1st Love

Dalam hidup aku 23 tahun yang lalu, muncul seorang insan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Dia sangat kacak, kulit putih berkaca, muka bersih,

Wajah dia memang perfect. Atlet sekolah, ramai suka, tapi entah kenapa masa tu aku rasa dia lain, ada sesuatu yang buat aku semangat nak berjaya juga dalam sukan.

Kami masa tu baru 12 tahun. Sama-sama atlet, sama-sama budak baru nak kenal dunia. Jujur, aku tahu itu cuma cinta monyet. Tapi perasaan masa tu… betul-betul tulus.

Setiap kali tunggu latihan petang, kami duduk dalam kelas berdua. Aku tak tahu hukum hakam masa tu.

Pintu kelas terbuka, aku duduk depan, dia duduk belakang, selang dua meja. Jauh, tapi cukup untuk berbual. Aku rasa tak salah sebab kami tak buat apa-apa. Kami langsung tak berbual tentang cinta.

Tapi entah macam mana, benda tu sampai ke telinga cikgu. Dari situ bermulalah fitnah. Ada cikgu siap perli aku, “ntah-ntah tengah mengandung.” Aku masa tu tak faham pun maksudnya, tapi semua orang mula pandang serong.

Aku dipanggil guru disiplin untuk sesi kaunseling. Dia ugut nak call mak ayah aku. Aku merayu jangan, dan aku janji akan putuskan hubungan.

Aku jumpa dia, beritahu semua. Nampak sangat dia kecewa. Dia kata jangan tinggal dia, dia tak ada sesiapa,dia anak yatim piatu, kawan pun tak ramai. Dia tinggal dengan pakcik dia selepas pemergian ibu bapanya.

Aku tahu dia marah, tapi aku tetap pergi. Lepas tu, dia terus menjauh. Kami habis UPSR pun dah tak bertegur. Setiap kali bertembung, dia akan mengelak.

Masuk sekolah menengah, aku cari kelibat dia, tak jumpa. Tanya kawan-kawan dari sekolah lain pun semua cakap tak pernah nampak dia lagi. Aku taktahu ke mana dia pergi. Rumah dia pun aku taktahu kat mana. Tak lama lepas tu aku pindah ke negeri lain.

Sampai sekarang, aku tak tahu ke mana dia menghilang. 23 tahun berlalu, tak ada siapa tahu. Zaman media sosial sekarang ni, semua orang ada akaun, semua akaun kawan kawan lama atau musuh musuh lama muncul satu per satu.

Tapi dia? Langsung tak ada. Tak pernah muncul dalam friendlist, tak pernah keluar dalam people you may know. Macam hilang terus dari dunia ni. Aku tahu dia kecewa yang teramat dan bawa hati yang luka itu.

Aku bukan nak ungkit kisah lama. Aku cuma nak tahu, dia masih hidup ke? Sihat ke? Bahagia ke? Kalau dia dah kahwin sekalipun, aku cuma nak tahu dia okay.

Kadang setiap kali aku teringatkan dia, aku akan menangis. Bukan sebab aku tak move on, tapi sebab aku sedih dengan takdir dan waktu ketika itu.

Aku mungkin bukan anggap dia boyfriend tapi aku anggap dia seorang kawan baik. Aku tak sangka perakhirannya kehilangan buat selama lamanya dengan cara begini…

Aku rindu. Rindu yang tak pernah hilang walau masa dah lama berlalu.

Di mana pun dia berada, aku doakan semoga hidupnya baik, sihat dan bahagia.

Aku masih harap dia akan muncul satu hari nanti…

– – Rindu yang Sarat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *