Salam semua. Terima kasih admin siarkan cerita saya. Maaf saya terpaksa luahkan dalam ni sebab rasanya tak tertanggung dah…
Hampir 20 tahun memendam rasa.. MasyaAllah moga Allah terus berikan kesabaran padaku supaya tiada aib siapa-siapa yang terbuka dan moga Allah memelihara aib kita semua.
Saya mulakan nama saya Aliah (bukan nama sebenar) duduk di negeri Pantai Timur dan saya berasal dari Pahang Barat. Saya telah berkahwin dengan suami hampir 20 tahun dan alhamdulillah kami bahagia bersama enam anak kami.
Masalah yang selalu saya hadapi dengan suami selalunya berkaitan ibu suami aka ibu mertuaku. MasyaAllah kat mana nak start yer pun tak tau kat mana.
Boleh saya katakan dari awal perkahwinan kami ibu mertua tak berapa merestui sampaikan perkahwinan kami bertangguh 3 kali sebab takde kata putus dari pihak keluarga ibu suami.
Suami saya ni belajar pandai dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke Timur Tengah jadi balik dari tu suami dapat offer sebagai pendidik dan bertemu dengan saya secara tak sengaja.
Nak dijadikan cerita dah jodoh kami walaupun kenal sekejap jer dalam 2 minggu suami bernekad nak memperisterikan saya.
Saya pulak bagai ulam dicita pucuk mendatang dapat suami orang baik ada ilmu dunia akhirat alhamdulillah sangat. Rupanya ibu mertua ada berkenan dengan orang lain. Yang ini saya dapat tau bila saya dah berada dalam keluarga suami….
Baru saya perasan kebanyakkan isteri abang dan adik ipar saya adalah pilihan ibu mertua saya tapi dia nafikan tapi itulah realitinya. Saya ni dikategorikan sebagai orang luar sebab mungkin bukan pilihan ibu dan bukan orang negeri ibu.
Masa awal-awal kahwin dulu kalau difikirkan teruk juga saya dibuli perasaan dan fizikal tapi sebab saya ikhlas time tu saya tak rasa apa sangat saya maafkan jer. Tapi bila da banyak kali diperlakukan dengan teruk oleh ibu mertua memang saya terasa sangat.
Bayangkan bila balik ke kampung kami memang tak diraikan langsung malahan ibu mertua selalu beri alasan tangan kotor setiap kali nak bersalam. Senyum memang tak pernah ada nak berbual pun jauh sekali….
Kalau saya ajak berbual ibu mertua saya jawab dia da jadi bodoh dan tak pandai berbual… Allahuakbar. Bukan itu sahaja kalau kami balik memang kat rumah tu sunyi…. lepas jer berbuka masing-masing terus masuk bilik.
Oh lupa nak bagitau ibu mertua saya ni duduk dengan family adik ipar. Menantu sama negeri dengan ibu mertua serasilah walau banyak juga buat perangai.
Ibu mertua saya ni lepas jer berbuka terus duduk bilik sampaila sahur esok baru nampak muka. Tu time bulan puasa… time bulan tak puasa pun sama.
Suami saya selalu ke masjid jadi tinggal kami anak beranak jer jadi ibu mertua memang terus duduk bilik dia tak de langsung nak berbual atau melayan cucu-cucu balik. Suami pun perasan perkara ini tapi dia tak boleh cakap apa. Selalu dia jawab bila saya tanya dah orang tak berkenan…
MasyaAllah. Tak berkenan apanya da hampir 20 tahun perkahwinan kami… Anak-anak saya kebanyakkannyer sekolah tahfiz dan saya juga ada anak syurga. Semua tak dipedulikan oleh ibu mertua saya.
Sebenarnya saya dah penat nak mengambil hati. Belum lagi umpatan ipar duai yang kononnya saya ni yang layan ibu mertua dengan teruk padahal ibu mertua saya ni pandai berlakon.
Masalahnya dengan keluarga saya jer ibu mertua saya begitu bila ada orang lain balik elok jer peel nyer tapi memang dia tak berbual mana dengan sayalah. Dia rancak jer berbual dengan anak-anak dan menantu kesayangan yang lain.
Saya ni ibarat orang luar… dari mula kawin sampai sekarang mak mertua tak pernah terima saya. Padahal kalau pada pandangan orang diluar saya ni macam menantu pilihan sangat tapi hakikatnya itulah ujian saya. Tak pernah diterima.
Yang lagi teruk kelmarin kami balik ke kampung nak berbuka bersama… masa sampai tu lagi beberapa minit nak buka… nampak ibu mertua kat pintu ingatkan nak sambut kami rupanya nak buang sampah katanya…
Lalu tepi kereta kami tegur dan bagi salam, langsung tak pandang dan senyum… sibuk buang sampah masyaAllah seumpama sampah itu lagi berharga dari kami yang balik jauh-jauh ni.
Bila nak salam ibu angkat tangan kata kotor jadi tak boleh salam dan terus ke meja makan sebab nak berbuka… Makan hati nak berbuka sebenarnya.
Lepas jer buka macam biasa terus masuk ke bilik sampai ke sudah… solat terawih pun saya buat dengan anak jer…yang lain semua duduk dalam bilik. Suami ke masjid.
Tiba-tiba malam tu Allah nak datangkan ujian saya diserang asma dan ubat saya takde tertinggal jadi suami saya kata kena balik sebab takut saya makin teruk sebab memang kebelakangan ni asma saya sering menyerang. Jadi suami pegi bagi ibu mertua tentang saya.
Nanti saya sambung lagi part 2 yer..
– Aliah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit