Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum saya start my confession, saya nak perkenalkan diri sebagai kakak kepada 3 orang adik.
Harap sangat confession ni dipublishkan sebab saya betul-betul nak tahu tips macam mana ajar adik-adik saya online ni.
Macam dalam tajuk.. Saya yang rasa terseksa kadang-kadang dengan adik saya online terutama sekali akhir-akhir ni.
Stress saya makin menjadi bila saya check phone salah satu adik saya…
Saya check telefon adik lelaki yang sekarang form 1 sebab nak check kalau kalau dia tak tulis kehadiran untuk online class sebab dia selalu sangat lupa.
Tapi satu hari ni saya buka telegram dia rasa terkejut sebab group math dia ada around 200++ mesej tak dibaca sejak 18 februari,
And saya actually pelik sebab tak pernah nampak adik saya yang sorang ni buat homework sebab ada baca confession lain yang homework sangat banyak.
Bila saya scroll group math tu saya check dia tak buat langsung kerja sekolah dari bulan januari dan saya ada terbaca mesej dari classmate dia dalam tu yang bertanya,
“Cikgu.. Kalau buku nota saya dah penuh macam mana nak buat”
Jadikan saya terkedu sebab buku nota matematik adik saya tak pernah wujud pun dan pada masa yang sama saya jadi takut kalau-kalau adik saya ni tertinggal pelajaran dia sebabkan nanti sekolah akan dibuka.
Dan sejak dari haritu saya memang berkeras dengan dia print semua nota math setiap malam buat nota… 1 sub unit setiap malam (yang dari bulan januari tu) and bila ada latihan saya memang akan mengajar dia.
Tapi satu yang buat saya kecewa lagi bila dia seakan akan takde minat.
Bila saya mengajar dia berguling dalam selimut dan kadang-kadang tak ambik serious dan asyik gelak menyebabkan saya yang rasa tertekan dan memang akan marah dia.
Kadang-kadang kerja menampal kertas pun boleh ambik masa yang sangat lama sebab dia nak lambatkan proses dengan bermalas malasan dan buatkan orang lain hilang sabar.
Adik saya ni malam-malam dari pukul 9 malam hingga 12 – 1 pagi dia akan main telefon. Tidur pun pukul 2 pagi dimana bila kelas pagi kebanyakannya dia tak masuk pun.
Jadi saya nak minta sangat bantuan pihak tuan puan yang ada anak belajar online.
1. Macam mana nak tambahkan minat belajar dia?
Saya nak perbaiki skill mengajar saya supaya dia minat belajar dan tak ketinggalan dalam kelas sebab nanti sekolah akan dibuka
2. Ada tak tips belajar online yang lain bagi ibu bapa dalam perhati anak anak mereka kelas online?
Patut ke saya check telefon selepas dia habis setiap kelas?
Sebabnya saya takut cara mengajar saya yang salah dan buatkan minat belajar adik saya makin teruk.
Nota: parents saya bekerja pagi hingga petang jadi memang bab kelas online adik2 saya yang banyak pantau lagi-lagi saya sedang cuti sem sekarang ni.
Kalau waktu pagi adik pertama saya yang pantau dan pada waktu petang saya yang banyak pantau dan sekarang tengah kejar masa nak siapkan semua hw adik dari bulan januari yang tak sentuh pun lagi.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit