Assalamualaikum semua, Sebelum ni saya dah pernah tulis satu confession pasal saya bergaduh dengan adik waktu mak saya jatuh dan patah kakinya, ramai yang kecam tulisan saya yang banyak kesilapan ejaan dan tak organized…..
Maaflah meniap dalam kereta dan di kedai makan sambil layan anak2. Saya tak banyak masa lapang.
Masa pkp ni lah yang paling ok saya rasa tu pun kena WFH pulak…. tapi alhamdulillah masih ada pekerjaan dan rezeki yang tetap. Maaf termelalut.
Untuk makluman semua, mak saya telah meninggal dunia beberapa bulan lepas dan itulah tujuan saya menulis ni.
Berbalik kepada kisah mak saya meninggal tu…. mungkin ini boleh jadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain yang ada anak untuk berlaku adil terhadap anak2 dan jangan pilih kasih sampai menyakitkan hati salah seorang anak.
Petang tu saya dapat call dari D, dia cakap mak nak kena masuk ward, saya pun fikir macam biasalah mak memang selalu sakit dan masuk keluar ward sejak dia jatuh tu.
Tapi tak lama kemudian D call lagi cakap gula dalam darah mak tinggal 1 sahaja dan dia tak boleh nak keluar rumah dan drive ke rumah mak sebab mengandung suami dia kerja dan tak benarkan dia drive.
So saya pun sebab bekerja agak dekat dengan hospital terus bergerak ke hospital, dan kebetulan mak dah sampai dengan ayah dan adik saya yang ke2 si F, untuk pendekkan cerita,
Bila saya jumpa mak tu dia asyik mintak tolong, waktu tu jugak saya teringat sepotong stat dalam al Quran, “bila nyawa sampai si kerongkong dia meminta tolong…. dan tiada lah lagi pertolongan untuknya…..”
Dalam hati saya terdetik, hanya Allah yang boleh tolong mak tapi saya tak cakap…. mak saya mengadu sakit, “pedih kaki mak, pedih sakit sangat macam kena api” …
Pertama kali saya dengar dia meratap, urat dahi timbul dlm hati saya terdetik adakah ini harinya?
Saya sentuh kaki dia memang panas, rasa macam orang demam tapi dia tak demam…. kaki sahaja yang panas. Saya suruh dia berzikir, dengan zikir nabi yunus ‘lailahailla anta subahanaka inni kuntu minazzalimin’ ….
Tapi dia menggeleng tak nak ikut langsung, saya dah mati akal mak masih meratap, ayah dan si F berdiri jauh dan bermasam muka mungkin tak senang dengan kehadiran saya…..
Saya bacakan al-fatihah dalam air mineral dan bagi mak minum, sapu sikit pada kakinya, mungkin mak rasa lega sikit terus dia suruh saya sapu lagi…. saya buat berulang kali. Sampai dia senyap sikit.
Setelah di x-ray mak ditolak masuk ke emergency untuk scan…. sebelum masuk saya sempat berjumpa sekali lagi kali ni mak kata sesak nafas pulak…. oksigen dan pakai tapi masih sesak, dia nak duduk tinggi sikit…
Saya pun ubah kedudukan mak keatas sikit supaya selesa dan pekerja hospital pun tolak mak ke emergency…. itulah kali berakhir saya jumpa mak….
Lepas masuk emergency saya tak dengar announcement mintak waris masuk, jadi adik saya F yang masuk F memang ada krisis dengan saya dan dia memang tak bercakap langsung dengan saya sepanjang kami di hospital tu.
Lepas dia masuk tu mak saya dah jadi tak stabil dan doktor keluar bagi tau yang nadi semua dah takda…. saya memang terkejut jugak masa tu….
Ayah saya pun maiakan peranan supaya saya mintak jugak maaf dengan F, macam biasa dia tak mintak maaf pun saya lah yang beralah untuk kesekian kalinya…
Sementara nak boleh masuk tengok mak di emergency tu, saya baca surah yassin dan bila boleh masuk memang teruk keadaannya.
Saya sangat sedih, kedua2 mata ditape kan sebab terbuka dan mulut memang terbuka sebab dimasukkan alat pernafasan… saya sedekahkan al-fatihah dan beri tahu mak yang saya dah maafkan segala perbuatan mak terhadap saya dari kecik sampai dewasa…..
Saya maafkan mak yang tak pernah senyum melihat saya dulu, mak yang tak pernah ucap kasih sayang pada saya dari kecik sampailah saya dah berkahwin,
Mak yang bila saya call akan hentikan perbualan dengan alasan nanti kalau F call tak dapat pulak, mak yang tak pernah nak raikan perasaan saya bila saya mengadu kena buli dengan F.
Mak yang selama ni pukul, jerkah, marah saya dari kecik, kadang2 tanpa sebab, mak yang mungkin sayang saya tapi tak pandai mengatakan kasih sayangnya….saya maafkan semuanya mak….
Bila urusan dah selesai saya balik ke rumah mak untuk urus dan kemas rumah dll. Masa tengok mayat mak (tukar baju semua kami buat beramai2 anak2 perempuan dan menantu 5 orang semuanya) Tak ada pulak apa2 yang pelik di badan mak.
Disebabkan dah malam dan kawasan dapur dan depan rumah pun sempit, ayah saya nak mandikan jenazah mak esok di masjid.
Air mata tak tertahan terutamanya bila berjumpa semula dengan semua orang yang dia sayang.. kawan2, adik kakak mak, sepupu, jiran2…. malam tu saya dan adik lelaki berjaga sampai ke pagi…. membaca al-quran dan solat.
Esoknya sewaktu nak mandikan jenazah semua yang hadir terkejut (mujurlah tak ramai memandikan jenazah hanya saya adik perempuan, dan sepupu perempuan) sebab jenazah mak melecur teruk dari pinggang ke bawah….
Patutlah dia kata sakit macam terbakar… memang macam terbakar, macam kena besi panas dan menggelembung.
Bahagian depan kaki tempat saya sapukan air tak lah teruk sangat tapi di belakang paha mak ada luka yang sangat besar, di buku lali dan sendi2 memang teruk menggelembung dan berair dan bila dipegang sewaktu nak angkat untuk disiram air terakhir,
Semua yang memandikan jenazah mengalirkan air mata sebab kulit yang melepuh tu tercabut dan pecah allahu tak tahula mcmana kesakitan yang dia tanggung…
Semua ini amat menginsafkan kami semua dan saya terfikir apa yang Allah nak tunjukkan sebenarnya?
Adakah sebab mak selalu tak jaga mulut dan suka memakai hamun saya? Adakah sebab layanan buruk mak terhadap saya dan ayah? Adakah sebab mak tak berlaku adil tempohari dan tak mengakui kebenaran?
Saya pun tak pasti…. tapi semasa hidupnya mak saya rajin bangun tahajjud dan seorang yang ada banyak ilmu agama….
Tapi dia juga suka menceritakan hal-hal ibadah yang dia lakukan kepada semua orang, dan sebelum meninggal saya sendiri pernah mendengar dia mengatakan sesalan berkahwin dengan ayah saya kerana tak dapat apa2 kesenangan hidup….
Sedangkan kalau dibandingkan dengan adik beradik mak yang lain dialah yang paling beruntung… ada rumah dan kereta serta anak2 yang bekerja baik2. Saya yang mendengar hanya menggelengkan kepala….
Saya bukanlah anak yang baik, dan macam membuka aib keluarga tapi mungkin ini sahaja yang saya boleh buat untuk mengingatkan diri dan kita semua dan mungkin Allah nak saya jadi orang yang lebih baik selepas ini….
Harap cerita ini menjadi pengajaran dan mohon semua doakan semoga penderitaan yang arwah tanggung ini hanyalah di dunia sahaja. Semoga Allah ampunkan dosa2 nya dan ditempatkan kita semua dan dia di syurga.
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit