Wanita Ketagih On**i

Mohon maaf sebab penulisan ini banyak kekurangan apa yang saya harapkan adalah ianya membawa kesedaran kepada kita semua bahawa masalah boleh dilihat dan diselesaikan lebih daripada satu sudut.

Saya ketagih beron**i. Saya sedar ianya salah selepas kantoi dengan ibu semasa seronok buat perbuatan tersebut.

Tapi saya masih meneruskan perbuatan tersebut walaupun berasa jijik dan hina setiap kali ianya berlaku. Ianya bermula sejak saya berumur 5 tahun. Ya mengejutkan bukan?.

Aku tak tahu di mana aku belajar beron**i dan kenapa aku beron**i bagi yang struggle macam saya pulak akan mula rasa difahami.

Cara saya melakukan itu tak perlulah saya perincikan. Berlaku setiap hari, hampir setiap masa.. “mak ayah tak tahu ke?” “takkanla dorang tak nampak?” jawapannya,

Tak! Politik dan orang luar adalah lagi penting, perjuangkan hak orang kampung itu dan ini. Balik setiap hari jam 1 pagi..

Masa2 tu lah aku dapatkan stok on**i aku iaitu cerita jam 11 ke atas. Banyak cerita yang U18 boleh aku dapatkan masa tu walaupun dekat television biasa. Masa ini aku darjah 1!!!

Aku nak cerita beberapa kejadian yang menjadi punca aku ketagih on**i (bukan menyalahkan) harap dapat memberikan kesedaran pada masyarakat.

Aku niat kalau aku dah berjaya pulih daripada ketagihan ni aku nak buat confession kat sini. Aku dah bersih daripada perbuatan ini jadi ini kisah aku

Kejadian pertama…

Pernah satu hari ni aku terlalu bosan jadi aku kemas-kemas barang mak aku konon nak happykan dia kalau dia balik dari tempat kerja.

Tapi end up aku terjumpa satu beg penuh dengan vcd lucah milik ayah aku. Macam mana aku tahu tu milik dia?

Bapak aku hampir kantoi dengan aku sebab aku nampak dia turunkan beg tu dari atas almari dan dia macam nak tutup cepat2 beg tu.

Ok balik pada masa aku jumpa vcd tu masa tu aku confuse gila sebab visual kulit vcd lucah terlalu berat untuk otak aku terima dan aku tak mampu pun nak buat stok on**i.

Aku rasa kecewa sangat sebab budak umur darjah satu macam aku rasa orang dewasa ni sangat hebat dan sempurna!

Aku takut gila nak bagitahu mak aku sebab aku taknak dorang gaduh. Cukup la hari2 hampir setiap masa pasal semua benda nak gaduh. Jadinya berbulan bulan aku simpan. Sikit-sikit aku bagi hint dekat mak aku.

One day aku dengan perasaan gugup rasa nak tercabut jantung aku bagitahu sebab aku rasa bapak aku ni betray mak aku since dorang pun hari-hari bergaduh (mak aku orang yang dominan jadi even bergaduh mak aku nak menang dan bapak aku akan kalah la).

Aku mula susun ayat aku satu persatu supaya jelas tapi lepas tu aku kecewa sebab mak aku kata aku tipu dan tak guna. Jadi aku takut nak cerita apa-apa lagi dah.

Kejadian kedua…

Aku dapat hadiah telefon lipat masa hari jadi aku yang ke 9 tahun (masatu tengah trending telefon lipat) aku dapat yang secondhand punya aku tak tahu bapak aku dapat daripada mana tapi aku happy la. Sebab bagi dorang bila tinggal aku dekat rumah boleh telefon jika ada apa-apa.

Dia pun bagi gitu je takde balut ke apa tapi aku tetap happy sebab itulah telefon pertama aku. Warna merah terkopek-kopek sikit kulit dia.

Aku pun godek-godek la. Sampai pada fail video. Aku klik fail tu dan terjumpa satu video lucah, itulah video lucah pertama aku tengok selama ni banyak gunakan imaginasi je kalau tengok dekat televisen pun masih berbaju.

Kepala aku sangat keliru dan aku rasa takut tapi terasa macam best. Sebenarnya lebih kepada mix feeling. Kaku dan menggigil tangan aku masa aku tengok video tu. Lepas tu aku terus tutup telefon aku. Aku rasa nak mengadu tapi aku tak mampu.

Takut aku dituduh tengok benda bukan-bukan walaupun video tu memang ada dalam telefon awal-awal lagi. Malam tu aku tak boleh tidur dan aku tak mampu nak tengok muka bapak aku sejak hari tu. Aku nampak je aku elak. Aku banyak duduk bilik. Banyak memberontak.

Pelajaran aku terjejas masa aku darjah 3 ni. Daripada kelas paling depan ke kelas paling belakang. Hari-hari cikgu marah dan kena denda sebab tak buat kerja sekolah. Kena buli tu biasa. Takde kawan. Takut bercakap. Tak reti main-main takut dengan semua benda.

Pergi ke sekolah agama aku ponteng. Sampai satu tahap sekolah telefon mak aku sebab aku dipindahkan ke kelas paling belakang akibat selalu tak buat kerja sekolah. Mak aku salahkan aku banyak main telefon terus jadi macam tu padahal zaman tu bukak google pun dekat 5 minit GPRS punya internet.

Dua kejadian ni je yang mampu aku cerita dalam ratusan cerita yang aku takkan lupa, kena cabul, gangguan seksual. Ok teruskan baca sampai habis…

Okay masuk balik cerita pasal ketagihan on**i aku. Aku cerita sebab aku nak beritahu yang on**i aku ni berterusan sebab aku tak dapat kasih sayang.

Selama ni aku rasa nak sangat berubah tapi aku gagal je sampai aku rasa aku ni ahli neraka jahannam paling panas kat akhirat nanti.. Aku tahu hukum dosa on**i semua tapi aku tetap buat.

Pada umur aku 20 tahun aku jumpa titik perubahan aku. Since masa spm aku berjaya tak buat langsung sebab takut Allah tak nak bagi kejayaan untuk pendosa macam aku.

Tapi jadi semula masa aku masuk uni. Aku frust gila kenapa aku tak jumpa cara aku nak stop terus. Aku dikurniakan sahabat dunia akhirat yang memang kiriman Tuhan. Sampai hari ni aku rasa aku tak layak jadi sahabat dia tapi Allah lagi mengetahui kan.

Aku tak pernah cerita pada sesiapa pasal perangai setan aku ni tapi aku percaya sangat kat dia sebab dia bukan jenis judgemental terhadap semua orang,

Jadi aku yakin dia bukan buat tu sebab dia kawan aku tapi sebab kejadian dia memang orang yang baik dua tahun juga kami ambil masa untuk percaya antara satu sama lain.

Sekarang masuk 4 tahun aku kawan dengan dia. Masa aku cerita kat dia seperti jangkaan aku dia memang tak judge aku.

Aku rasa satu kaki gajah yang bertan tan beratnya keluar dari dada aku. Dia dengar je dan buat cerita tu macam biasa je padahal aku sendiri jijik dengan diri aku.

Tapi dia act as if aku ni tak buat apa-apa. Dia tekun dengar dan bagi aku kata-kata semangat dan dia cakap dia tak judge aku pun sebab semua orang buat dosa.

Lama-lama aku faham yang aku lalui ni adalah coping mechanism aku untuk survive hidup aku dengan environment aku.

Aku silap sebab aku berhenti tanpa kefahaman masa spm dulu. Ada orang amik dadah. Aku sama, sebab aku ketagih walaupun ketagih jenis lain. Boleh menggigil dan tak dapat berifikir aku kalau tak dapat.

Walaupun namanya titik perubahan ketagihan on**i ini bukan pulih terus dalam sekelip mata. Tu lah silap aku dulu yang aku harap survivor lain yang lalui macam aku tak buat. Macam-macam cara dah aku guna semua tak berkesan.

Tips berkesan yang aku boleh bagi dekat sini adalah :

1. Terima hakikat yang memang kita lakukan perbuatan tu.

2. Kenalpasti punca paling utama ketagihan dalam kes aku aku nak escape perasaan tertekan aku dalam keadaan keluarga yang macam itu.

3. Pulih daripada ketagihan takkan jadi sehari dua, tapi mungkin bertahun. Selagi mana kita tahu perjalanan kita. Teruskan.

4. Bertaubat. Allah maha pengampun. dia nampak usaha kita yang manusia tak nampak.

5. Berhenti hukum diri sendiri dan mula jadikan diri sebagai kawan. Sebab orang yang akan ada dengan kita sampai mati adalah diri kita. Aku selalu rasa diri aku jahat tapi aku tak pernah dengar apa diri aku nak. Jangan hukum diri tapi tolong diri.

6. Jangan lawan perasaan tanpa strategi tapi hadapi perasaan tu. Aku pernah sampai tahap aku rasa aku mula balik daripada zero sebab aku duduk sendiri jauh dari punca jadi ketagihan aku. Aku biar diri aku fail.

Tapi lepas tu aku wajibkan diri aku reflek aku ni pada tahap yang mana sebab selama ni aku tak buat sebab ada orang.

Jadi bila aku dengan diri aku dah tak ada dinding penghalang aku untuk betul-betul nampak sisi jahat aku yang aku nak buang. Dekat social media follow post atauh hashtag berkaitan punca ketagih kalau macam aku toksik family, depression, addiction.

7. Amalkan self love, belajar, bekerja, buat baik dengan diri sendiri, hadiahkan diri sendiri setiap kali dah lepas fasa baharu.

Aku banyak dapat perhatian dan kasih sayang daripada kawan aku ni jadi aku syukur sangat dia buat aku jatuh cinta dengan diri aku sendiri.

Tolong kalau kau rasa sekelumit hati kau tak percaya dia tolong jangan cerita langsung. Sebab akan mengganggu progress.

8. Biarkan diri relapse. Ini fasa di mana kau dah lama survive tapi tiba-tiba kau balik semula pada fasa zero tapi tak pun sebenarnya. Yang ni kena banyak belajar pasal psychology untuk atasi.

9. Jangan stop berdoa. Jaga solat! Fokus pada diri sendiri baru keliling kita dapat kesan.

Itu je tips yang berkesan untuk diri aku yang aku dapat kongsikan. Aku harap akan membantu lagi ramai ketagih kat luar sana yang tak mampu nak minta tolong macam aku dulu. Tips ni tak semestinya sesuai untuk semua sebab kisah hidup kita semua unik.

Jadikan cerita ini inspirasi dan cipta kejayaan sendiri. Aku harap aku tahu cara nak atasi yang berkesan ni lagi awal tapi sebenarnya masa ni memang Allah dah tetapkan untuk aku walaupun ambil masa selama 20 tahun.

Aku percaya Allah bantu aku supaya aku boleh bantu orang lain yang ketagih macam aku. Percayalah ianya tak mudah tapi ianya pasti. selagi kita hidup selagi tu masih ada peluang. Tak ada usaha yang sia-sia di sisi Nya.

– Sakinah The Survivor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *