15 Pantang Larang Di Hari Raya

1) Pakai baju yang tidak sopan.

Hari raya adalah hari untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Jadi elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata.

2) Bertanyakan soalan sensitif.

Jangan tanya soalan berkaitan perkahwinan, kerja, gaji, anak,dan jodoh. Banyak perkara yang masih boleh disembangkan.

3) Terlalu mementingkan diri.

Jika adik beradik kita keseorangan sedang bertungkus lumus di dapur menyediakan makanan kepada tetamu, kita jangan duduk sahaja. Kita balik ke kampung untuk bekerjasama, bukannya menjadi anak raja.

4) Memberi komen terhadap makanan yang dihidangkan.

Jika makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah kekurangan rasa, gula, atau garam. Jangan komen secara direct, jaga hati tuan rumah. Nak komen juga, tunggu masuk kereta, mengatalah sampai ke subuh. Kalau anda tak takut dosa lah. Haha.

5) Datang melawat secara mengejut.

Sila maklumkan dulu kepada tuan rumah jika anda ingin menziarahi mereka. Maklumkan sehari lebih awal, mudah untuk mereka membuat persiapan. Nanti kalau tuan rumah hanya pakai pagoda ketika anda melawat, anda juga yang terkejut beruk. Haha.

6) Memungkiri janji.

Jika kita sudah berjanji untuk melawat tuan rumah, pastikan kita datang. Jangan tukar plan di saat akhir. Nanti kecil hati tuan rumah. Makanan sudah disediakan, tetapi tetamu tiada. Sedih tahu tak!

7) Melupakan perkara yang wajib.

Nak beraya tiada masalah. Tetapi solat 5 waktu jangan dilupakan. Seronok beraya sampai solat tunggang langgang. Seolah-olah makan nasi tak berlauk. Eh tiber. Haha/

8) Aurat dan ipar.

Nak bergurau boleh, tetapi berpada pada lah. Jangan sampai tersentuh sana sini. Belajar hukum aurat di antara anda dengan sepupu sepapat dan ipar duai anda. Nak sentuh suka hati boleh, tapi kahwin lah dulu. Haha.

9) Bergurau kasar.

Hari raya adalah merupakan hari yang gembira dan untuk bersuka ria. Tetapi perlu diingat, bergurau pun perlu ada batasnya. Jangan bergurau perkara yang melibatkan fizikal tubuh badan atau keturunan. Kalau dia nak gemuk, biarkan dia makan puas-puas. Jangan gurau kasar, silap haribulan anda pula yang gemuk nanti. Haha.

10) Bermegah-megah.

Jangan sibuk bermegah-megah dengan harta di hadapan adik beradik lain. Anda balik ke kampung untuk mengeratkan silaturahim, bukannya untuk menunjuk siapa yang paling kaya.

11) Bersembang hal politik.

Anda sibuk sembang hal politik, nanti habis satu keluarga bermasam muka kerana berlainan fahaman. Menteri yang anda sokong pula sedang bergembira buat open house. Haa padan muka. Haha.

12) Minta password wifi pada tuan rumah.

“Cik password wifi apa”? Eh raya ni jangan buat macam ni okay. Sebaiknya tanya lah “Makcik, saya nak habiskan kuih raya ni boleh?”. Baru lah tuan rumah meloncat sampai ke langit. Haha.

13)Mengumpat.
Jangan sibuk mengumpat orang lain semasa hari raya. Penat anda berpuasa selama sebulan, tiba-tiba anda buka hari raya anda dengan dosa.”Huh dosa kering di pagi raya.”Dah macam tajuk drama dah. Haha

14) Membazir.

Elakkan membazir ketika di hari raya. Semua orang faham bahawa membazir adalah amalan syaitan. Jika ada makanan lebih, sedekahkan kepada jiran. Makanan habis, pahala pun dapat.

15) Membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah.

Jika anak-anak kita mendapat hadiah duit raya daripada tuan rumah. Didik lah mereka dengan adab sebaik mungkin. Buka sampul tersebut ketika di dalam kereta. Elakkan dari pandangan tuan rumah. Jika anda tiada anak, kenyit lah mata pada tuan rumah, kalau ada rezeki dapatlah duit raya. Haha.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada anda semua. Elakkan persengketaan dan meriahkan keharmonian.

Nak duit raya, mintalah pada tuan rumah.

Nak rapatkan ukhwah, saling berteguran lah.

Nak saya? Pm tepi lah. Haha. Hambar sungguh.

-Aidil Nor Adha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *