1) Apabila anda memohon pembiayaan Asb Financing, anda secara rasminya telah mengisyhtiharkan hutang kepada diri anda.
2) Orang yang mempunyai matlamat mereka akan memandang hutang tersebut sebagai perkara yang positif. Tak percaya? Tunggu lah 3-5 tahun selepas tempoh pembiayaan.”Confirm merasa macam anak ceo sekejap” Haha. Sebelum anda memohon Asb Financing, anda perlu membuka akaun Asb terlebih dahulu. Untuk buka akaun anda hanya perlukan modal RM10 sahaja.
3) Orang yang negatif akan memandang hutang tersebut sebagai perkara yang rugi. Kalau dah tiap tahun anda usik dividen, sampai bila-bila pun anda tidak akan ada matlamat menyimpan.
4) Nilai minimum pembiayaan sijil untuk anda mulakan pembiayaan Asb Financing adalah serendah “10k” dengan bayaran bulanan sekitar RM54.
5) Nilai maksimum pembiayaan sijil bagi Asb Financing adalah “200k” dengan bayaran sekitar RM1080.
6) Jikalau anda tidak disiplin untuk membuat bayaran bulanan Asb Financing. Rekod Ccris anda akan rabak. Ingat!!! Bila rekod Ccris anda dah rosak, anda kena ambil masa yang lama untuk baiki rekod tersebut. “Jadi menyimpan lah di dalam Asb Financing mengikut kemampuan kewangan anda. Biar sedikit lama-lama simpanan anda akan makin bertambah.
7) Kadar dividen Asb sentiasa berubah pada setiap tahun. Walaupun ianya nampak seperti berisiko, tetapi anda jangan lah risau, setakat ini masih belum ada rakyat Malaysia yang diisytihar muflis kerana menyimpan di Asb. Haha.
8) Jika anda mampu menyimpan RM550 sebulan, anda layak untuk memohon pembiayaan Asbf “100k”
9) Jika anda mampu menyimpan RM270 sebulan, anda layak untuk memohon pembiayaan Asbf “50k”
10) Ramai orang Melayu telah jatuh cinta dengan Asb kerana mereka telah nampak hasil gila-gila dari simpanan mereka di Asb. Ingat!!! Asb memang khas untuk bumiputra. Kalau kau terus mengecam tanpa membaca. Kau akan terus hanyut ditelan dengan mindset negatif “Asb Haram”. Akhirnya, kerajaan juga yang salah. Haha.
“Penulisan ini adalah sekadar perkongsian dari diri saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana institusi perbankan di Malaysia”.
– Aidil Nor Adha
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit