Assalamualaikum. Nama aku Maya, umur 25 tahun, bujang dan sudah bekerja di syarikat swasta di KL. Genap bulan 8 haritu masuk 2 tahun aku bekerja di syarikat C.
Aku nak mintak pendapat orang tentang perkara yang aku alami ni, which is Anxiety…
I didnt check dekat mana2 klinik, just read on online and asked someone yang fasih dalam isu mental health ni.. It starts when I start working at my current company, (syarikat C).
Boss aku baik2 belaka, bonus bagi, cakap pun elok2. Kalau dia marah, dia cuma tegur elok2 but deep jugak lah teguran dia…
Aku masuk bekerja di syarikat C with almost 0 knowledge… Basic tu tahu cuma dalam 5% je pakai.. Aku pun taktau kenapa syarikat C hire aku.. Mungkin sebab gaji yang aku letak below than 2.5k (for degree graduate).
Seminggu pertama bekerja, aku dah dapat 1 project buat satu website macam Facebook.. Cuak jugak sebab dah la taktau apa2 sangat, pastu dapat project kena buat macam Facebook… Kena siapkan dalam masa 3 bulan..
Ada sorang senior yang Guide aku, tapi sikit2 jela since semua orang dalam office tu busy… Jadi semua tu memang aku belajar sendiri.. I started to be independent, but end up i messed up something which cost a huge lose in my company..
Aku gagal untuk buat website tu on time. Then after the next project, same thing happens again.. Kerja semua lambat siap.. Mula2 dapat 1 project je, lepas sebulan tu aku kena handle more than 3 project (sebab ada staff baru lepas bersalin).
I handle her project tanpa ada dapat apa2 benefit pun.. Komisen pun tak dapat.. Bukan nak berkira, tapi kerja aku jadi delay sebab aku handle kerja orang.. Boss expected me to finish fast, but i can’t. Aku bodoh sangat time tu.
Setiap kali ada project baru, mesti aku akan lambat siapkan.. Prinsip kat office aku, bila dapat project, bukan supervisor yang explain, but you are the one kena tanya each things on what should be done.
Aku selalu ada masalah komunikasi dengan supervisor, sebab apa yang aku buat tak sama dengan apa yang dia maksudkan. Ye, itu pun salah satu sebab kenapa kerja aku jadi delay…
Aku taktau sama ada ini salah aku yang aku tak tanya dia betul2, ataupun supervisor aku yang lepaskan kerja kat without guidance.
Sampailah satu tahap dia dah mula start menyampah dengan aku.. Dia mula start marah dan blame aku, kalau project fail, aku yang akan bertanggungjawab sepenuhnya.. Huhu ternangis pulak hamba..
Everytime ada bugs, dia memang akan marah gila2 kat aku.. Contohnya,
‘Bug fix non stop! What should i explain to client ah??!’ , ‘Why you always delay ur work?? Delay delay and delay. Are you going to take responsibility if this project fail?’ , ‘When can be done? Do you know this will affect my KPI as well?’ dan sebagainya..
Aku dah mula ada perasaan takut2 ni start tahun ni.. Awal tahun ni memang aku nak bagi surat resign, sebab aku dah tak tahan sangat dengan supervisor aku.. Aku takda kuasa nak report dekat orang atasan, sebab supervisor aku dah bekerja almost 20 years..
Mana nak percaya aku yang baru bekerja 2 tahun ni… Bila start jadi covid ni, mak aku tak bagi berhenti, dan suruh tahan sampai lah covid ni okay…
Aku tak seronok kerja under company ni.. Gaji aku tak pernah naik sepanjang 2 tahun kerja di sini..
Staff yang masuk selepas aku pun gaji dah naik, tapi aku masih sama… Sebab performance aku teruk barangkali.. Staff tu takde project dengan supervisor aku, jadi bila aku explain kat dia pun dia tak paham, huhu..
Setiap kali masuk kerja, aku automatic akan rasa takut kalau supervisor aku DM aku something.. Aku ada cerita dekat staff2 yang rapat ngan aku, tapi dorang just cakap ‘sabar je. Dia memang macam tu.’..
Aku pernah ignore DM supervisor aku kejap, pastu supervisor aku call staff lain suruh aku reply DM dia…
Dan sekarang macam2 penyakit aku kena.. tiba2 kena sinusitis, migrane, asma.. Tahun ni aku banyak ambik MC, cuti aku pun dah habis..
Bila supervisor aku DM, macam2 excuse aku bagi.. Bila someone mintak tolong checkkan bugs, aku dahulukan kerja tu daripada kerja yang supervisor aku bagi…
Sekarang ni aku memang tak boleh focus buat kerja.. Kerja yang senang pun sampai seminggu aku baru boleh settlekan… Boss aku pun makin angin dengan aku…
Nak resign, tapi mak masih tak bagi.. Waktu covid ni pulak ramai yang menganggur/ kena berhenti kerja..
Aku macam tersepit… Aku rasa kalau aku berhenti, kebarangkalian untuk aku dapat kerja lain tu rendah.. Aku ni incompetent..
Aku yakin dengan skill aku, cuma aku tak yakin company lain akan hire aku.. I keep on blaming myself, kenapa aku ni bodoh sangat…
Kenapa aku susah nak faham orang?? Kenapa aku tak boleh buat macam orang lain?? Hmm.. Apa patut aku buat??
– Noi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit