Assalamualaikum dan salam sejahtera. Serba sedikit tentangku ialah aku berasal dari keluarga sederhana, seorang suami, berumur 20an, berkerja swasta dan bakal menjadi ayah.
Tujuanku menulis kerana masyarakat sekarang ramai yang tenat dari segi mental dan emosi, ini ku dapati dari hasil pembacaan2 ku di media sosial mengenai luahan2 hati masyarakat.
Aku nak buat teguran dan nasihat yang mungkin berguna kepada masyarakat kita dinihari terutama yang segenerasi dengan ku.
Oh ya, most of the contents are for 90s kids or maybe valid for others too. Cos im a 90s kid and these are what I observed. For every problems i stated, I included my real life journey so that u guys can relate. Enjoy!
So seperti sedia maklum zaman makin berubah seiring teknologi dan peradaban manusia. Corak budaya dan gaya sosial masyarakat pun berubah.
Masalah2 yang dihadapi oleh generasi kini dan dahulu pun berbeza. So basically everything is changing. And the only thing remains the same is “CHANGE” !!
Statement di atas akan dikupas dari isi2 yang inginku sampaikan. Bermula dengan masalah “Trauma yang dibawa dari zaman kanak2 hingga dewasa”. Majoriti generasi sekarang terkesan dengan masalah ini termasuk diriku.
Rata2 ibu bapa untuk anak2 90an membuat kesilapan yang sama iaitu kurang ilmu atau tiada ilmu didikan terhadap anak2. Atau mungkin tiada pendedahan langsung bagaimana ingin mendidik dan membesarkan anak2 sebaik mungkin.
Antara kesalahan atau kesilapan yang selalu berlaku ialah melalui percakapan dan perbuatan. Dua perkara ini sangat penting! Kerana kanak2 hanya boleh serap apa yang dilihat dan didengari, masih tidak boleh berfikir sewajarnya lagi.
Kuambil contoh untuk kes2 dari iium confession seperti emak menggelar anak perempuan sebagai sundal dan hodoh, ayah mengeluarkan kata2 kesat sambil memukul anak semahunya, ibu mengatakan si anak ialah anak angkat/ pungut kerana terlalu nakal,
Bapa balik rumah dalam keadaan mabuk atau tengah khayal dan memaki2 si anak lalu mengeluarkan kata2 yang tidak wajar seperti, “kau anak haram, kau anak tak guna, kau anak yang menyusahkan”.
Dan pelbagai lagi contoh lain seperti berjimak depan anak, bergaduh depan anak, hisap dadah minum arak depan anak. Perkara2 ini semua diserap kedalam otak anak2 dan dibawa kesannya hingga dewasa.
Dari perasaan sedih bertukar menjadi dendam dan akhirnya anak2 itu membesar menjadi seorang yang cepat putus asa, tiada keyakinan diri, rasa tidak berguna malah ada yang mempunyai suicidal thoughts.
Masalah trauma zaman kanak2 ini aku yakin ramai yang alaminya. Baiklah, nasihat aku pula untuk kes ini,as this is what I done to overcome it.
So yes, I have felt useless, low self esteem, no friends & always have negative thoughts.
I have been a very short tempered guy whom always feel angry all the time and always involve in fights & I have been suspended from schools and even kicked out from university. Then one day I stop thinking about myself.
Allah jentik hatiku, Allah beri kesedaran dalam hatiku untuk fikir masalah2 orang lain juga,
MasyaAllah rupa2nya lagi ramai yang hidup begitu susah dariku, tidak cukup makan dan pakai, tiada tempat berteduh dan lagi malang tiada tempat mengadu kerana tiada yang kisah! Hanya kepada Allah sahaja mereka bergantung harap.
Kemudian Allah buka lagi pintu hati untuk aku sedar, apabila melihat ibubapa2 yang struggle mencari rezeki untuk anak2, aku tersedar, mungkin ibubapa ku dahulu juga begitu struggle untuk hidup kami sekeluarga,
Begitu berat ujian2 mereka dalam membina rumahtangga, dan akibatnya banyak konflik yang berlaku hingga aku terkena tempiasnya dimasa kecilku.
Alhamdulillah bila aku mula fikir perkara2 positif seperti itu aku mula tenang malah lebih banyak dan meluap2 rasa empati dan simpati aku.
Aku menjadi manusia yang penuh sifat pengasih dan penyayang. Aku memaafkan segala kesalahan kesilapan semua orang. Ada sahaja negative thought yang hadir aku tepis!
Ya, Benar tiada manusia yang sempurna, mungkin banyak kesalahan2 yang dilakukan ibubapa terhadap kita sukar dimaafkan/ dilupakan.
Tetapi cuba untuk gunakan akal fikiran yang Allah kurniakan sebaiknya, kira berapa kesalahan mereka berbanding kebaikan mereka kepada kita.
Zaman mereka tiada siapa yang beritahu tidak boleh cakap begitu begini,tidak boleh buat itu ini depan anak2 kerana dikhuatiri anak2 akan igt sampai bila2 segala yang berlaku dimasa kecil mereka.
Zaman itu juga tiada siapa nk ajar mereka ilmu parenting yang sebenar, jadi setelah masa beredar dan zaman berubah, tidak sedarkah kita bahawa mereka juga berubah?
Tiada langsungkah perubahan kearah kebaikan dalam diri mereka? Siapa kita untuk menghukum kesilapan mereka dahulu? Manusia waras mana yang sengaja ingin mencipta “keluarga toxic”?? Hargailah mereka selagi bernyawa.
Seterusnya, mengenai masalah “Mentaliti dan Sikap apabila dewasa”.
Majoriti sekarang mempunyai sikap suka meletakkan kesalahan kepada sesuatu untuk melarikan diri dari beban tersebut. Mereka mempunyai ketahan mental yang sgt rapuh dan mudah mengalah/ putus asa.
Sebagai contoh, kes2 seperti seorang suami abaikan tanggungjawab pada isteri atas alasan isteri bkerja, seorang isteri yang asyik ugut untuk bercerai atau pisahkan anak2 dengan suami kerana tak tahan hidup susah, seorang pekerja ingin bunuh diri kerana sering dicaci dihina,
Seorang anak tidak mahu beri duit bulanan kepada ibubapa atas alasan penat cari duit sendiri dan risau komitmen bulanan tidak cukup.
Guys, I have been tested lot more worse than u can imagine. There was once in my life i have got everything, with my own sweat and blood, then in split second everything destroyed. I lost my career, my girlfriend, my money my everything.
Terjatuh tersungkur tertiarap aku masa tu. Agak2 kalau aku putus asa, mengalah dan terus melayan perasaan kesedihan tu masa tu apa yang aku akan dapat?? Maybe aku jadi penagih atau biawak hidup kot.
Untuk Masalah begini jalan penyelesaian dia kau kena bangkit! Kau kena berubah terus, tekad dan yakin untuk bangkit!
Kau sendiri kena ubah cara kau berfikir untuk diri kau. Bukannya menyalahkan semua orang atas kejatuhan kau atau atas masalah yang kau hadapi. Kita sangat mudah menyalahkan semua benda kecuali diri sendiri apabila berhadapan dengan masalah.
Ubah cara kau fikir, fikir balik apa kau buat sampai Allah hadirkan ujian seberat itu? Atau fikir apa hikmah yang sebenarnya Allah beri diatas ujian tersebut.
Jangan bila ada masalah sikit terus lembik, lemah longlai nak hadap, yang lagi teruk asyik salahkan sana sini je kerjanya. Percaya yang Allah hadirkan ujian sesuai dengan kemampuan hambaNYA.
Ye aku dulu begitu, banyak menyalahkan takdir, menyalahkan pasangan dan semua org, salahkan masa kanak2 ku yang rosak, sentiasa nak lari dari masalah, tetapi aku sedikit pun tak nak fikir salah diri aku ni. Apa sempurna sangat ke aku?
Habis semua aku nak salahkan, aku sorang je betul?? Alhamdulillah sejarah hitam kejatuhan yang sangat teruk dalam hidupku sudah berlalu, kini segalanya berubah dengan sangat2 drastik.
Hikmah yang Allah beri hasil keteguhanku bangkit dan tekad berubah 360 darjah dari hidup lamaku.
Aku bersyukur diberi kesedaran awal dalam hidupku. Kini aku ada kerjaya yang bagus, dikurnia isteri yang solehah yang begitu memandang tinggi terhadap diriku.
Aku menjadi seorang yang sangat bertanggungjawab, segala masalah rumahtangga, aku segera selesaikan sebaik mungkin.
Tidak ada satu pun yang aku biarkan atau lengahkan. Aku konsisten dengan cara berfikirku ini yang sentiasa positif dan tenang dalam apa2 jua keadaan yang mendatang.
Dan kini Aku mula nekad untuk menjadi seseorang yang boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan agama.
Aku ingin menjadi seperti Ustaz Ebit Lew. Memberi dan terus memberi tanpa harap apa2 balasan.
Buat masa ini aku masih mengumpul dan mencuba untuk mengembangkan hartaku, kerana aku masih tidak mampu untuk memberi dan menyumbang dengan jumlah yang banyak dan berterusan secara konsisten.
InsyaAllah suatu hari nanti aku mampu. Buat masa sekarang, ini adalah targetku, iaitu untuk beri apa yang aku ada kepada masyarakat iaitu buah fikiranku.
Walaupun tidak seberapa, tetapi aku yakin someone out there is reading this, and maybe he/ she really needs it.
Soooo guys, As i said earlier, everything is changing, the only thing remains is “CHANGE”!!! Jadi Berubahlah saudara2 dan saudari2 yang aku sayangi. Cekalkan hati, mantapkan iman.
Ubah gaya pemikiran kepada lebih positif dan tenang. InsyaAllah segala ujian akan dapat diterima dengan hati yang redha dan mudah.
Ingat bukan kita je susah, ujian orang lain lagi hebat! Itu sahaja yang aku mampu tulis hari ini. Assalamualaikum.
– Saudagar di bumi Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit