerja jadi bukan orang berduit.. Makanya banyak harta dalam rumah tu aku yang punya.. Dia ibarat cuci kaki je.

Keluarga masuk campur. Mama berleter panjang pada dia, aku yang dengar pun tak tahan sentap. Daddy langsung malas dah nak cakap..

Akhirnya kami bercerai. Dan tiada satu pun harta sepencarian untuk dituntut. Mutaah tak payahlah. Nafkah edah pun aku tak kisah..

Tapi aku tuntut nafkah anak. Jika dia tak mampu aku akan suruh keluarga dia bertanggung jawab kerana anak ini ikut nasab ayahnya.

Jadinya, aku ada terfikir benda ni. Anak perempuan aku sekarang sepuluh tahun. Jadi sepuluh tahun akan datang dia berumur dua puluh tahun..

Aku berharap dia akan bertemu jodoh yang baik. Nak mudahkan perkahwinan anak untuk diwalikan. Eloklah ibu ayah ni sepakat bersama, macam susah je jika berpisah.

Betul ke, ramai je yang dah bercerai bila anak kahwin mereka boleh je raikan bersama. Tapi dalam kad kahwin nak letak nama ibu ayah ke sebab kan dah berpisah.

Aku pun terfikir masa akan datang, anak ni nak berbakti pada ibu ayah mesti lebih mudah jika serumah.. Cucu balik rumah atok dan nenek yang sama..

Serius aku fikir macam tu. Sampai aku fikir jika dia dah kahwin lain aku boleh je nak kahwin dengan dia sebab aku nak kami ni boleh serumah. Tak sebilik pun tak apa. Boleh ke, boleh terima ke.

Kenapa sepuluh tahun tak lama lagi atau awal lagi… Saja nak tengok dia tunggu aku ke, atau sekejap je dah dapat yang lain.

Alah lelaki jika kematian isteri tersayang pun, tak lama nikah lain juga.

Aku ni nak bebas. Malas fikir nak layan suami nak ikut rentak suami.. Ingat senang ke nak taat. Takut aku banyak dosa.

Cuma kan, aku fikir lagi… Ikhlas kah aku nak terima dia nanti. Dia kan dah pernah lukakan hati aku.

Mungkin jika ada lelaki lain yang lebih baik sudi terima aku, aku akan lupakan dia kot.

Yelah…. Aku masih mudah terkenangkan saat manis bersama dulu. Sampai terindu bau ex. Mahu peluk berada dalam dakapannya melepas lelah dan sendu..

Malaslah aku layan perasaan buang masa ni. Aku ni ikutkan banyak lagi kerja nak dibuat, melayan perasaan ni tak mendatang untung.

Kesimpulannya, patut ke aku rancang sepuluh tahun akan datang tu. Bila berpisah ni anak jarang dapat jumpa ayahnya sebab tertentu. Aib pasangan jangan dibuka.

Andai kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita. Ya Allah, aku malu jika aib aku dilihat orang… Aku pun tak tahu siapa yang akan meninggal dulu… Aku takut kehilangan..

Entah tak sampai sepuluh tahun segalanya tiada. Jangan nak bercakap besar atau berlagak dengan pinjaman.

Hati ini dalam genggamanNya. Serahkan segala padaNya.

Sekian. Wassalam.

– Biarlah Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit