Syak Wasangka Yang Kelam Lenyap Dek Pengkhianatan Yang Bersuluh

Kepada admin terima kasih kerana menyiarkan confession aku dan kepada pembaca semua dah lama aku ingin menaip tapi kesibukan aku sebagai ibu tunggal sementara ada karier yang hendak dijaga, terpaksa aku curi2 waktu untuk mengarang confession di sini.

Aku kenalkan nama aku Cempaka-awal 30 an, aku telah bercerai sekitar 2 tahun dan sekarang kami masih lagi dalam proses turun naik mahkamah untuk hak jagaan anakku yang baru berusia 2 tahun lebih.

Pembaca semua, rutin harian aku bermula awal pagi dimana aku menydiakan bekalan makanan anak, siapkan anak, pergi kerja kemudian balik kerja, seluruh perhatianku menuntun kepada hal anak. Hampir pukul 12 malam baru aku boleh rehat. PENAT..

Sungguh penat menjadi single parent kepada seorang anak kecil. Aku bukan menulis untuk raih simpati, tapi aku nak berkongsi kerana aku tiada siapa2 untuk kongsi segala penat, letih, dan emosi aku. Aku abaikan waktu rehat, waima aku sakit aku terpaksa berlagak kuat demi seorang anak.

Sejak aku berpisah, aku langsung tiada “me time”. Hati aku hancur berderai kerana ex aku adalah orang pertama yang betul2 aku bercinta. Yang tinggal adalah serpihan hati untuk kasih sayang untuk anak aku.

Untuk buka semula perasaan cinta, ada  sesuatu” menghalang aku untuk sikap terbuka untuk berkenalan dengan lelaki lain. Bayangkan, segala pengorbanan selepas perkahwinan adalah untuk suami termasuk tinggalkan segala kesenangan aku ada semasa hidup bujang demi untuk dia.

Retaknya hubungan kami kerana hadirnya orang ketiga- Melati. Melati adalah orang paling rapat dengan kami sekeluarga dan seseorang yang sangat aku husnuzon dengannya.

Allahu sakitnya hati aku ketika ini ketika terimbau kembali bagaimana mereka pura2 dihadapan aku. Aku ini ibarat BONEKA. Sakit sekali ibarat hati aku ketika itu ditikam, dikoyak2 oleh melati.

Aku cerita bagaimana aku dapat tahu mereka berdua ada “sesuatu”. Aku cerita rentetan ni dari sebelum aku bercerai ye. Okey, Permulaan sesuatu kepada syak wasangka adalah bila ex dan si melati ni berkongsi gambar DP WS yang sama walaupun hanya sekeping gambar lautan.

Aku husnuzon –“Melati takkan buat aku macam tu-kebetulan je gambar nya”. Si ex pernah hantar gambar dia di sebuah pusat peranginan,aku tanya padanya siapa yang ambilkan gambarnya?

si Ex jawab rahsia. Pernah satu kali di FB melati ditagged oleh kawannya berada di KLIA untuk bercuti, malam yang sama si ex up WS status gambar kapal terbang sedangkan malam itu aku minta dia jaga anak yang sedang demam.

Dia menolak katanya ada kerja. Aku mampu syak dan husnuzon lagi “eh takkan lah melati buat camtu kat aku ?” aku agak2 si ex tolong melati hantarkan ke airport.

Kemudian si ex bersungguh hendak ceraikan aku dan keluar dari rumah kami. Si –ex kata dia menyewa dengan ayah kawannya. Mati2 aku percaya.

Kenapa aku kata begitu? Kerana aku sangat husnuzon dan aku akan bagitahu dalam plot kemudian.

Sabar ya. Cerita ni konflik. Tapi konflik yang “slow mo” sebab aku ni isteri yang terlalu naïf, sayang sangat kepada suami @ bodoh pun ye jugak. Aku tahu “sesuatu” diantara mereka tapi oleh kerana demi kasih sayang dan anak aku nafikan semua tu.

Malangnya si ex ceraikan juga aku melalui “wasap”. Pedih sangat HILANG sesuatu yang sangat2 hendak kita JAGA dan KEKALkan.

Luluhnya hati waktu itu hanya Allah saja tempat aku merayu, menangis. Hidup aku jadi sangat kasihan. Si ex Sepanjang waktu eddah, aku cuba perbaiki hubungan, aku buat semuanya agar ex aku kembali kepada kami. Namun, si-ex tetap tidak memandang sepicing pun pada kami.

Malah si ex mengaku sendiri dengan aku dia sudah tawar hati dengan sikap aku.

Ya aku pun khilaf spanjang perkahwinan, aku tak kata aku ni malaikat. Ada juga salah aku tapi aku tetap berdiri di belakangnya, sayangkannya tanpa berpaling walaupun kehidupan kami masa tu sangat daif.

Aku sahaja nampak seperti pengemis kasih sayang seorang lelaki. Betapa aku meninggu si –ex pulang ke rumah kami. Apa saja alasan yang boleh bawa ex semula contohnya anak demam, aku terus call ex. Aku masih buta dengan kasih sayang sedangkan ramai mintak aku melupakan termasuk Melati.

Pernah Melati menasihatiku untuk melepaskan smuanya dan cuba redha dengan kenyataan, waktu itu melati baru sahaja sah bercerai setelah dia sendri memfailkan penceraian.

Aku bagitahu dia mana mungkin aku nak REDHA kerana dia sendiri rela hati memfailkan cerai sedangkan aku diceraikan tanpa rela.

Situasi kita tak sama. Masa aku meluahkan perkara ini pada dia, aku amat berharap dia jadi pendamai antara aku dan ex kerana aku amat husnuzon antara melati dan ex hanya lah kawan dan aku amat berharap apa yang aku luahkan dia sampaikan pada si ex.

Ex waktu itu langsung tidak mahu dengar segala pujuk rayu dari aku. Sumpah. Ketika itu kalau aku tahu kisah luahan aku jadi mainan point tikam belakang si Melati, aku pun tak niat nak kongsi apa aku rasa padanya.

Tergamaknya kau melati. Memang kau lah gunting yang sangat tajam merobek-robek kain lipatan aku dalam diam. Patutlah Melati bersungguh meminta aku LEPASKAN ex dan REDHA, rupanya dalam hatinya sudah berbunga2 ada rancangan masa depan yang pastinya atas kekecewaan aku dan anak aku.

Meminta aku redha, jangan sesekali dendam Sekarang ini aku sinis dan gelak atas ayat2 nasihat Melati yang dulu tp malang terlalu lama aku ambil masa dan hadam ayat demikian kerana sebetulnya aku tak pernah anggap melati pergi sejauh ini.

Hari berlalu dan pergi. Habis saja eddah, aku keluar dari rumah tu. Aku bawak diri. Tak sanggup duduk di mana ada kenangan dalam nya. Orang dah taknak, bawalah hati yang lara jauh2. Pergilah aku bawa diri.

Melati pula telefon dan nasihatkan aku “Tak baik pisahkan ayah dengan anak dengan bawa anak jauh dari ayahnya”.

Aku syak mungkin ex bagitahu Melati aku hendak berpindah. Permainan korang di belakang2 hendak aku stay untuk lihat kamu berdua kahwin?begitu? Aku amik lewa nasihat itu kerana melati- kau tak pernah rasa apa aku rasa.

Duduk berdekatan Ex namun hati begitu jauh. Begitu senangkah hendak melupakan orang yang pernah jadi sebahgian diri kita? Kita selalu jumpa namun hati ex pada org lain? Penganiayaan emosi apakah lagi sekiranya aku masih mendap di tempat lama?lihat mereka bahagia?Allahu.

Nasib baik aku ditawarkan pekerjaan yang lebih baik. Takdelah mewah, tapi boleh sara anak aku dengan lelah sendiri. Selepas pindah ade lah ex datang ambil anak, tapi aku syaratkan anak masih menyusu, tak boleh bermalam.

So dia amik dan pulang petang. Masa dia datang ambil anak, aku ter “perasan “kan security access card rumah melati dalam poket bajunya. Aku memang tahu kerana melati adalah orang yang dikatakan rapat dengan keluarga aku.

Berdebar hati aku. Memang aku tiada hak pertikai hidup dia selepas penceraian kerana dia bukan sesiapa dengan aku tapi aku rasa aku terlalu lama dikhianati dan diperbodohkan. Sudah dipamit syak wasangka perihal mereka berdua tapi aku masih husnuzon.

HUSNUZON! HUSNUZON! HUSNUZON!!..

Aku geram dengan diri aku sendiri masih husnuzon walaupun mereka ni nyata2 menikam aku. Kenyataan amat perit apabila diketahui. Ketahuilah perempuan apabila ada syak begitu, kau mesti korek kan?

Disini untuk kesahihan cerita, aku cuba tanya kisah ex dari sahabat baiknya sendiri. Ya benar, satu demi satu cerita sebelum aku bercerai terpapar :

1) Si ex kluar dari rumah kami dan tinggal di rumah melati (aku husnuzon melati mungkin bagi rumah tu pada ex duduk)

2) Mereka pernah bercuti sekali (waktu itu melati isteri orang, ex- dia masih suami aku)

3) Si ex pakai kereta melati ke hulu ke hilir namun aku je tak nampak walhal tempat kerja ex dengan rumah aku sangat berdekatan.

PAHIT bukan? Segala kisah2 benar ni begitu sakit untuk aku hadam. Sebab aku benar2 tak sangka melati boleh buat begitu dengan aku.

Tapi tak boleh salah kan melati, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Dalam fasa sakit jatuh menerima kenyataan, aku terima berita mereka sudah berkahwin.

Aku tiada hak untuk mempertikai plan mereka kerana aku tiadalah siapa2 dengan ex melainkan hati aku ada sedikit lagi tinggal sekelumit sayang padanya.

Namun berita perkahwinan mereka, jadi asbab utk aku kuat dan melupakan si ex. Sakit utk melupakan orang yang sangat kita sayang dan lagi parah ditikam dengan cara begini.

Hati aku dah rabak sangat, aku cuma ada dahi untuk sujud, tangan dan hati yang luhur untuk aku merintih pada Allah. Hari demi hari, aku doa aku dijauhkan dari pikir hal si ex dan melati. Melati dalam masa yang sama anggap aku sebagai musuh.

Aku tidak pernah maki2 atau marah dia in person, tapi status whatapps dia seolah2 menjadikan aku ni musuhnya. Percayalah aku tak terniat nak dtg rumah dia dan tampar dia macam dalam kebanyakan drama. Tindakan aku hanya lah BLOK mereka berdua.

Untuk ubat semua ni, aku cuba kenal2 lelaki. Tapi satu pun tak boleh buat hati aku terbuka sehinggalah aku kenal A.

A punya cerita kisah hidup yang sama dengan aku, yang berbeza adalah isterinya yang curang. Kami berada disitu dalam situasi pahit yang sama, malah pengalaman mematangkan segala percakapan dan tindakan A.

A bagi aku adalah seorang yang punyai integriti, matang dan rasional dalam buat sesuatu keputusan. Sebab itu, aku lebih selesa dan terbuka bercerita hidup aku padanya.

Dia akan jadi eyes and ear to me. Dan masa itu aku berharap dia dapat gantikan ex aku. Nama A selalu aku sebut dalam sujud aku.

Aku hampir melupakan kisah silam bila aku kenal A. Namun, hari tak selalunya cerah. Ex si A merayu ingin kembali padanya. I knew from start lagi, A sangat sayang isterinya setelah berbelas tahun hidup bersama kerana A ada jiwa yang setia.

I knew him. Sukar juga untuk A lupakan tambahan pula punya anak bersama ex-wifenya. I asked his decision? He will sacrifice all the feeling, just for the child ‘s sake.

Sejak aku tahu, ex A merayu nak get back, aku back off. Aku taknak jadi third wheel, aku taknak anak2 dorang terseksa from broken family. Allah, saat hati aku mula sayang, ada dugaan menjelma.

Bukan senang nak terima semua ni, setiap hari aku doa A jadi pasangan aku namun takdir tuhan melebihi segalanya. Aku anggap ini jihad aku, moga allah angkat jihad ini, dan sayang kan aku, pandukan aku pada yang lebih baik.

Kalau aku berdegil tetap berhubungan dengan Si A, tiadalah beza aku dengan Melati yang melayan dan berhubungan dengan ex aku sehingga mencipta bibit2 kemesraan hingga ex lupakan kami.

Aku tak nak kehadiran aku dalam hidup A, akan merubah perhatian dan fokus dia pada keputusan yang akan diambil.

Senyap2 aku berundur dan meyepikan diri sendiri. Biarlah hati yang rabak terubat sendiri, bangun sendiri tanpa perlukan tempat untuk berpaut. A adalah dahan sementara untuk aku berpaut namun ianya sangat rapuh.

Biarpun hati meronta-ronta untuk melepaskan, namun aku telah belajar dari kesilapan iaitu untuk tidak menyanyangi makhluk melebihi kasih pada allah. Cukuplah sekali aku jatuh tersungkur kerana terlalu sayang pada mnusia,kali ini, biarlah aku ikut rentak perjalanan ilahi.

Ya allah, aku jaga agamamu, aku jaga diriku, Allah jagalah aku dan anakku ya. Takpelah, jika bahagia tu terlalu jauh di dunia, pasti di sana lebih bahagia. Tika ini sekiranya orang bertanya apa perasaan aku?

Terlalu KOSONG. Tidak tertulis nama ex,tidak juga terukir si nama A. Aku sudah berjaya move on kerana aku mampu melihat gambar kenangan tanpa menitiskan air mata,tanpa aku berharap smua kembali seperti sediakala.

Yang aku tatap hanyalah potret bisu untuk kenangan2 anakku. Sepertinya aku ini TULI. Sesiapa sahaja melalui pasti tahu berkecainya hati dikecewa dan dikhianati berkali2. Aku hanya jasad berdiri tanpa roh &perasaan,yang mana impian dan harapan aku hanyalah untuk membesarkan anak aku.

Kepada Melati dan ex, kita jumpa depan ALLAH ya nanti. Aku bawak anak aku juga. Aku tak mampu jumpa kamu berdua didunia ini, jangan muncul didepan kami.

Hati aku belum kuat sepenuhnya, ya sudah move on tapi once hati jatuh terluka, kemudian berkecai, aku sendiri sudah kabur serpihan hati tu selerak arah mana.

Betullah orang kata, redha dan maaf tu buat kita tenang, tapi tahukah untuk mendapatkan hati yang benar2 ikhlas dan pemaaf itu meruntun segala jenis sabar?. Yakni, orang yang benar2 bersabarlah, syurga itulah tempat mereka.

Para reader semua, Doakan aku ya supaya kuat, menang kes hak jagaan anak. Anak tu je aku ade untuk berkasih sayang, sumber kekuatan aku. Anak aku jsahaja yang aku pasti takkan berpaling kasih sayang dan mengkhianati aku. Kalau ex rebut jugak, aku ni takde apa2 lagi dah. Lagi pilu.

Akhir sekali, nota kaki paling perit – Melati itu adalah bekas isteri abang aku. Sekian.

– Pohon Yang Utuh (Chempaka) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *