Assalamualaikum.
Disclaimer: post ini sesuai di baca oleh budak-budak engin UIA…….dan sangat panjang. Haha
Aku terpanggil untuk tulis daripada penulisan confessor Sakinah yang cerita pasal kenapa perlu CGPA tinggi. Ini bukan confession tapi nak cerita kesan repeat paper ke atas CGPA aku dan harap menjadi motivasi untuk adik-adik kat UIA.
Aku nak share pengalaman daripada kesan repeat paper aku dulu kepada perubahan CGPA aku yang drastik. CGPA aku tak lah banyak macam Sakinah tapi CGPA aku masa degree dulu above 3.5 tapi bukan first class dan sebagai budak engin aku boleh katakan ia cukup membanggakan. Sebab aku tahu CGPA yang tinggi bukan satu benda yang mudah – adalah satu benda yang susah berlaku bagi budak-budak engin. Yang pasti slogan ‘tak engineering student la kalau tak repeat’ akan sentiasa kedengaran haha.
Apa yang baik korang ambil la, apa yang tak elok, tinggalkan. Sejarah pelajaran aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah tak ada yang menarik, aku budak sukan dan bukan top atau best student. Exam UPSR, PMR dan SPM aku bukan straight As siap ade C lagi haha, senang cerita aku adalah average student.
Matriks UIA— Semester pertama aku fail satu paper, cgpa aku cukup-cukup 2.00,yela baru masuk belajarkan kau mana reti nak belajar, sibuk nak berjimba sibuk nak bercinta bagai. Masa dapat result tu aku sedih tapi sedih gitu jela sebab mana aku paham sistem pemarkahan level universiti ni. Nasib jugak aku dapat cgpa yang cukup-cukup makan ni sebab masa tu baru aku tahu cgpa below 2.00 boleh kena dismiss. Lol. Di pendekkan cerita, sebab aku fail satu paper ni la sebenarnya turning point untuk pastikan aku tak akan repeat apa-apa subjek dah lagi, yang aku fikir janji semua lulus. Serik ye adik-adik repeat paper ni. Sebab apa? Repeat paper sangat leceh. Dari kau nak cari siapa yang fail sekali dengan kau (biar ada geng), kepada nak susun jadual bagi fit dengan jadual member kau yang tak repeat sampailah kau nak ambil exam. Itu belum bab kau segan member lain dapat tahu kau repeat paper. Tapi yang paling aku ingat, sedih dan syahdu wei bila aku terpaksa tinggal sorang-sorang dalam bilik sebab roomate lain dah balik cuti dan aku masih strunggle belajar dan menunggu tibanya hari exam (paper repeat). Sedih dia kemain lagi. Haha. Jadinya aku berazam, takkan fail apa-apa subjek dan alhamdulillah aku berjaya masuk UIA gombak dengan cgpa tak berapa cantik, below 3.00.
Masa masuk gombak, target aku first sem kena above 3.00 pointer so nanti boleh maintainkan sepanjang semester dengan harapan nak graduate second class upper, baru cantik. Jadinya, aku berjayalah dapat 3.00 pointer untuk semester pertama. Target dah achieved. Tapi, masa first semester kat gombak, kejadian lama hampir datang balik. Aku suka subjek kira-kira, tapi bukan Static. Aku tak tahu kenapa aku tak berminat dengan subjek ni sampai aku langsung tak fokus masa lecturer ajar. Masa dapat result midterm Static, aku dah tak senang duduk, sebab markah midterm aku hanya la sa. Sa ye, bukan puluh-puluh. Bayang-bayang bakal fail dah nampak ni. Trauma terus aku. Aku punya trauma ni sampai aku menangis menggigil masa belajar sorang-sorang untuk final exam sebab tak paham. Ikotkan aku punya geram aku nak robek-robekkan past year paper tu. Subjek kira-kira kalau kau tak paham memang susah nak jawab. Kalau paper yang membaca kau boleh tibai lagi. Aku punya terdesak nak pass sampai tahap deal dengan member seat depan nak meniru. Ish ish ish. Akhirnya aku pass subjek ni dengan gred yang agak boleh blah. Aku gembira tak payah repeat.
Ni aku nak cerita bab-bab meniru, bab-bab bawak toyol time kuiz ke exam. Budak-budak engin kalau tak pernah meniru, penipulah kau! haha. Aku kalau nak tiru time kuiz je. Bagi aku, tiru waktu final exam is a criminal. Jadinya, lepas exam Static , aku macam self-reflection, insaf dan berazam untuk tidak mahu terlibat dengan gejala meniru mahupun menoyol. Aku punya konsep masa kuiz atau exam, member-member nak tiru aku, tirulah, janji bukan aku. Aku sedaya upaya kalau boleh tak nak meniru. Rasa berdosa. Aku tak tahu jawab, aku bedal jela janji jawab.
Cerita pasal subjek Static ni tak habis lagi. Oleh kerana subjek ni, subjek beranak pinak. Lepas Static, aku kena ambil Dynamic la pulak. Haduh, gelabah aku. Dari hari pertama kelas start aku tak pernah miss. Gigih aku fokus bagi paham subjek Dynamic ni sebab aku tak nak fail dan aku kan dah tak nak meniru. Markah midterm aku dapat tepat separuh je. Last-last, final exam aku hanya mampu dapat C+ je. Mungkin ini kifarah aku meniru Static dulu. Haha Dan aku akur, jenis-jenis subjek ni tak sehati sejiwa dengan aku. Kahkah.
Macam biasa,masa awal-awal semester nak susun jadual kelas, junior-junior mesti akan gigih cari senior-senior depa untuk consultation. Tapi confirm akan ada senior yang akan meng-listkan subjek-subjek killer yang perlu bro and sis jaga-jaga. Antaranya Mechanics of Material (Mom) dan Calculus V. Siap senior aku cakap ada yang repeat subjek-subjek ni berkali-kali. Dek kerana tidak mahu lagi repeat mana-mana paper, pulak tu Mom ni adalah subjek bapak kepada static dan dynamic, aku pon apa lagi, nak tak nak aku gigih rebut masuk kelas Dr. Yulfian haha. Jadinya aku pon belajar dan fokus macam biasa. Dan tibalah masa sir hand over kertas midterm Mom kat aku, aku dapat A wei! Terkejut aku. Dia punya happy kemain. Ntah macam mana ntah aku boleh score kat subjek killer, lagi-lagi subjek tak sehati sejiwa dengan aku ni. Oleh kerana start aku dah bagus, akhirnya final exam aku pon dapat A.
Sama macam Calculus V, sebab masa tu aku dah final year, aku tak nak repeat paper nanti habis kacau study plan aku. Aku datang kelas duduk depan sekali, paham ke tak paham aku salin je sir tu tulis apa. Punyalah determined. Sejarah Calculus (I-IV) aku masa tu belum pernah lagi aku dapat A, belajar la tunggang terbalik macam mana memang payah nau nak dapat A. Sekali lagi aku terkejut sebab aku dapat A masa midterm. Hahahah. Tak percaya dan gembira gila. Jadi, sebab midterm aku dah cantik, aku pikir ada harapan untuk score A kat final. Since aku pon tak pernah dapat A untuk subjek Calculus, aku berazam untuk dapat A dan Alhamdulillah, aku dapat A untuk subjek Calculus V.
Aku bersyukur sebab aku fail satu subjek masa kat matriks dulu. Memang power dia punya serik. Tu la orang cakap, sesungguhnya setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. Secara tak langsung, sepanjang 4 tahun aku belajar engineering kat UIA dulu, aku hanya ada satu C+, tak pernah repeat dan 3 kali aku dean’s list (tu pon selepas dah insof tak nak tiru meniru). Dan rezeki aku dapat awards masa convo aku dulu. Alhamdulillah. Dan aku rasa itulah the ultimate self-achievement untuk aku sepanjang aku di UIA.
Secara ringkasnya, aku nak bagi beberapa tips kat adik-adik engin yang baru nak start semester ni yang aku guna pakai dulu selain jaga solat:
1) Pastikan cgpa first year korang above 3.00, in sya Allah ia mampu maintainkan keseluruhan cgpa korang nanti.
2) Sila elakkan daripada merepeatkan paper. Ia bakal mengacau-bilaukan study plan korang dan bakal melahirkan rasa
ketinggalan di kalangan kawan-kawan satu batch.
3) Untuk pastikan korang kurang struggle waktu final exam, sila jaga carry mark. Sila score betul-betul kat midterm. Besar percentage dia.
4) Sila bagi sepenuh perhatian terhadap subjek-subjek killer.
5) Jangan ponteng kelas. Final exam kau dapat A pon bukan sebab usaha kau sorang. Ingat, keberkatan lecturer pon termasuk sekali. Kau paham ke tak paham duduk je dalam kelas tu. Cubalah untuk fokus dan salinlah apa-apa yang lecturer tu explain. Untuk backup sila record audio sepanjang kelas. Balik bilik boleh dengar dan semak balik.
6) Cara kau nak fokus dalam kelas: sila duduk bahagian depan dalam kelas dan masa lecturer tengah lecture kalau boleh ko eye contact dengan beliau haha. Confirm fokus. Aku banyak kali try.
7) Sedaya upaya elakkan daripada tabiat meniru sewaktu kuiz apatah lagi exam. Lagi sekali, keberkatan tu penting. Balasan dia ada kau dapat terus or maybe tak nampak sekarang tapi mana tahu nanti masa kau nak cari kerja ke kan haha!
8) Copy assigment tak apa janji kau paham apa yang kau salin tu. Bukan semata-mata sebab nak submit. Tapi kalau boleh contribute sikit kat assigment tu barulah tak rasa bersalah copy bulat-bulat kerja orang.
9) Jangan ngelat buat report lab ye adik-adik. Korang ngelat, susah nanti time korang nak buat report FYP dan juga nanti masa korang kerja. Ambil peluang masa ni belajar macam mana nak mem-pasif kan ayat.
10) Jangan kedekut ilmu. Konsep dia sama macam the power of giving. The more you give the more you get. Tolong pahamkan member yang tak paham.
11) Seandainya kau masih repeat paper, bersabarlah dan jangan pernah berputus asa. Cuba selagi kau mampu. Akak kau boleh, takan kau tak boleh. Kan?
Akhir kata (Fuhhhh), aku tahu gred dan cgpa bukan segalanya. Lain orang lain achievementnya tapi rasa dia lain macam bila kau rasa kau tak mampu tapi sebenarnya kau mampu achieve semua ni sebenarnya. Sekurang-kurangnya kau sendiri tahu kemampuan kau. Ini kisah aku, kisah yang dah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup aku. Selagi ada peluang, korang ciptalah sejarah korang sendiri. Yang lain kerja Allah.
Semoga Allah permudahkan urusan belajar korang ye sister-sister dan brother-brother!
Sekian. Kirim salam kat makcik-makcik stabak. Haha
– Akak senior korang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit