1) Tetapkan matlamat tempoh simpanan. Katakan anda memerlukan RM20, 000 bagi duit perkahwinan anda dalam tempoh 3 tahun akan datang. Jadi anda perlu menyimpan sebanyak RM556 sebulan selama 36 bulan. 556×36= RM20, 016.
2)Jangan bebankan diri dengan hutang. Kalau anda dah memang dah janji untuk bercinta sehidup semati. Jangan bebankan hidup pasangan anda selepas kahwin. Beli kereta dan buat majlis perkahwinan mengikut kemampuan, bukannya berlumba majlis siapa yang paling mahal.
3)Mulakan dari sekarang. Jangan asyik tabur janji manis pada pasangan kalau nak kumpul duit kahwin pun masih merangkak. Anda perlu ingat, komitmen selepas anda berkahwin lagi gila-gila.
4) Elakkan meminjam daripada kawan untuk majlis perkahwinan anda. Yang nak kahwin adalah anda, bukannya kawan anda. Haha
5) Lelaki dan perempuan anda perlu lah “susah senang dan sama-sama”. Kepada perempuan, buktikan kepada lelaki yang anda adalah perempuan bukan perempuan biasa-biasa. Tetapi perempuan yang “Hipster Kewangan”.
6) Kalau anda rasa tidak mempunyai disiplin untuk menyimpan. Sila paksa diri anda untuk berbuat demikian. Nak kahwin, kena lah berkorban.Mana ada orang kahwin pakai air liur, lain lah kalau mak ayah sponsor 100%.Haaaa
7) Letakkan duit simpanan di tempat yang kalis inflasi dan susah untuk anda belanjakan. Benda ni senang je, letak sahaja di dalam Tabung Haji, Asb Financing dan Emas.
8) Sila lupakan kad kredit. Jikalau anda mempunyai kad kredit, sila potong kepada dua. Belajar untuk hidup bersederhana sebelum kahwin, baru bakal bapa mertua akan yakin kepada kita.
9) Jangan ambil pembiayaan peribadi hanya semata-mata untuk majlis perkahwinan. Kalau anda tidak mampu menyimpan walau RM300 sebulan, janganlah tambah hutang dengan bank RM500 sebulan. Nanti lepas kahwin tiap bulan terpaksa merangkak di depan bank.
10) Kalau anda percaya dengan konsep rezeki, rezeki pasangan selepas berkahwin selalunya bertambah murah. Tapi kalau percaya pada rezeki, tetapi usaha pun tiada macam mana nak murah rezeki wehhh.
“Lelaki atau perempuan, bermula lah dari sekarang. Jikalau tiada jodoh, kumpul je dahulu. Nanti dah jumpa bakal jodoh, boleh terus masuk meminang. Haha”
– Aidil Nor Adha
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit