1bu Bukan Tanggungjawab Aku Seorang

Hai nama aku Dania berasal dari Pantai Timur, berumur 27 tahun dan belum berkahwin. Aku jugak tak bekerja oleh kerana aku menjaga Ibu yang boleh dikatakan sudah uzur. Maaf kalau tulisan aku agak panjang.

Di rumah Ibu ni, Kami tinggal seramai 6 Orang- Ibu, Abah, Aku, Kak Yong, Abang Adi, dan seorang anak Kak Yong, Hadeef. Kak Yong bekerja di sebuah pasaraya dan Abang Adi bekerja sendiri.

Ibu berumur 66 tahun dan mempunyai penyakit 3 serangkai. Disebabkan itu, Ibu tak larat nak buat kerja-kerja rumah lagi. Makanya aku buat keputusan untuk tidak bekerja dan jaga Ibu di rumah.

Boleh dikatakan aku jaga Ibu dari A-Z. Jaga makan pakai Ibu, jaga itu jaga ini semualah. Dari basuh baju, lipat baju, masak, basuh pinggan dan semua kerja-kerja rumah yang lain.

Kak Yong dan Abang Adi jaga ibu sekali ke? Hmm takde makna nya lah. Pakaian dorang sendiri pun aku yang basuh dan sidai. Dulu la tapi sekarang aku tak bodo dah.

Aku basuh je sebab pakai mesin. Sidai tu pandai-pandai kau lah nak sidai ke nak biar sampai busuk berkulat sekalipun. Aku bukan bibik.

Kak Yong dan Abang Adi boleh dikatakan tak pernah lah jaga Ibu walaupun duduk rumah sekali. Mana tak nya, time dorang cuti bukan nak tolong masak ke apa tido aje lah kerjanya. Dari pagi sampai malam la aku masak untuk Ibu.

Walau Kak Yong masak pun (itupun dalam sebulan belum tentu dia masak) ada je peralatan yang dia guna tu ditinggal dalam sinki. Penuh sink.

Sapa lagi kalau bukan aku jadi bibik nya

Bukan itu je, pinggan mangkuk periuk yang aku guna untuk masak kat Ibu pun dorang tak tolong basuh. Itu pun kadang-kadang pinggan yang dia guna pun campak je dalam sink.

Mangsa nya aku jugak yang kena basuh. Tak basuh kang aku yang rimas tengok benda kotor dalam sink. Stress!

Aku pernah sengaja tinggalkan pinggan kotor penuh sink. Aku nak tengok Kak Yong tolong clearkan sink ke tak. Tidak ya dan takkan.

Dia pun waktu balik kerja melantak jugak apa yang aku masak takkan nak tolong basuh pun tak boleh. Dasar Pemalas!

Kerja dorang time cuti cuma makan, handphone 24 jam kat tangan, tido. Begitulah kitarannya.

Abang Adi tu pulak bukan senang nak mintak tolong. Ada satu malam ni, Ibu lapar nak makan cekodok tapi takde tepung gandum.

Kebetulan Abang Adi ada kat bandar aku call la dia nak mintak tolong belikan.

Dia tak beli ya guys. Korang tahu dia bagi alasan apa? Sebab dia takde duit cash tapi dalam bank ada!. Bukannya kat bandar tu takde bank nak keluarkan duit. Kalau dah namanya ‘Tak boleh minta tolong’, macam-macam alasan dia bagi.

Ada sekali ni Ibu bagitau aku kek pisang yang aku belikan untuk dia makan pagi-pagi dah habis. Abang Adi tak kerja, so aku mintak tolong Abang Adi belikan kat kedai runcit. Boleh dia cakap nak beli lain kali. Padahal kalau dengan awek/member dia laju je dia buat.

Kalau nak cerita semua pasal Abang Adi yang susah nak disuruh ni kang panjang sangat. Itu je lah yang aku mampu cerita.

Kak Yong ni kalau aku mintak tolong belikan barang dapur, dia akan ajak aku sekali dan suruh aku drive. Sebabnya dia takut, tak reti nak parking. Alasan bodo orang panggil. Dah gi kerja boleh drive sendiri, parking sendiri kenapa beli barang tak boleh?

Aku bukannya tak boleh pergi sendiri tapi nak buat camana, aku takde apa-apa. Moto pun takde kereta apatah lagi.

Kalau aku ada kenderaan sendiri tak payah aku nak susahkan korang pun. Korang kan letih kerja aku goyang kaki je kat rumah. Ibu bukannya jaga korang waktu kecik pun kan. Ibu jaga aku sorang je.

Aku tak kisah pun aku jaga Ibu sebab aku sedar Ibu la yang jaga aku selama ni. tapi aku takleh go dengan perangai Kak Yong dan Abang Adi. Aku stress dengan dorang.

Sebelum aku akhiri penulisan aku, aku nak tanya pendapat korang laa, aci ke tak ya kalau aku guna duit Ibu kalau aku nak makan/beli apa-apa? contoh macam nak reward diri sendiri ke.

Salah ke macam tu? Ouh ya Ibu dapat duit pencen setiap bulan. Iya lah aku kan tak kerja camana nak dapat duit. Aku ada je buat bisnes online tapi berapa la sangat yang aku dapat.

Tapi kalau aku beli pun mesti kena beli jugak dekat Kak Yong ngan Abang Adi walaupun dorang dah kerja dan ada duit sendiri. Tak adil la begitu aku sorang yang jaga Ibu tapi kalau beli makanan kena beli untuk semua.

Akhir sekali, aku mintak jasa baik korang doakan aku ya semoga dipermudahkan segala urusan aku, dapat jodoh yang baik-baik. Dan jangan lupa jugak doakan aku asbab aku jaga Ibu, rezeki aku diluaskan seluas-luasnya. Aamiin.

– Dania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *