1bu Gagal

Assalamualaikum para pembaca. Perkenalkan diri saya sebagai emak.

Saya wanita berusia pertengahan 30-an. Sudah mendirikan rumah tangga dan Alhamdulillah kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun.

Tujuan penulisan ini adalah untuk mendapatkan pandangan atau nasihat sebab saya kerap rasa bersalah dengan anak saya.

Ya, anak saya baru seorang dan masih kecil, saya gelarkannya Ali.

Mungkin masalah ini tidaklah besar dan saya percaya ramai ibu-ibu hebat turut hadapi keadaan sama.

Cuma mungkin sikap kurang sabar saya menyebabkan saya mudah marah anak bila dia terlalu lincah.

Anak saya boleh dikategorikan hyper dan sangat tak reti duduk diam. Suami bekerja syif manakala saya bekerja di rumah.

Jadi, saya kerap tertangguh kerja kerana menguruskan anak yang seorang ini.

Ali boleh dikatakan budak suka explore, semua benda nak dicuba dan bila dah terjatuh, tak serik. Masih lagi nak cuba.

Sepanjang 2 tahun hidup, dah lebih 20 kali jatuh kepala terhentak di lantai. Sedih kesian meraung tak berhenti. Tapi lepas tangisan reda, dia nak cuba balik.

Ali juga budak yang suka masuk semua benda dalam mulut. Apa saja di lantai rumah tak makan? Name it, semuanya dia dah rasa even tahi cicak, ulat gonggok.

Bukan saya tak mengemas, cuma kadang adakala terlepas pandang. Dah vacuum mop pagi tadi, malam ada tahi cicak baru.

Bila saya ajukan pada kakak-kakak saya, mereka kata kalau kes begini saya perlu sentiasa kemas rumah tak kira masa. Tapi saya tak kuat, bila paksa diri kita penat kita stress.

Saya rasa orang keliling tak faham saya bila saya tak dapat join sesetengah acara bila suami tengah kerja.

Padahal, hanya Allah yang tahu betapa penatnya saya melayan Ali yang sangat hyper dan tak reti duduk diam. Pergi upacara kematian pun dia sibuk nak datang kat jenazah.

Saya dukung dia tapi mustahil nak berdukung berjam-jam dengan berat dia 12kg.

Kadang kala saya nangis bila terlampau stress urus anak. Saya juga ada hantar pengasuh tapi dalam tempoh 4-5 jam setiap hari memandangkan saya bekerja sendiri.

Tak boleh hantar lama sebab Ali breastfeed dan reject botol. Memang nak cari susu badan dari baby lagi, pacifier pun reject.

Alhamdulillah suami banyak bantu. Kalau saya tak larat, tak payah masak.

Tapi saya sedih dan menyesal bila tahap stress tinggi dan termarah Ali. Saya tak nak biarkan Ali dibesarkan dengan kemarahan setiap hari.

Tapi sumpah, ibu saya pun kata Ali ni celik jek mata dah start kena marah sampailah tidur. Hanya tidur saja tak kena marah.

Ibu bergurau tapi saya terkesan dengan gurauan tu sampai buat saya bermuhasabah sebegitu sekali ke pandangan orang pada kami dua beranak?

Adakah tanpa sedar saya terlalu marah Ali? Ibu saya tak halang saya marah sebab ibu sendiri akui Ali sangat agresif.

Cuma saya tak nak jadi Emak begitu pada anak-anak saya. Saya tak nak jadikan kemarahan tu benda biasa pada anak-anak.

Adakah didikan saya salah? Atau normal jika ibu-ibu mudah marah pada anak yang hyper?

Kalau ada yang berpengalaman sangatlah saya mohon pandangan atau teguran kerana saya baru lagi bergelar ibu.

Tambahan pula anak buah saya semuanya behave, kalau aktif pun sikit-sikit nakal budak biasalah.

Sebab tu saya culture shock menguruskan Ali sebab sepanjang hidup saya bantu kakak-kakak jaga anak buah semuanya mudah. Even bawak tidur sekatil pun tak ada masalah.

Situasi ini buat saya tak sengaja compare anak sendiri dengan sepupunya. Kasihan Ali. Emak sayang Ali sangat-sangat. Maafkan Emak, sayang.

– Emak gagal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *