Dimata mereka aku nampak normal. Hampir 2 minggu perut terasa nyaman. Buang air besar pun da mula menampakkan yang takde masalah. Pembuangan lancar, tak cirit, tak terlalu keras.
Itu la yang aku perhati kan semenjak ada masalah gastritis dan gerd. Nanti akan aku kupas tentang masalah anxiety pula.
Tapi semenjak 2, 3 hari ni.. Masalah macam nampak, perut meragam. Sebelum tu aku nak cerita sikit apa simptom pesakit gastritis, gerd, anxiety.
Orang panggil penyakit 3 serangkai. Penyakit yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat malaysia sekarang ni simptom ni, aku sendiri rasa, alami, hadapi hampir setiap hari selama hampir 6 bulan. Mungkin ada juga simptom yang aku tak alami, tapi orang lain alami.
Antara nya:
1. Pedih ulu hati.
2. Heartburn. Terasa panas je dekat bahagian ulu hati.
3. Reflux. Lepas makan muntah. Lepas makan muntah. Lepas makan muntah. Makan sedap2 lepas tu muntah.
4. Perut kembung. Orang cakap dalam badan terlalu banyak angin. Orang kelantan panggil angin medu. Ada yang panggil ANGIN JAHAT.
5. Nafas pendek. Nak bernafas tak puas.
6. Sakit dada. Yang ni banyak orang yang curios, sebab bila sakit, orang akan ingat kena sakit jantung. Bila check ecg normal, hb normal, heart rate pun normal. Punca?? ANGIN.
Angin ni bila datang, die akan serang kadang dada kiri. Kadang dada kanan. Lepas tu, die serang plak rusuk, pinggang, kadang leher, sampai ke telinga berdesing yang menyebab kan orang kena vertigo. Apa itu VERTIGO? nanti aku cerita.
7. Dada berdebar. Yang ini selalu terjadi. Bila dada berdebar, fikiran kita akan jadi negatif, lama kelamaan anxiety menyerang. Yang ni aku cerita anxiety berpunca dari salah pemakanan, yang menyebab kan gastritis, gerd ya. Bukan berpunca dari keturunan, atau dari kecil.
8. Stress. Bila perut aku bermasalah, confirm akan buat aku stress melampau. Jadi seorang yang cepat marah. Anak2 la selalu jadi mangsa. Dengar dorang main hp high volume pun kena marah, aku akan suruh dorang slow kan.
9. Susah tidur.
10. Sedawa.
11. Suka menyendiri.
12. Tak suka tempat sesak/ rimas.
13. Kaki tangan kebas.
14. Batuk berpanjangan.
15. Sistem penghadaman bermasalah.
16. Hiatel hernia.
17. Panic attack.
18. Mata kabur. Pandangan tak clear.
Kenapa aku cakap dalam 2,3 hari ni perut aku mula kembali bermasalah & Simptom tu kembali datang? Sebab aku tak jaga makan & tak pantang apa makanan pantang??
Nanti la kalau rajin next time aku kupas. Apa makanan yang aku makan selama hampir 6 bulan, kehilangan berat badan 10kg dan aku rasakan, perlu kehilangan berat lagi sikit. Tu target aku! Baru la hensem. Takde lagi istilah #mukadulang
Kebetulan hari ahad, waktu cuti tak berniaga. Wife mengadu, sakit pinggang yang teramat sakit. Sakit yang dia rasa macam nak beranak! Sakit yang dia rasa macam kena denggi..!
Dari pagi tahan, lepas maghrib da tak boleh tahan, ajak pergi klinik! Anak2 tak siap lagi. Panic attack datang menjengah! Jerit, marah tak boleh kawal. Siap semua drive kereta, complete set datang, panic, perut meragam, reflux, mata kabur, + anxiety! Tanye wife,
“.. Sakit bu? Tanya ku.
Sakit sgt2…”
Anxiety datang dalam bentuk kerisauan, cemas, panic, menggigil 1 badan. Drive tak focus, fikiran melayang. Mula berfikiran negatif, negatif yang bukan kaleng2 tau! KEMATIAN!!! apa akan jadi. Anak kecil lagi.
Sampai klinik duduk bersandor… Try untuk relax kan diri.. Usap2 ulu hati. Minyak angin pulak tak bawa ambil masa utk kita hilang kan panic + anxiety. Tunggu hampir 1 jam setengah.. dalam hati.. Sabar, sabar dan terus bersabar.
Lega hati bila wife tak ada apa yang teruk. Mungkin tersalah urat! Anxiety masih ada. Masih tak hilangdrive balik, cuba pujuk hati. Alhamdulillah wife ok tu.. Tenang tenang tenang.
Ya betul. Mindset memain kan peranan penting dalam kita mengawal anxiety. TAPI bila ia datang menyergah, tak kira masa, waktu, tempat dan keadaan! Bersediakah anda menerima serangan nya??
Bila cakap tentang mindset, Teringat waktu PKP, terpaksa pulang rumah mak di sg tiram.. Hampir 3 bulan duduk terperap..
Semua maklum, 3 bulan dirumah apa aktiviti yang di lakukan? Makan, tidur, hp, tv. Bukan rutin harian kita. Hampir setiap malam aku mundar-mandir pusing rumah. Semua hairan tapi itu yang aku rasa.
Untung saja surau di rumah mak, tak sampai 50meter. Alhamdulillah dapat juga 5 waktu di surau. TAK CUKUP IMAN? TAK KUAT IMAN? IMAN SENIPIS KULIT BAWANG? Pernah, solat berjemaah, anxiety & panic attack datang.. Dimana khusyuk dlm solat??
Terasa bagai itu solat terakhir. Dalam hati,
“.. Jangan aku tumbang waktu solat..”
“.. Ya Allah kenapa tiba2 jantung terasa laju, nafas terasa pendek, dada berdebar2..”
“.. Kenapa terasa berat nafas aku..?”
Tengah rukuk, vertigo datang kepala pusing melayang, nak sujud tak nampak bayang sejadah!
Macam2 lagi nak cerita bila pasal solat. Air mata sampai kering.
Jangan hina kami tak cukup iman, jauh dari tuhan, jauh dari sang pencipta.
Pernah dengar tanda2 kematian? Atau pernah membaca di google 100 hari tanda kematian, 40 hari tanda kematian.
Jujur, kalau kat group atau komuniti ramai yang rajin membaca atau meng ‘google’ tentang tanda2 kematian. Jujur aku takut nak membaca!!
Orang panggil, kami pasti akan triggered. Kenapa??? Memang semua tanda tu, mmg kami yang ada penyakit ni ada, samada dari segi perilaku, simptom yang kami rasa! Semua SEBIJIK LA..
KENAPA KAU TAU SEDANG KAN KAU SENDIRI TAKUT NAK MENG ‘GOOGLE’.
Jangan kan ahli/ komuniti, saudara terdekat aku sendiri pernah cerita. Dari 100 hari tanda, pergi ke 40 hari tanda, pergi ke 10 hari, 7 hari sampai la 1 hari tanda kematian! Memang apa tanda2 nye, dia sendiri rasa! Tapi.. Umur masih panjang. Syukur alhamdulillah. Itu la mainan anxiety.
Jujur, aku ni peminat tegar action, thriller movie. Denzel Washington, mark Wahlberg, matt Damon, antara fav actor aku.. Belom lagi cerita kat axn, fox action, HBO etc.
Pernah masa PKP/MCO. Tengah syok tengok NCIS. Aku triggered wey!! Tengah tembak2, tengok darah2, jantung debar2!
Terus takut nak mati wey! Padahal movie je. Menggigil badan, masuk bilik termenung sorang2. Terus aku faham reaction badan aku mula tak kena dengan cerita2 yang aku minat & sorry to say.
Aku paling tak minat, paling tak suka cerita melayu. Drama jam 7 petang, samarinda. Lepas tu itu la cerita yang aku tengok masa MCO/ PKP malu kena tegur bini.
Mungkin pengalaman singkat aku ni tak la sehebat pengalaman orang atau kawan2 yang da pernah atau sedang lalui.. Masih ramai lagi kat luar sana ujian yang datang lagi maha hebat dari ape yang pernah aku rasa..cukup la aku kongsi SEDIKIT PENGALAMAN yang sedang aku lalui.
Tapi aku cukup KAGUM & RESPECT yang pernah kena berpuluh2 tahun.. macam mana weyh handle? Ya Allah. Kamu kamu kamu dan kamu cukup kuat!
YA ALLAH.. Baru Secubit ENGKAU UJI aku dengan kesakitan.
Sekarang, kembali berpantang. Kini aku sedar, aku belum sembuh 100%. Mungkin 70%.
Adakah penyakit ini boleh sembuh 100%??? Kalau pd aku yang kena melalui cara pemakanan, bukan dari faktor keturunan, itu silap aku. Jadi, jaga la pemakanan. Clean eat! Sembuh 100%? Mungkin 99.9% selagi pemakanan, cara pemikiran! Kawalan minda. Sentiasa positif. InsyaAllah..
Kalau dari segi diri sendiri mungkin boleh sembuh. Tapi yang buat kan penyakit ni tak akan boleh sembuh 100% ianya datang dari persekitaran kita. Apa yang ada, apa yang berlaku disekeliling kita. Kenapa aku kata macam tu?
1. Tengah santai kat laman rumah. Fikiran tenang. Tiba2 jiran bakar sampah. Asap berkepul2. PANIC DATANG. Nafas jadi pendek. Asap je kot!!! Fikiran orang normal.
2. Cuti hujung minggu, dpt rehat kat rumah, baru nak lelap mata. Anak begaduh! STRESS DATANG.
3. Tengah drive, cuti raya nak balik kg. Dari rumah muka happy, tibe2 sangkut jammed! Orang normal, die relax je. Orang ade anxiety, rasa nak lompat keluar dari kereta! Tak percaya? Gelak?
4. Janji dengan anak wekend tengok wayang ejen ali. Sekali kereta rosak! Anak nangis ayah tipu janji nak bawa tengok wayang. Mula nya janji manis dengan anak, masalah timbul. Anak yang dimarah.
So, ini la antara FAKTOR SEKELILING @ FAKTOR PERSEKITARAN yang biasa nye MENGGANGU proses penyembuhan dari pemerhatian aku. Sebab aku da rasa semua nya. Sebab tu aku kata susah nak sembuh 100%. Kalau 99.9% insyaAllah. Ok…
Nanti aku sambung lagi.
– Andrian bin Samsi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit