Hai semua. Semoga korang sihat dan dalam redha Allah selalu.
Let me make it short and directly to the point. Aku sebenarnya buntu. Aku perlu menasihati ibu mertuaku atau mendiamkan saja.
Jika aku menasihatinya, gusar dia terasa dan bercerita kepada anak-anaknya dan mereka akan membenciku.
Jika aku mendiamkan hal ini, aku terasa sedang bersama-sama melakukan dosa itu.
Aku pernah bertanya kepada suamiku, betul ke ibunya bermain nombor ekor?
Dia cuma jawab tak. Tapi aku tahu suamiku sedang menyembunyikan kebenaran tersebut.
Hendak dijadikan cerita ketika awal pernikahan kami, ibu bapa aku ada ternampak ayah tiri suami aku keluar dari kedai nombor ekor.
Ayah tiri suami aku ni seorang yang tidak bertanggungjawab kerana sering mengasari mereka adik beradik sejak kecil.
Ibu bapa aku ada bertanyakan perkara tersebut kepada aku, namun aku tidak tahu apa-apa lantas bertanya kepada suami aku. Dan katanya, ayah tiri suami aku itu memang kaki judi.
Namun ada satu masa, adik beradik suami aku berkumpul bersama di rumah ibu mereka namun ibu mereka tidak ada bersama.
Salah seorang dari mereka ada kata, entah-entah ibu pergi kedai sekian-sekian (kedai nombor ekor).
Dan kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa oleh kesemua mereka kecuali aku.
Aku tak jumpa di mana lawaknya kerana aku sedar itu merupakan perbuatan yang berdosa.
Aku terdiam dan aku yakin air muka aku sangat berubah ketika itu.
Ya, aku bukan seorang yang alim dan berilmu tinggi, namun halal haram dan dosa seperti ini adalah perkara asas yang kita semua tahu.
Bukan itu saja, malahan ibu mertuaku dan rakannya ada bersembang mengenai ‘nombor yang cantik’ bila tengok nombor plat kenderaan yang lalu di depan mereka.
Balik dari rumah ibu mertuaku pada hari itu, aku terus bertanya kepada suami mengenai perkara itu, tapi suami hanya kata kawan ibunya yang main nombor.
Selepas dari perkara itu, aku ternampak apps keputusan judi di dalam handphone ibu mertuaku.
Ibu mertua aku meminta tolong aku untuk tengok-tengokkan handphonenya, namun aku tak sengaja ternampak apps tersebut.
Dan banyak kali berulang, family mertuaku bersembang mengenai nombor ekor dan ketawa-ketawa.
Terfikir di fikiranku, tak pernah terlintaskah mereka ingin menasihati ibu mereka?
Aku selalu berkira-kira ingin menasihati ibu mertuaku, namun aku memikirkan risiko yang bakal jadi iaitu perselisihan antara aku dan ipar-duai aku kelak serta suami aku.
Bantu aku, apa yang perlu aku buat? Terus berdiam diri saja atau cuba menasihati ibu mertuaku?
– TandaTanya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit