Hi salam semua readers. Nama aku Dahlia (bukan nama sebenar). Aku sudah berumah tangga dan mempunyai 2 orang cahayamata.
Rezeki aku dikurniakan seorang suami yang sangat baik, memahami & sentiasa menyenangkan aku mahupun orang sekeliling.
Aku juga beruntung memiliki keluarga mertua yang semuanya baik2 dan murni2 belaka. Syukur!
Hampir 8 tahun aku berkahwin ni aku cukup menyenangi keluarga mertua ku. Namun lain pula cerita nya dengan keluarga aku sendiri, terutamanya ibu aku.
Ibu dan ayah aku sudahpun menjangkau usia warga emas veteran. Takde apa aku perlu ceritakan mengenai ayah aku sebab ayah seorang yang sangat cool dan memahami. Yang aku perlu luahkan disini adalah tentang ibu.
Ya, ibu aku seorang yang sangat dominant figure (dia suka aturkan segala macam benda ikut keputusan dia dan seolah2 segala yang ada dalam hidup kami ni perlu ikut cara dia dan apa yang dia mahu). Gitu la lebih kurang.
Dari dulu lagi memang ibu macam ni, ayah pun cuma jadi pak turut shj. Ayah jenis cool, malas nk bising2. Masa kecik2 dulu time raya tak balik pun kampung belah ayah, asyik balik belah ibu saja.
Masatu kitorang kecik lagi tak faham apa, now baru lah faham sebab masing2 dah ada keluarga sendiri. Ingatkan ibu dominant trhadap ayah je, rupanya bila kitorang dah kahwin berkeluarga sendiri pun dia nak control.
Ditakdirkan pula aku berjodoh dengan suami yang berasal dari Pantai Timur (aku orang selangor je). Bukan main payah untuk aku explain kat ibu tiap kali aku nak balik raya belah suami. katanya jauh la, bahaya la, penat la.
Dia provoke aku sungguh2 siap merajuk dengan aku, sampai sudah nya aku tak jadi balik. Suami aku memahami dan nasihat aku untuk mengalah je la bila dengan ibu.
Dah bertahun aku tak sambut raya pertama di kampung belah suami & aku rasa serba salah dengan suami aku. Kesian dia.
Itu pasal raya, belum lagi time aku bagitau yang aku nak balik kampung suami sebab nak jumpa sedara mara belah sana.
Ibu cukup tak suka dan panas hati kalau aku plan nak balik kampung suami saja2. Salah ke? suami aku pun ada family juga. Ada mak bapak.
Kalau tiap kali aku spent time atau pergi bercuti2 dengan family mertua aku, perangai ibu auto berubah.
Dia takmau jawab call aku, kalau dia jawab pon dia suka perli2 aku kononnya aku dah tak ingat dia, sibuk bersuka ria bersenang2 dengan keluarga mertua. Dia provoke sampai aku rasa serba salah.
Seolah2 aku ni dah lupakan dia tiap kali aku spent time dengan mertua. Ibu seolah2 tak boleh tengok kitorang ni bersenang2 dengan keluarga masing2.
Kadang2 aku dengan suami nak juga bawa anak2 pergi bercuti sana sini macam cameron highlands tapi tu pun ibu aku control.
Katanya bahaya jalan ke sana, nanti jadi apa2 kan susah. Bila aku berkeras juga nak pegi, dia kata aku tak dgr kata dia & tak endahkan larangan dia.
Katanya “ibu larang ni bersebab, jangan kau menyesal nanti sebab tak dgr kata ibu” so korang rasa aku nak teruskan ke plan aku klau dia cakap macam tu? Haih..
Aku sampai malu sangat dengan suami aku sebab perangai ibu aku macam ni.
Sampai satu tahap tu aku hilang sabar & aku lawan je cakap ibu sebab dia terlalu nak control hidup aku meskipun aku dah punya suami dan keluarga sendiri.
Masatu dia punya mengamuk sampai dia cop aku anak derhaka, dia menangis merajuk tak bercakap dengan aku lama jugak. Aku minta ampun dah dari dia & taknak lah benda macam ni berpanjangan.
Lepas benda tu setel pun tak lama lepas tu dia masih juga berperangai dominant, aku rasa tak pernah dan tak akan boleh berubah. Ayah kami sendiri pun tak mampu nak sekolah kan dia apatah lagi kami anak2 dia ni.
Untuk korang yang sudi baca luahan aku smpai habis ni, tolong la doakan sama2 dengan aku moga Allah buka hati ibu untuk ubah perangai dia & jadi lebih terbuka dalam segala hal.
Moga allah lembutkan hati ibu aku & singkirkan sifat negatif yang ada dalam diri dia. sebab aku sayang ibu aku, aku hanya mampu doakan dia je moga dia berubah. Thank you semua!
The End,
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit