Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya ialah Aidil Nor Adha dan saya adalah merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IIUMC kerana menyediakan platform kepada orang awam untuk menyuarakan penulisan mereka kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit penulisan saya yang berbentuk nasihat dan ditujukan khas kepada “fresh grad”.
Tajuk bagi penulisan saya ialah “15 Tips Urus Duit Fresh Grad”. Jadi di sini saya lampirkan penulisan saya yang berbentuk nasihat secara ringkas di dalam memberi kesedaran kepada mahasiswa terutamanya di dalam pengurusan kewangan.
“15 Tips Urus Duit Fresh Grad”.
1) Jangan terburu-buru beli rumah. Belajar ilmu hartanah dulu, baru beli rumah.
2) Sebelum anda menghalalkan tulang rusuk kiri anda, sila buat perancangan kewangan selepas kahwin. Duit rumah sewa, barang dapur, perabot rumah, duit bakal anak anda. Semua anda kena rancang awal sebelum kahwin.
3) Pastikan bayaran bulanan takaful/insurans anda tidak melebihi 10% daripada gaji anda.
4) Jikalau anda ingin melabur, sila letakkan 20% daripada gaji anda di tempat pelaburan yang selamat, terjamin, dan patuh syariah.
5) Pastikan hutang bulanan anda (komitmen) anda tidak melebihi daripada 60% gaji anda. Jikalau hutang anda terlebih, status kewangan anda berada di zon merah.
6) Kalau anda nak enjoy pada setiap bulan, pastikan ianya tidak melebihi 10% dari gaji anda. Kalau dah terlebih, anda kena sedar diri lah. Nanti kawan anda dah ada rumah sebiji, anda masih lagi hanyut ditelan “shopping mall”.
7) Kalau anda memasang impian untuk membeli kereta, anda perlulah buat kira-kira juga.Pastikan harga bulanan kereta anda tidak melebihi 15% daripada gaji anda.
8. Harga kereta yang anda layak ialah “darabkan gaji anda dengan 12” dan anda akan dapat jawapannya. RM2500 x 12=30,000. Jadi anda layak untuk membeli kereta bawah dari RM30,000.
9) Jangan termakan dengan hasutan rakan sekerja anda yang berlumba-lumba membeli kereta import. Biar anda nampak miskin, tetapi anda nampak bijak menguruskan duit.
10) Jikalau anda mempunyai hutang PTPTN, sila segerakan bayaran tersebut. “Bayaran hutang PTPTN yang cantik akan mencantikkan rekod Ccris anda”. Nanti nak buat loan dengan bank pun “anda senyum lebar”.
11) Jikalau Ccris anda rosak teruk, anda perlu membaiki rekod anda 12 bulan ke hadapan. Bank akan melihat rekod Ccris anda 12 bulan ke belakang setiap kali anda memohon pembiayaan daripada bank.
12) Jangan beli rumah impian di usia muda, anda tidak tahu lagi 10 tahun apa yang akan terjadi. Sabar dahulu, cari rumah flat yang murah-murah. Ianya bukan dosa.
13) Sila cari bakal kekasih yang memahami perancangan kewangan anda. Kalau “si dia” minta anda makan di tempat hipster setiap hari. Ambillah getah dan sila lastik di kepalanya supaya dia sedar. Haha.
14) Jikalau anda sudah terlanjur di dalam melakukan dosa kewangan, anda hanya mempunyai dua jalan sahaja untuk memperbaikinya. Pertama, anda perlu mencari pendapatan tambahan. Kedua, anda perlu menurunkan gaya hidup anda.
15) Secara keseluruhannya, anda perlu memulakan perancangan seawal gaji pertama anda. Sekali anda tersilap langkah, siap sedia lah untuk bankrap seawal usia muda.
“Pelabur akan jatuh cinta kepada bank kerana mereka akan menanggap bank sebagai kekasih duit mereka”.
“Bank akan jatuh cinta kepada pelebur kerana mereka menanggap pelebur akan sentiasa mendatangkan keuntungan kepada mereka.” Haha.
– Aidil Nor Adha
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit