1bu Mentuaku

Assalamualaikum bagi semua pembaca IIUM Confession.

Namaku Sumayyah, tinggal di selatan tanah air. Alhamdulillah telah berkahwin dikurniakan suami yang baik serta anak-anak yang bijak dan comel.

Kisahnya, aku telah berkahwin dengan seorang pemuda satu negeri yang keluarganya agak sederhana susah.

Ibuku telah berpesan apabila berkahwin, automatik keluarga mertua perlu di anggap dan dihormati seperti keluarga sendiri juga. Ya, aku totally terima 100% buruk dan baik mereka.

Sewaktu aku mula-mula berkahwin dulu, aku agak terkejut kerana ibu mertuaku tidak solat, hanya bapa mertua sahaja yang solat dan mengaji.

Kusangkakan datang bulan (kerana masih 50-an), tapi setelah diselidiki ternyata ibu mertuaku tiada asas dalam agama hanya berpakaian menutup aurat, bersarung kaki (ya aku tahu itu wajib).

Setelah itu, aku berazam untuk mengajaknya dan mengajarnya solat tapi tidak diendahkan.

Suamiku memberitahu ibunya tiada asas dalam fardhu ain.

Pernah sekali, mungkin ibu mentuaku terlupa simpan rahsia, katanya pulut kuning dan ayam atas meja jangan sentuh untuk dijamu pada atok nenek. Aku dah, ehhh ape ni? jamu sape ye?

Astagfirullah, aku tak tegur kerana tak nak bergaduh padahal aku tahu itu syirik. Aku syak ibu mentuaku membela.

Oh ya, aku sangat teliti kerana anak-anakku dijaga oleh ibu mertuaku. Jadi, aku nak yang terbaik untuk anak-anakku, untuk masa depan mereka.

Kemuncaknya, perkara ini terjadi tahun lalu, keluarga mentuaku tiada kereta, hanya bermotosikal saja. Jadi, kereta aku yang kerap digunakan untuk ke sana ke sini atas urusan yang penting.

Tetapi aku okay je, sebab ibu mentuaku yang jaga anak-anak aku dengan sangat baik tanpa ada cakap-cakap belakang (sebelum ni).

Direzekikan Allah, ibu mertuaku dapat membeli sebuah kereta yang agak baru (used car), alhamdulillah aku tumpang gembira dengan pencapaiannya tanpa ada perasaan dengki.

Pada suatu hari, aku dan suami ambil anak-anak untuk dibawa pulang, tetapi suamiku diminta oleh kakak ipar (kongsi duit dengan ibu mentua beli kereta) untuk mengisi minyak kereta ibu mentuaku.

Jadi, aku pegang kunci kereta dan tiba-tiba, “mana nak bawa kereta baru tu?”, “harap Su tau kereta baru tu ada duit ibu ya”, “balik awal, ibu pula yang nak gi jalan-jalan”.

Aku ditegur di depan adik beradik suamiku (suami tiada di tempat kejadian). Terasa malu, rasanya muka aku berubah 360 darjah.

MashaAllah aku tak jawab, tak nak bergaduh depan ipar duai.

Masuk dalam kereta, aku ceritakan pada suami apa yang berlaku. Suamiku minta maaf sebab ibunya macam tu, sebelum ni, diorang guna kereta aku, sikit pon aku tak complain hatta ibubapa aku pon tak pernah komplen.

Selepas dari kejadian tu, aku banyak berfikir, mungkin orang yang tak solat perangainya macam ni kot? Dengki, busuk hati dalam diam. Entah-entah apa lagi ya? Pernah menilik pon ya juga (dosa besar).

Sejak dari itu, aku banyak berdiam dengan ibu mentuaku, setakat berbasa -basi, sekadar bercakap bila perlu.

Oh ya, sebelum ni untuk perubatan pon, aku yang bawa ibu mentuaku ke klinik ye, appointment dengan doc di hospital pon aku juga atas rasa tanggungjawab dan kasihan.

Tujuan utama aku menulis adalah untuk meminta pendapat rakan-rakan sekalian teguran macam mana yang perlu untuk family mentuaku sebelum terlambat?

Aku tak nak bergaduh suami isteri, ipar duai, mentuaku. Aku nak yang baik-baik je, mungkin untuk saham akhirat aku walaupun disakiti.

Jika confession aku diterima, aku akan share dan mungkin mentuaku juga baca kerana mereka aktif di FB.

Menantu ibu,

– Sumayyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *