Thanks admin sudi share confession ni. Nervous la jugak. tapi alhamdulillah lega.
Nama aku Aqish (of course bukan nama sebenar). Aku tengah sambung master skrng ni. Fokus bidang aku adalah psikologi. Aku suka dengan bidang ni. Memang minat dari dulu tapi masa degree aku tak buat psikologi. Cuma masa FYP aku buat ala-ala bidang ni. Memang dari dulu aku suka psikologi, belajar tentang orang, gaya orang, dalaman orang in fact aku selalu jugak jadi pendengar masalah orang. Aku sambung ada 3 sebab. Pertama sebab SV masa aku buat FYP degree dulu offer sambung master ni bawah dia. Kedua sebab aku lebih prefer belajar daripada bekerja dalam erti kata lain aku tak boleh buat benda lain selain belajar. Ntah, aku tak yakin dan tak percaya diri yang aku boleh bekerja and at first aku rasa tak puas lagi belajar so aku sambung je la (at first la, now aku rasa dh puas giler blajar rasa nak kerja pulak). Ketiga, sebab…….minat kottt..mula2 memang minat, now aq berada pada stage minat tu dah tak ada tapi macam lebih kepada terpaksa sebab dah alang-alang dapat peluang ni, habiskan je la (since alhamdulillah kewangan tak menjadi masalah besar untuk sambung).
So, basically, dunia master jauh beza dengan degree. Ni aku cakap sbg pelajar master fully research full time tak bekerja macam aku. And aku agak susah sikit nak survive dalam dunia master aku ni sebab banyak sebab. Pertama, sebab aku terus sambung master lepas grad. So first sem aku sangat honeymoon and lagha sebab konon-konon dah penat belajar 3 tahun degree and now time to relex sekejap. Tapi aku lupa masa relex “sekejap” tu sbenarnya tempoh semester 1 master aku makin pendek dan nak masuk ke sem 2. Kedua, sebab aku rasa aku mcm hebat la konon-kononnye sebab masa degree aku boleh dikatakan student bagus la jugak.huhu. bila masuk master baru aku rasa mcm bodoh giler aku ni. Ketiga sebab kajian aku sambung daripada kajian yang aku buat masa degree so yeah, aku rasa mcm aku boleh survive but at the end aku menangis sbb makin banyak aku tahu, aku study, aku teroka ilmu tu makin aku rasa bodoh. And the worst part yang menyebabkan aku rasa aku tak boleh survive dalam dunia master ni (selepas almost 2 sem aku dalam dunia ni) is bcoz aku just realized that aku ni jenis student yang exam oriented n i succeed when i was degree student bcoz of our education system yang sangat5 (5 kali sangat tu) berpaksikan pada peperiksaan. And now, when i’m currently in master fully research world, aku lost. Sbb semua benda aku kena belajar sendiri.
BUT! Somehow, Allah itu maha bijaksana kan? Dia tak takdirkan sesuatu itu sia-sia. Yes aku buat banyak kesilapan dari awal sem master ni lagi aku buat banyak silap since aku sendiri tak jelas dengan jalan aku ni…tapi now, aku belajar banyak benda daripada kesilapan. Yes aku dapat banyak pengajaran daripada kesilapan aku. Dapat je la, nak praktikkan benda yang betul tu bukan senang sebab bukan senang betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. So, here some lesson i got from my master world (sepanjang almost 2 sem ni. Doakan aku tak quit n tetap sambung ke sem seterusnya).
1. Tajdid balik niat sebenar kenapa nak sambung master. Ni paling penting bro. Serius penting. Niat kau akan jadi benda paling pertama yang menguatkan kau utk survive dalam dunia master ni. Kalau niat kau samar2 masa awal2 masuk master, better kau clearkan niat tu dan jangan bagi samar2 or takde niat langsung. Sebab, bila dh jadi kes mcm aku yang tiba2 stuck hilang semangat tengah jalan ni, kau akan cari balik niat kau sebenarnye apa, apa sebenarnye sebab kukuh kau sambung master ni. Then, kalau niat kau btul2 strong, saat2 kau rebah n tiba2 lost, in shaa Allah boleh kuat balik. Mcm tu jgk dengan arah tujuan or peta hidup kau selepas sambung master. Make sure ada plan and clear. Tu pon boleh bantu kau kuat.
2. Do not procastinate. Jangannnnn tangguh2 kerja. Sumpah yang ni palinggggggg aishhhhh tak tau nak cakap mcm mana paling pentingnye tuuuuu…huhuhu..mmg paling penting guysss..lebih penting daripada makwe pakwe korang..sbb apa?? Sebab bila kau tangguh kerja, lari dari kerja, maka kerja-kerja tu akan datang balik secara berjemaah dekat kau satu masa nanti. Dan masa tu la kau akan rasa kau ni salah sorang yang ada penyakit mental sbb kau stress giler nak mati bila kerja-kerja datang berjemaah. Jadi, aku suggest kau buat jadual belajar, buat jadual bulanan apa yang kau nak siapkan dan capai dalam tiap2 bulan. Pernah dengar carta gantt?? Benda tu mcm guideline kite la so that kte tak lari dari masa yang ditetapkan utk buat keje. And everything pon akan jadi smooth je..ok, jgn bertangguh okay?
3. Jangan sombong diri. Aduiiiii…huhuhu… yang ni mmg pengajaran hidup aku la. Well, since aku kan mcm bdk bagus jgk kn msa degree so aku rasa mcm master ni pon aku boleh la, bguslah nanti. Tapi sebenarnye tak, dan akhirnye aku terkubur dengan kesombongan tu. Tapi aku takdelah act sombong depan org. Aku baik je dengan org xdelah sombong. Ni cuma secara dalaman je. Faham tak? Maksudnye aku slalu fkir, ala aku boleh buat punye ni nanti kerja ni. Ala, last mnit nnt mesti jadi punye. Alaa, akukan slalu buat elok n good2 je..kali ni boleh punye..so akhirnye? Tak bawak ke mana pon sombong tu. Better kau rasa diri kau tu tak pandai and kau kena usaha dan belajar betul2 and buat betul2. Ni lagi better daripada rasa diri tu boleh buat. Huhuhuhu… masa degree aku amalkan yang tu la, aku selalu ckp dengan diri, aqish kau tu tak pandai so kau kena belajar elok2 and siapkan kje pelan2 elok2. Tp tu la, master ni kena sampok apa ntah, trus dtg fikiran “alaa..boleh buat jgk ni nanti….” at the end, hampeh!
4. Jangan compare hidup kau dengan hidup org. Uissshhhh, yang ni mmg boleh buat air mata menitik gaissss..huhu..masa sem 1 boleh lg rasa bangga sambung master. Dah masuk sem 2 mula la depression tahap gaban sbb tengok kawan dah kawen, dah tunang, dah dpt kerja, dah g vacation, dah berbakti kat mak bapak. So aku?? Masih single, masih belajar dan masih belajar. Bab berbakti dengan mak bapak ada la xyah crite kat sni. Alhamdulillah je bab yang tu. Part masih single and tak habis2 belajar lagi ni haa..tapi takpelah since i’m still 24, ok la kot.jgn stress sgt qish,.So the point is jgn compare. Allah bagi kau skrip hidup kau, so ikut je skrip kau. Jgn jeles dgn skrip org lain. Benda sama je, semua Allah yg bagi pun. Allah kan maha Adil. So, yakin je yg Allah bagi semuanya adil. Kau tak percaya Allah Maha Adil ke? Haaaa..haiyoookkk…baik mengucap banyak2 kalau tak percaya.
5. Akhir sekali aku nak cakap, ingatlah, sebenarnye setiap saat dan setiap kali kte bernafas, kita memegang AMANAH yang besar sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai,pelajar, sebagai manusia, dan sebagai apa pun jawatan yang kau sandang. Ingat tu, AMANAH. Kadang2 kte ni dah sibuk dengan dunia kte lupa dengan Amanah2 yang ada dalam diri. Bila kita ingat yang kita ni hidup berteman amanah sbg hamba Allah, anak, manusia dan sebagainya, kita sikit pun tak de rasa nak malas2 untuk abaikan amanah tu dan seterusnya jadilah kite orang yang sangat bertanggungjawab. Bila fikir Amanah sbg hamba Allah, solat pun x lewat2 x tinggal. Sbg pelajar, nak buat kerja pun ikut time and duedate sbb tu amanah. Nak siapkan research pun cpt2 sbb tu amanah. apa2 jawatan yg disandang pun akan kte buat dgn baik bila igt amanah2 yg kte dpt. Dan paling penting, ingat semuaaaaa AMANAH yang kte pegang tu semuanya dtg daripada ALLAH. Ingat ni paling penting. Bila kte fikir amanah2 tu smua drpd Allah bukan drpd manusia, maka kte takkan tinggalkan dan akan takut utk abaikan. In shaa Allah. Sbb bila aku fikir mcm tu, barulah aku waras dan sihat drpd depression ni sbb ingat semuanya dr Allah.
So, xdelah 1001 pengajaran sangat. Cuma ni antara yang paling terkesan dlm hidup aku. Aku harap dpt la membantu korang2 kat luar sana. Jadikan pengajaran hidup aku ni sebagai pedoman. Aku tak nak ada orang rasa depressed and looser giler mcm aku rasa sekarang ni, that’s why aku kongsi benda ni. Pengajaran ni boleh je korang amek iktibar x kisah la korang tengah kerja ke, sambung master mcm aku ke, degree ke, apa2 je la tak kisah..boleh je apply utk korang semua lagi2 part AMANAH tu..moga dapat membantu korang2 yang baru nak sambung belajar ke apa..jgn marah aku type n story panjang2 sebab ni salah satu cara yang dinasihatkan kepada aku utk aku pulih daripada depression aku. Aku kena berani luahkan. Aku kena open n share apa khilaf aku supaya fikiran aku tenang dan dengan pengajaran yang aku share ni dapatlah aku rasa better bcoz at least i did a good deed by sharing my mistake as a lesson to other people. At least, ada kebaikan yang aku buat. Korang doakanlah aku tetap kuat dan berjaya dalam perjalanan master dan hidup aku ya dan tak depressed or stressed lagi..aku doakan korang yang membaca ni moga Allah permudahkan urusan korang dan murahkan rezeki korang..aamiin..
– -miss A-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit