1000 Kali Cinta

Assalamualaikum semua aku nak story tentang sahabat baik aku. Sahabat baik aku ni, aku sendiri tak faham apa masalah dia sebenarnya.

Memandangkan kelmarin hari cuti Negeri Pahang kami lepaklah kat Pantai Teluk Cempedak sama-sama dan ada sesuatu yang sangat mengejutkan aku yang aku sendiri baru tahu. Sedih sangat.

Aku namakan dia Kektus lah sebab kata-kata dia berduri juga. Tajam. Kektus ni bekerjaya tau, ada rumah kereta dan segalanya dah ada cuma cinta je belum ada. Susahlah nak cakap bab ni sebab ada je jawapan yang keluar daripada mulut dia.

Dia memang suka menafikan apa yang dia rasa sebelum ni. Susah sangat nak bagitahu aku. Sebab dia ada pengalaman buruk juga dalam perhubungan dan percintaan. Entahlah trauma mungkin.

Kektus ni baik tau sampaikan anak-anak aku selalu ajak pergi jumpa dia dekat KL sana. Ada masa sampai menangis anak aku rindu dekat Kektus ni. Selalu kene VC jela Sebab jauh kan.

Anak anak aku sayang sangat Kektus ni dan seronok dengan layanan Kektus. Yela dapat hadiah macam-macam. Aku ni sendiri tak mampu nak beli mainan yang mahal-mahal untuk anak aku. Cuma pergi kedai RM2 je kalau anak aku nak apa-apa. Maafkan mama yea anak-anak.

Kektus ni pun cantik bergaya juga orangnya tau. Kalau dia cuti, dia akan balik ke kampung di Jerantut dan ada masa mesti dia pergi Kuantan untuk jumpa anak-anak aku dulu sebelum balik ke KL. Haaa sampai macam tu sekali.

Kami memang rapat dari kecil lagi. Kalau orang minta tolong dia memang orang pertama yang akan sampai dan tak berkira langsung.

Kektus ni kerja dekat KL di syarikat firma guaman. Peguam memang pandai lah bercakap kan. Sarcastic dia tak payahlah nak lawan nanti kita yang kena balik.

Aku baru tahu yang Kektus ni sakit tapi dia kena fight juga untuk kehidupan dan kerjaya dia. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri je nak faham diri sendiri kan. Kekuatan tu pun tumbuh dari diri sendiri jugakan selepas berdoa.

Aku pun baru tahu yang dia balik kali ni sebab nak berubat cara traditional. Memang Kektus nampak lemah masa kami jumpa tu, lain sangat dan nampak sangat dia penat.

Tapi Kektus still diamkan tak bagitahu apa-apa dekat aku. Sedih tau. Sebab selalunya aku yang mengadu masalah dekat dia. Dia selalu nasihatkan aku dan cuba settle masalah aku.

Aku tahu semua ni pun dari kawan lelaki dia yang baru dia kenal. Aku namakan dia Aus (bukan nama sebenar). So syukurlah dia tak drive sorang-sorang dari KL ke kampung dan datang pula ke Kuantan untuk jumpa aku dan anak-anak aku. At least ada temanlah kan. Takut apa-apa berlaku dalam perjalanan.

Sebab Kektus mana-mana pergi pun suka sorang-sorang. Duduk KL pun sorang-sorang. Kami kalau ke KL memang tidur dekat rumah dia. Lagi-lagi ada anak-anak aku memang Kektus lagi suka. Sebab dia sunyi juga sorang sorang. Katanya.

Herm bila dah dapat tahu tu terkejut jugaklah aku dan suami aku dengar semua ni. Sedih juga tahu bila dapat tahu perkara yang sebenar. Sebab masa tu Kektus tengah seronok layan anak-anak aku main pasir dekat pantai.

Sebelum tu, Dia nak datang dengan siapa pun dia tak cakap inikan hal pribadi dia lagi laa dia diamkan. Diam-diam ubi berisi. Tahu-tahu dia dah bawa Aus jumpa family alang-alang nak berubat tu kan.

Serious ke tak, aku tak tahulah sebab Kektus dah 3 series kan. Takkanlah nak main main lagi dalam hubungan. Last jumpa raya haritu dia cakap single lagi. Alhamdulillah lah dan aku doakan minta jadi je kali ni.

Aus ada lah cakap yang dia betul-betul sukakan Kektus. Tapi Kektus anggap benda tu gurauan je masa tu. Dah terus terang dah pun tentang hati perasaan Aus dekat Kektus. Itulah jawapan yang Aus dapat. Dan Aus sendiri sah cuba melamar siap cincin. Tapi ditolaknya.

Entahlah macam mana lagi nak bagi Kektus faham. Mengeluh Aus. Aus pun jarang dapat jumpa Kektus sebab masing-masing busy bila dah kerja. Kadang-kadang nak jumpa sebulan sekali pun susah. Selalunya call je la bila tak busy. Yang nak pergi berubat ni kebetulan je cuti.

Aus paksa Kektus untuk temankan dia balik ke kampung. Takut apa-apa jadi nanti. Sayang betul Aus pada Kektus. Kene reject pun tetap buat baik dekat Kektus.

Aus ni pula baru je mula kerja dekat hospital. Usia dia muda sikit dari Kektus rasanya. Dan bila aku dah tahu semuanya, aku biarkan man on man talk pula.

Aku kene react la macam tak tahu apa-apa. Aku pun kena kuat tak nak nampak macam aku sedih, react macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ni nasihat suami aku sebelum pergi dekat Kektus.

So aku pergi dekat Kektus dengan anak anak aku. Seronok tengok dorang bermain. Suami aku dan Aus duduk dalam cafe dan aku pergi dekat Kektus nak juga borak-borak sebab jarang jumpa. Kektus pun dah jumpa terus terjah dekat anak-anak aku dulu. Terus layan main pantai.

Aku ni dah la tengah lapar masa tu. Ajaklah dulu suami aku ke cafe. Lepastu Aus pun datang masuk lapar juga katanya. Masatulah aku Dapat korek sikit sikit pun dari Aus pasal Kektus. Dia pun jenis berterus terang.

So Aku ajaklah Kektus berborak pula sambil layan anak-anak aku. Aku tanyalah Kektus…” Handsomenya lelaki kau bawak ni, diam-diam je kau kan”. Nada gurau. Kektus senyum je.

Aku tanyalah lagi “kenduri bila?”. Kektus terus tergelak tau dia cakap “aku dengan Aus mana ada apa-apa. Cuma kawan jela. Dia yang beriya nak ikut aku balik kampung, aku bawak jela”… Ohh

Aku pun senyum jela masa tu aku lepastu aku cakaplah ” jauh-jauh datang takkanlah cuma kawan kan? Dah berapa lama dah kau kenal dengan Aus”.

Terus dia pandang aku macam ada sesuatu dari aku nak cuba sampaikan. Tapi memang ye pun. Aku nak dengar dari mulut dia sendiri. Terus dia tanya…

“Aus ada cerita apa-apa ke?”. Aku jawab “eh tak delah” aku pun takut nak mulakan apa-apa sebab tak nak merosakkan suasana.

Hermmm Kektus ambik nafas panjang. Reaksi muka dia macam ada sesuatu yang dia tengah fikirkan dia pendam dan rahsiakan. Kami rapat tapi tak semua benda aku tahu.

“Weyh kau okey tak ni?. Sorrylah weyh kalau aku buat kau terasa ke”. Kektus jawab “Eh tak lah, gila aku nak terasa dengan kau”. Hahahahaha dia senyum.

Aku tanya lagi “asal eh kau nampak lain hari ni, muka kau pun macam pucat tapi still cantik lagi laaa.. kau okey tak ni?”. Tanya sambil ambik hati.

Padahal aku dah tahu dia sakit. Cuma nak tahu dari mulut dia sendiri. Biarkan dia cerita dan luahkan. Asyik dia je dengar dan settlekan masalah orang kan…

Kektus still berdiam kan diri. Reaksi macam tak de apa-apa. Herm

Lepas anak aku mandi bersihkan diri semua dan aku ajaklah dia datang masak masak makan malam sebelum dia balik ke KL semula. Sebab masatu awal lagikan petang nak ke senja macam tu.

Aku ajak juga dorang tidur rumah aku tapi dia cakap kene masuk juga kerja esok. Lepastu kami jalan ke cafe ajak Aus dengan suami aku balik. Nak buat persiapan makan malam.

So aku dengar juga, Aus tanya Kektus?. “You okey tak ni, pucat sangat muka you ni”. Kektus senyum dan diam je. Suami aku pun ambik anak aku yang Kektus dukung tu. Sebenarnya Kektus tak sampai pun rumah aku tahu-tahu

Aus call cakap Kektus kena warded. Sebab dalam perjalanan ke rumah aku Kektus pengsan kepenatan.

Tapi aku memang nampak Kektus tu dah lemah sangat tadi. Cuma nak happykan anak-anak aku dia tunjuk diri dia tu kuat. Dia pun tak de selera nak makan haritu sebab tu muka dia pucat. Tak de energy

Apalagi kami pun terus ke hospitallah bila dapat tahu. Bijaklah tindakkan Aus ni cepat-cepat bawa Kektus terus ke hospital. Dia pun doctor kan dah detect awal lagi. Cuma Kektus je degil. So bermalam lah kau dekat hospital tu.

Aku minta izin suami aku untuk temankan Kektus malam ni. Alhamdulillah suami aku pun faham dan izinkan.

Kektus pun dah banyak tolong kami. Dia pernah hadiahkan RM7000 untuk perkahwinan kami dulu. Mula-mula kami cuma nak pinjam tapi Kektus bagi sebagai hadiah perkahwinan kami. Banyak jasa Kektus pada keluarga aku yang aku tak ceritakan.

Lepas Kektus sedar malam tu, barulah dia nak cerita pasal sakit yang dia hadapi. Tu pun sebab lepas dia tengok aku menangis. “Kau sakitkan? Kenapa tak bagitahu aku.. kitakan sahabat. 1000 kali lebih dari cinta”… Kektus boleh senyum je.

Aku punyalah teresak-esak menahan air hingus ni dari terus keluar. Itu je reaksi dia. Geram betul aku.

Oh lupa… Sebelum Kektus sedar tadi Aus dah bawakan makanan dan bunga untuk Kektus. Bagus budak ni alert dengan keadaan Kektus. Tapi aku tak tahulah isi hati Kektus ni macam mana pula kan. Soal hati mana boleh dipaksa.

Aus pun ada cakap yang dia kena balik juga malam tu sebab esok kena masuk kerja. Pada aku Syukurlah jika mereka ni disatukan. Lepas makan Kektus sambung rehat balik.

Dia suruh aku balik sebab aku ada suami, tapi aku sendiri yang paksa diri aku untuk jaga dia malam tu.

Bilik sorang pula macam hotellah rasanya tidur malam tu. Biasalah akukan B40 first time merasa bilik macam tu. Bersalin dulu pun dekat ward biasa itu je yang aku mampu. Bersyukur jela dapat merasa kan.

Yang Doctor incharge tu pula kenalan Aus. Memang senang berunding la. Dia cerita juga Aus naughty lah zaman belajar dulu. Suka buat lawak bodoh.

Doctor incharge tu cerita macam pengalaman dorang dulu masa zaman belajar. Kiteorg pun sama-sama ketawa. Lepas doctor incharge tu keluar kitaorang berborak la lagi. Baik betul doctor ni.

Suami aku pun sampai juga bawa sarapan dan pakaian untuk aku. Anak-anak dia tinggal dengan mak mentua aku dekat rumah. Sekejap je aku pun kene balik juga sebab mak mentua aku tak sihat kan. Aku yang jaga. Aku pun ada masalah juga tapi tak pelah. Bukan cerita aku sekarang ni.

Lepastu barulah Kektus nak cerita apa sebenarnya yang dia takutkan dan tak yakin untuk berhubungan dengan Aus. Dia tak yakin dengan keadaan diri dia sekarang untuk jadi isteri kepada Aus.

Dia tahu yang Aus cuba jelaskan tu serious. Sebab Aus ni memang ada masa susah senang dia walaupun baru beberapa bulan kenal.

Dia pun suka dekat Aus cuma dia tak nak beri apa-apa harapan disebabkan keadaan dia macam tu. Dia tak berani nak sayangkan Aus tu. Dia mula sakit sejak 2022. Sakit apa aku tak nak cakaplah.

Aku yakin yang Aus boleh terima dia walau apapun jua keadaan dia sebab tengoklah kesanggupan Aus macam mana kan. Sanggup layan dia datang ke Kuantan. jauh tu. Betul tak?.. lelaki kalau dah suka seseorang dia sanggup buat apa je demi orang yang dia sayang. Kan?.

Oh lupa pula yang Doctor incharge tu pun dah tahu dan dia sendiri cakap Aus minta pesan jaga girl friend dia baik-baik… Ya Allah happynya lah aku untuk Kektus. Dalam garang kau kasar kau tegas kau, ada lagi orang nak. Dah la Handsome, muda pula tu.

Suami aku pun turut bersuara nasihatkan Kektus. “Kalau dah ada orang suka teruskan ajer. Selebihnya kita berserah pada Yang Maha Kuasa”. Makin jatuh cinta pula aku tengok suami aku nasihatkan orang. Terserlah ketampanan tu buat aku terus cair. Nasib baik dah jadi milik aku.

Siapa je tak happy tengok sahabat baik sendiri bahagia kan. Kira baguslah suami aku pandai meluahkan kata-kata, bermain ayat untuk melembutkan hati dan buka minda Kektus untuk terima apa jua keadaan.

Aku tengok Kektus ni diam jer. Apa yang dia fikirkan aku tak tahulah. Aku tumpang bahagia kalau kau bersama dengan lelaki yang tepat dan baik macam Aus tu.

Okeylah dah pukul 4.20 pagi ni. Jap lagi aku nak pergi melawat Kektus dekat hospital pula. So sampai sini jela aku cerita tentang sahabat baik aku ni. Aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk Kektus. Semoga cepat sembuh Kektus. Aamin Ya Rabbal A’lamin.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semoga urusan kektus dipermudahkan. Tapi penulis, kalau ada sambungan cerita ni mohon diringkaskan penceritaan anda dan terus ke point isi cerita tanpa bersimpang-siur cerita yang tiada kaitan. Penat juga baca cari point jalan cerita ni. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *