1bu atau Su4mi?

Aku adalah anak sulung daripada 3 adik beradik. Baru berkahwin 2 tahun yang lepas. Aku dan suami dikurniakan seorang anak yang kini berusia setahun.

Setelah aku berkahwin, aku dan suami tinggal berdekatan dengan rumah mak aku. Jarak jauh rumah kami lebih kurang 10 minit kalau naik kereta.

Suami aku anak yatim piatu, tapi ahli keluarganya yang lain masih ada, juga tinggal tak jauh dari kami.

Aku berhenti kerja sewaktu aku ada alahan teruk ketika mengandung. Lepas aku bersalin, suami aku tak benarkan aku bekerja lagi sebab kami berdua kesiankan anak.

Memang penat jadi surirumah. Tapi aku happy sebab aku ada lebih banyak masa dengan suami aku berbanding waktu aku bekerja dulu.

Dulu hari cuti pun tak sama, nak dapat dating pun jarang2.

Sekarang bila aku dah tak kerja, kami akan keluar bawak anak jalan2 bila suami aku cuti.

Tapi masalahnya berpunca bila mak aku selalu whatsapp tanya aku tengah buat apa, nak keluar pergi mana dan dia mesti nak ikut.

Dia memang setiap hari whatsapp aku tapi bab nak tolong jaga anak aku agak payah walaupun tinggal berdekatan. Masa aku bersalin pun nenek aku lah yang banyak tolong jagakan aku.

Mak aku ni masih muda. Baru nak masuk 50-an. Dulu dia kerja, tapi waktu PKP dia dibuang kerja. Sampai sekarang dia jadi suri rumah.

Tapi duit simpanan dia boleh tahan banyak juga. Ayah tiri aku jarang2 ada dekat rumah. Jarang2 juga bawa mak aku keluar jalan.

Mak aku pulak memang jenis kuat berjalan walaupun dia tak ada lesen kereta. Jadi dia suka menumpang orang.

Aku tak kisah mak aku selalu nak ikut kami keluar jalan pada awalnya. Aku juga kesiankan dia. Suami aku juga tak kisah.

Tapi lama kelamaan boleh dikatakan setiap kali suami aku cuti, mak aku mesti whatsapp aku tanya nak pergi mana dan dia nak ikut.

Aku jadi serba salah sebab suami aku juga mula rasa tak selesa kalau aku sering ajak mak aku keluar sekali.

Kami pernah bergaduh ketika keluar bersama sebabnya mak aku ni jenis yang lambat. Lambat bersiap, lambat berjalan, lambat pilih barang.Banyak menyinggah.

Sebelum sampai rumah nak singgah kedai makan dulu buat beli makanan untuk adik adik dan ayah tiri aku. Bila kami keluar bersama, aku dan suami perlu banyak sabar.

Aku serba salah nak cakap dengan mak aku. Aku juga takut dia fikir yang bukan bukan tentang suami aku.

Aku pernah cerita hal ni pada nenek aku.

Nenek aku cuma boleh cakap, “janganlah bagitau benda yang betul. Tipu je cakap tak pergi mana mana” atau bagitahu je nak pergi rumah belah family suami aku.

Tapi aku sebagai anak, aku tak sanggup dan tak sampai hati nak tipu mak aku. Apa dia tanya, semua aku jawab benda yang betul.

Sejak kebelakangan ni aku cuba diamkan diri tak balas whatsapp mak aku waktu suami aku cuti. Lepastu aku keluar berjalan dengan suami dan anak aku.

Aku juga tak update story sebab mak aku boleh nampak. Bila dah balik rumah, baru aku balas whatsapp dia.

Aku reply aku cakap aku lepak sambil rehat rehat dengan suami aku je kat rumah. Dia tanya “kenapa diam je?”

Aku jawab suami aku marah kalau asyik tengok handphone je masa dia ada kat rumah. Yela takkan la aku nak update sepanjang masa kat dia?

Aku rasa terkongkong sangat hidup aku. Nak keluar berjalan pun takut2. Seolah2 aku ni masih anak dia yang belum berkahwin.

Ada hari aku juga perlu masa bersama sama dengan suami dan anak aku. Kalau kalian ada ditempat aku apa yang kalian akan lakukan?

– Puan Donut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *