Assalamualakum semua warga IIUM Confession.. Aku hanya ingin meluah. Emosi tengah kusut dan down.
Pada yang Esa dah puas aku menangis, meratap sehingga kadang2 dah rasa putus asa.. sehingga sakit kepala, sakit badan.. yea dah sampai tahap kemurungan aku ni. kenapa aku rasa putus asa dengan Tuhan…
Sebab sungguh banyak ujian yang Dia berikan kepada seorang hamba yang sangat lemah ni.
Aku tahu ujian2 yang datang tanda Allah sayang.. tapi dalam keadaan bersendirian aku menghadapi ujian ini.. aku tak kuat.. tanpa sokongan dari sesiapa.. sungguh aku sangat lemah.
Ok serba sedikit intro pasal diri aku. Aku Siti (bukan nama sebenar), seorang ibu tunggal anak 3 yang masih kecil dan bersekolah. Yang sulung berumur dalam 10 tahun. Yang bongsu 3 tahun.
Sebelum bercerai aku tidak bekerja dan Pjj dengan suami. Kenapa aku tidak ikut suami sebab aku perlu menjaga arwah ibu aku yang sakit diabetis kronik. Setiap minggu 3 kali arwah ibu perlu menjalani dialisis.
Jadi aku dan adik aku yang mengalas tanggunjawab ini bawa arwah ibu ke hospital dan sebagainya. Adik beradik aku yang lain tinggal jauh luar negeri dan anak yang dekat bekerja.
Setelah arwah ibu meninggal.. 5 bulan kemudian ayah aku pula meninggal akibat kemalangan.
Bayangkan dalam setahun aku kehilangan 2 orang tersayang. Setelah ibu dan ayah aku meninggal.. rasa separuh dari semangat aku hilang.
Setelah itu, aku kehilangan pula suami atas sebab2 peribadi yang tak perlu untuk aku ceritakan.
Walaupun perpisahan ini aku yang minta, tapi dari bertahan dalam rumah tangga yang toksik lebih baik aku bercerai.
Alhamdulillah anak2 dibawah jagaan aku kerana bekas suami memberi sepenuhnya hak penjaagaan kepada aku. Kami berpisah secara baik.
Dan ex suami memberi nafkah 1k sebulan untuk anak2.
Bermulalah hidup aku sebagai ibu tunggal.. aku try buka bisness sblm pkp yang 1st hari tu dan akhirnya aku ditipu oleh patner dalam bisness.
Lesap 40k duit savings. Alasannya sebab pkp hari tu.. bisness lingkup.. ujian yang datang jaraknya dekat2.. Aku pasrah..
Selepas itu, Alhamdulillah.. aku mendapat pekerjaan yang gaji agak lumayan. Gaji based on komission semata-mata. Gaji 5k dan 6k komission dalam sebulan. Tapi sibuk mengalahkan menteri.
Kerja aku ni multi tasks. Boleh dikatakan 10 dalam 1.. kena buat servis, buat sales, kira stock, angkat stock yang berkotak-kotak tu, meeting, trainning dan etc..
Kerja aku dari pagi-malam. Kadang2 meeting sambung lagi trainning sampai pukul 12 malam. Cuti umum, weekend kena bekerja kecuali sakit dan dapat MC. Mc pula hanya valid dari klinik kerajaan.
Balik rumah sambung lagi kerja.. kena mengadap komputer, masukkan data customers dan sebagainya.
Pernah dalam sebulan tu servis banyak gila.. aku kerja non stop dari 1 haribulan–31 haribulan direct setiap hari tanpa cuti.
Kerja aku kena kejar target. Akibatnya aku tiada masa lansung dengan anak2.. Pagi pergi kerja sehingga malam. Dalam pukul 10.00 malam aku dah tido.
Pelajaran anak, kerja sekolah, kelas agama semua aku tiada masa untuk ambil tahu. Aku hanya bekalkan makanan siap2 untuk pagi dan malam. Dan bagi handphone untuk yang sulung.
Time kerja, aku akan call.. tanya dah makan ke belum, untuk aku inform aku balik lambat dan sebagainya.
Sebab akulah ayah… akulah ibu. Dengan Stress kerja, penat jangan cakaplah.. exhausted. Tapi demi wang untuk membesarkan anak2 aku bertahan.. dan akhirnya aku collapse. Ya aku hampir lumpuh.
Doctor mengesahkan aku mendapat penyakit herniated disc. Sakit yang boleh menyebabkan lumpuh sebab ianya melibatkan tulang belakang. Aku dapat penyakit ini sebab aku sentiasa mengangkat berat sehingga tulang belakang aku terkeluar disc nya.
Ya Allah.. bulan pertama terkena sakit ni aku tidak boleh berjalan.. Aku lumpuh separuh badan. Dari seorang yang sibuk aku hanya terbaring terlentang tanpa boleh buat apa2.. Tapi anak2 aku perlu uruskan. Anak2 perlu ke sekolah, perlu makan..
Jadi aku hari2 menelan pain killer yang paling kuat. Baru aku boleh bangun, Mengesot aku ke kereta untuk hantar anak ke sekolah. Dan anak aku banyak tidak ke sekolah.
Kesian anak2 aku kelaparan. Hanya anak yang sulung tempat aku bergantung.. goreng telur.. masak maggi, cuci baju, sidai baju.. Tolak kerusi roda untuk aku buat physioteraphy.
Dengan umur 10 tahun macam2 kerja rumah yang dia kena buat. Mama doakan semoga Allah kurniakan kamu syurga kerana berbakti pada mama.
Aku resign dari kerja 24 jam notis (dengan surat doktor) sebab hanya membebankan kawan2 sekerja sahaja yang perlu cover kerja untuk aku. Jangan tanya kemana keluarga aku. Kemana adik beradik aku.
Kakak2 ku tinggal jauh. Adik ku sibuk memanjang.. Sekali dua tu boleh lah tolong. Jadi akulah sendirian hadapi ujian ini. Kawan baik pun aku tak de. Menangis aku memohon pada yang Esa.
Solat pun dalam keadaan duduk atas kerusi. Malam2 aku tidak boleh tido.. sakit menyucuk, kebas, cramp kaki.. rasa macam ada pisau menghiris2 dalam tulang punggung. Untuk ke toilet aku perlu mengesot.
Masa ni aku memang down gila. Aku perlukan kata2 semangat. Aku rasa lonely sangat. Pernah 1 hari tu aku rasa kosong, sebak yang teramat.. rasa sedihnya hidup aku. Aku sakit tapi sorang2.. aku rasa sangat rindu pada ayah dan ibu aku.
Macam mana aku nak besarkan anak2 aku jika keadaan aku macam ni. Aku dah tak de siapa2.. keluarga aku.. seriously selepas mak dan ayah meninggal masing2 buat hal sendiri2.. jarang2 je berjumpa. Masing2 sibuk..
Dan sepanjang aku bergelar ibu tunggal.. banyak dah orang tipu aku. Contohnya bila time exident aku sorang2.. yang langgar tu lelaki.. bila kau perempuan, tiada orang lelaki…
Sama ada suami, ayah atau adik beradik lelaki.. senang2 je kena tipu. Aku tiada kenalan untuk tanya second opinion. Kena hadap sorang2.. Akibatnya diperbodohkan.
Setiap hari aku doa minta Allah angkat sakit aku.. tapi aku masih sakit. Aku kena besarkan anak2 aku. Aku kena Keluar bekerja. Aku dah try buat bisness online. Tapi tak menjadi.
Dengan keadaan aku macam ni..pergerakan aku terhad. Minta korang doakan aku supaya aku cepat sembuh. Aku masih sakit tapi alhamdulillah dah boleh berjalan slow2..
Terima kasih kerana membaca confession aku.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit