10 Tahun Tanpa Sambutan

Dulu selalu la aku bagitahu yang aku nak kahwin dengan orang bandar. Sebab orang bandar ni lebih memahami, bergaul, tahu guna internet, banyak skill.

Sekali kahwin dengan orang kampung, yang sedikit je romantis dan cakna.

Tapi bukan itu yang aku nak bagitahu..

Sepuluh tahun tanpa sambutan. Aku dah kahwin sepuluh tahun.

Aku kira kahwin sepuluh tahun ni banyak la suami aku kenal, fahami dan tahu selok belok tentang perempuan. Tapi rupanya meleset.

Entahla ya emosi atau apa.

Anniversary dan birthday aku Julai lepas.

Sepanjang kahwin 10 tahun ni takde sambutan, surprise apa untuk aku.

Normal ke ya dalam perkahwinan takde apa² macam ni?

Aku tahu mungkin keikhlasan dalam melayari rumahtangga tu dah cukup.

Tapi tak kan la tak terdetik nak buat something wow jarang².

Aku kan tiap kali birthday dan anniversary aku yang beria. Beli fon, beli hadiah, sambut kat kedai.

Sampai part aku, krik².

Dah la wish awal² bukan pada tarikh birthday. Hadiah, surprise apetah lagi.

Suami cakap maaf takde duit bulan ni.

Aku kan bukan nak yang beratus beribu. Tapi at least setahun sekali ada la kelainan pada hari istimewa.

Aku tahu faham suami aku tak mampu, sebab aku gaji lebih tinggi dari dia. Tapi aku bukan nak dia labur banyak².

Aku nak juga rasa bangun pagi hari jadi aku tu, ada bunga ke sekuntum, sambut dengan satu slice kek ke.

Tapi sepi dengan hanya permintaan maaf sebab takde duit.

Aku nak juga rasa surprise dari suami walau nilainya RM10.

Dia kata dia tak pandai nak buat gitu.

Aku kan tiap kali birthday dia aku buat, sebab aku nak dia belajar macam mana caranya. Tapi takde.

Takpe, aku redha. Aku boleh buat kek sendiri dan hargai hari² aku sendiri.

Dan akhirnya pada umur 35 tahun, aku sedar paling memahami, hargai dan sayang diri kita ni hanya diri sendiri.

Tapi aku redha.

Aku harap suami aku murah rezeki dan surprise aku tahun depan, tak kisah nilainya RM10.

Isteri yang menanti,

– Lina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sabar puan…erti hidup pada memberi…fokus pd memberi jgn harap menerima…suami puan mungkin tak pandai meraikan tapi dia pasti ada Cara tersendiri untuk menyatakan rasa kasih dia pada puan…apa kata time birthday atau anniversary puan ajak suami gi mkn special atau beli je kek utk diri sndiri, makan sama2😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *