1bu Suruh Gugurkan

Aku Acu, 30 tahun. 2017 kahwin tapi baru tahun lepas 2022 aku bersalin anak sulung. Farisha sekarang dah 1 tahun 4 bulan.

Selepas 6 tahun, 3 kali keguguran baru aku dikurniakan cahaya mata pertama.

Farisha sangat cerdik, sihat, comel. Setiap orang yang jumpa dengan farisha mesti nak dukung dan bergambar. Ada orang cakap muka Farisha macam anak muabellaz. Alhamdulillah..

Kami tinggal dengan ibu sebab ibu tinggal sorang. Tapi semua perbelanjaan rumah diuruskan oleh suami A sampai Z. Bil, barang dapur, makan pakai kami dan ibu semua suami tanggung.

Direct kepada tajuk aku tulis tu. Minggu lepas aku test UPT sebab aku perasan perut buncit plus bulan ramadhan haritu aku tak period. Dan result UPT tu double line.

Orang pertama tahu berita ni mestilah suami aku. Dia happy cuma sedikit risau kesihatan aku.

Lepas seminggu, aku beranikan diri nak sampaikan berita ni kepada ibu. Sebab aku takut ibu marah sebab banyak kali ibu warning aku jangan mengandung sampai farisha besar di.

Namun, sangkaan aku betul. Muka ibu masam dan merah.

Kata-kata pertama yang keluar dari mulut ibu, “huh malas makan maajun, memanglah lekat!”

Aku diam, sedang susukan Farisha (susu badan), nak tidurkan dia.

Lima minit lepastu ibu sambung lagi, “orang lain kalau tak period seminggu dah risau! Kau sebulan tak period buat tak tahu je! Lain kali makan la maajun tu! Kalau anak dah besar tak pelah!”

“Kau susukan Farisha tu lagi kenapa?! Tu susu adik dia! Nanti dia jadi sakit cacing muka pucat lesu kalau dia minum susu adik dia!!”

Aku diam dan hadam apa yang ibu cakap. Fikir betul ke apa yang ibu cakap tu?

Kalini ibu sambung lagi, dengan muka masam serius lagi. Dan kali ni aku terkejut dengan apa yang ibu cakap, “Kau ambik maajun tu makan banyak-banyak!” ..

Aku jawab, “Buat apa makan tu? Nak bagi jatuh (gugur) ke?”

Mak jawab, “Benda tu darah je. Tak de masalah nak makan maajun tu!”

Aku tamatkan perbualan tu dengan bangun dan duduk dalam bilik sampailah suami aku balik kerja.

Aku cerita kat kawan aku sebab dia ada pengalaman (mengandung anak kedua semasa anak sulung dia 6 bulan). Kawan aku terkejut dengar cerita aku.

Suami aku tak tahu pasal ni. Aku takut suami terasa hati lagi.

Sebenarnya dah banyak kali suami ajak pindah sebab terasa hati dengan ibu.

Tapi aku tak sampai hati nak biar ibu tinggal sorang.

Korang, apa perlu aku buat? Aku buntu. Patut ke aku bunuh anak aku? Aku sedih dengan respond ibu.

Aku bukan macam typical anak bongsu yang bermanja dengan ibu. Aku ialah aku hidup seperti anak angkat.

– Acu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *