Aku Penakut

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam 1 Malaysia, dan salam perpaduan. Aku ialah aku, you can call me Baby.

Ceritanya aku ni seorang yang penakut. Sangat penakut. Nak bercakap dengan orang yang tak kenal aku takut, nak memandu kereta aku takut, dengar suara orang lelaki aku takut, nak jumpa doktor takut, kucing aku takut, sayur pun aku takut.

Kisahnya bermula begini. Masa aku darjah 5, ibu aku diagnosis kanser tahap 2 yang memerlukan dia untuk lakukan pembedahan.

Dia duduk di hospital hampir setahun untuk rawatan kimoterapi, radioterapi, etc. Kiranya masa tu aku dan adik beradik lain jarang jumpa dia.

Cuma ayah aku yang ulang alik dari rumah ke hospital hari2. Masa tu ibu kena warded dekat hsi Johor and dekat melaka.

Masa aku tahu tu reaksi luaran aku biasa2 je. Tak sedih, tak terkejut, etc. Tapi hakikatnya dalaman aku hancur. Aku takut. Setiap malam sebelum tidur aku bayangkan diri aku tanpa ibu.

Apa akan jadi kalau ibu meninggal dunia. Aku nangis sampai mata bengkak2 sampai orang kata mata aku dah macam pocong.

Lepas habis radioterapi, alhamdulillah ibu makin sihat. Tapi aku masih sama. Malam2 menangis, membayangkan aku hidup tanpa seorang ibu.

Masa aku tingkatan 3, sebelum keputusan pmr keluar, ibu mula demam2. Rupanya kanser tu datang lagi. Dan dah tak boleh diselamatkan sebab sel kanser dah merebak ke otak.

Beberapa bulan lepas tu, ibu meninggal dunia (masa ni aku dah masuk tingkatan 4). Bayangkanlah dari umur aku 11 tahun – 16 tahun aku menangis setiap malam. Sampai sekarang dark circle tak hilang. Hahahaha.

Tak lama lepas ibu meninggal, abang aku pula buat masalah. Dia ambil barang (batu). Dia selalu bawa kawan2 dia balik, masuk bilik. Dari semiskin2 manusia sampai yang bawa mers pun ada.

Aku mula risau tak tentu arah. Setiap malam aku berjaga takut ada orang bukan2 masuk rumah. Lepas subuh baru aku boleh tidur.

Bila dah orang bukan2 tu buat rumah ni macam rumah depa, aku mula takut lelaki. Even dengar suara orang berbual pun aku boleh terkaku. Terkaku aku tu sampai satu badan sejuk.

(Jangan cakap tak pernah tegur. Bapak aku sampai mengamuk halau depa semua keluar. Tapi lepas tu depa masuk balik, panjat tingkap bilik abang aku. Tak guna betulll!!!)

Lebih teruk lagi, aku pernah nampak dan dengar depa bergaduh. Ada sekali tu, ada sorang hamba Allah ni masuk rumah aku tiba2 sambil terjerit2 dengan kayu di tangan. Dia maki2 abang aku.

Masa ni aku tengah lepak kat rumah jiran aku so boleh nampak. Dia masuk rumah aku then tiba2 bunyi benda pecah.

Aku dalam hati dah cakap, “mampxs dia pecahkan tv”. Nasib baik masa tu abang aku tak ada dalam bilik dia tu. Kalau tak aku rasa dah ada adegan berdarah.

Lepas hamba Allah ni tak jumpa abang aku, dia bla macam tu je. Masa ni tak payah cakaplah aku punya takut macam mana. Sejak ni lah takut aku pada suara lelaki makin bertambah.

Then pernah sekali ni, geng abang aku ni ada hilang motor and dapat tangkap pencurinya. Boleh pulak depa bawa balik pencuri tu ke rumah aku buat soal siasat. Depa buat soal siasat tu sebelah bilik aku!

Aku dengarlah pencuri tu kena kelepuk kelepek. Aku rasa macam dah nak call polis masa tu. Satu malam tu aku memang tak boleh tidur.

Tapi tu semua cerita lama. Alhamdulillah abang aku semakin okay. Aku tak pasti sama ada dia ambil barang lagi ke tak, tapi dia dah jarang bawa membe masuk bilik. Kalau ada yang datang pun borak dekat luar je.

TAPI!

Semua benda tu menghantui aku. Beberapa bulan lepas, dalam bulan ogos macam tu, aku berazam dan aku beritahu diri aku ” it’s nothing. Let it all go. Forget it.”

Alhamdulillah aku macam lebih relax, dengar suara lelaki pun dah tak rasa pape, dah tak ada bunyi yang tak wujud (sejak kes abang aku tu, aku selalu dengar bunyi yang tak wujud.

Aku dengar bunyi suara orang lelaki bercakap, dengar bunyi motor kereta, dengar bunyi orang bergaduh, etc), dah tak ada bayangan bunuh diri (aku selalu bayang aku mati terjun bangunan lepas tu tercucuk buluh tajam atau pun pisau tikam dada banyak kali).

Tapi beberapa hari lepas tu, aku mula menggigil. Mula2 aku menggigil masa aku tengah memandu kereta je (kaki).

Tapi sekarang makin teruk. Bila2 masa je boleh kena. Bukan setakat gigil satu badan, aku akan rasa sangat kepanasan, sakit dada & kepala dan aku jadi susah nak bernafas.

Selalunya bila kena teruk macam ni bila aku keluar seorang dan di kawasan orang ramai. Aku juga mula hilang tenaga.

Dulu angkat 10kg no problem. Sekarang pegang pen pun gigil oiiii. Berat badan pun turun mendadak. Daripada bulan 9 hingga bulan 11 ni aku dah turun lebih 20kg. Dulu aku 93-95kg, sekarang aku 69kg-70kg.

Bila aku dah perasan perubahan aku, aku tried ambil test mental health online. Stress aku sangat rendah. Panic pun biasa je. Tapi anxiety aku sangat teruk! Aku nak jumpa doktor, tapi takut + malas. Lagi2 musim pandemik ni. Jadi lagi takut and malas.

So sebenarnya tujuan aku post confession ni adalah untuk minta pendapat dan nasihat untuk kurangkan masalah aku tu tanpa berjumpa doktor kalau boleh.

Aku pernah baca online, kalau kena attack secara tiba2, tarik nafas dalam2 dan bertenang. Tapi masalahnya bila aku kena, nak bernafas pun tak boleh! Sampai satu tahap aku hampir pitam. Aku dengan terhuyung hayang keluar dari tempat tu.

Jadinya, kalau pembaca ada nasihat yang bernas, sila tinggalkan di ruangan komen ya. Aku dahulukan dengan jutaan terima kasih.

– Baby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *