15 Panduan Cara Membina Tabung Kecemasan

1) Walaupun simpanan tabung kecemasan dianggap sebagai simpanan yang remeh, tetapi simpanan ini lah yang akan membantu diri anda semasa anda terdesak.

2) Kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi kepada diri kita, motor kita, kereta kita, dan status pekerjaan kita pada masa akan datang.

3) Katakan tiba-tiba kereta kesayangan anda rosak dan kos untuk membaiki kerosakan tersebut adalah RM1000. Rasa-rasa anda dah cukup bersedia ke?

4) Kalau anda sudah bersedia dengan duit kecemasan. Anda tidak akan tersepit. Duit dah ready, tak perlu nak berhutang dengan kawan-kawan anda. Haha.

5) Nak mula bina tabung kecemasan sebenarnya tidak susah, selagi anda tidak menyembah segala hutang yang boleh menyusahkan anda.

6) Katakan gaji bersih anda sekitar RM2000 sebulan, anda perlu bersedia dengan jumlah 3-6 bulan wang kecemasan. RM2000 x 3= RM 6000. Jadi anda perlu sediakan wang kecemasan sebanyak RM 6000.

7) Kalau tidak mampu sediakan wang kecemasan selama 6 bulan, kurangkan kepada 3 bulan. Simpan ikut kemampuan dan tahap gaji anda.

8) Nak menyimpan janganlah sampai menyeksa diri sendiri. Anda juga perlu hidup seperti orang lain. Tapi sekurang-kurangnya asingkan 10% daripada gaji sebagai wang kecemasan.

9) Kalau gaji anda RM2000, jadi 10% simpanan kecemasan yang anda perlu sediakan adalah sebanyak RM200.

10) Letakkan wang kecemasan tersebut di akaun bank yang berlainan. Alang-alang dah menyimpan tu, janganlah usik duit tersebut. Nanti pantang nampak SALE, wang kecemasan juga yang jadi mangsa. Haha

11) Seeloknya lagi banyak anda menyimpan, lagi cepat lah tabung kecemasan anda akan penuh.

12) Kalau tabung kecemasan anda tidak penuh, anda janganlah cemas. Sekurang-kurangnya kalau terdesak anda dapat elakkan diri daripada meminjam.

13) Saya harap anda sudah bersedia lah untuk sediakan tabung kecemasan. Tabung kecemasan orang bujang berlainan dengan tabung kecemasan pasangan yang dah berkahwin.

14) Pasangan yang dah berkahwin perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Kalau tiba-tiba anak sakit, perabot rumah rosak, mesin basuh rosak. Haa kan kita tak dapat jangka benda macam tu.

15) Seeloknya mulakan dari bujang, wujudkan tabung kecemasan sebanyak yang boleh bermula dari sekarang.Kalau anda pilih untuk habiskan duit di waktu muda, siap sedia lah untuk membaiki dosa kewangan yang telah anda lakukan nanti. Haha.

Anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk anda? Silakan share kepada rakan-rakan dan orang yang anda sayang.

– Aidil Nor Adha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *