Untuk part I, (https://iiumc.com/ist3ri-di-atas-kertas/).
Hai assalamualaikum semua. Sakura lagi di sini. Pertama sekali nak berterima kasih kepada admin kerana terus menyiarkan confession aku.
Dan juga aku nak berterima kasih kepada semua yang sudi memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada ku. Semoga doa-doa yang baik tersebut berbalik kepada kalian semula. Aamin Ya Rabb!
Aku tak sangka ramai yang akan komen confession aku dan ramai juga yang mempunyai pertanyaan. Jadi confession kali kedua ini aku gunakan untuk menjawab sedikit sebanyak persoalan itu ya.
Ada yang mengatakan apa yang terjadi ini ialah kifarah dosa aku yang lalu. Ya aku terima itu, aku seorang manusia pendosa dan tiada yang sempurna.
Aku redha jika ini memang kifarah dosa ku kerana aku lebih rela mendapat balasan di dunia berbanding balasan di akhirat di mana balasan Nya amatlah dahsyat sekali.
Ada juga mengatakan aku perlu improve diri sendiri dan cari kesalahan aku dulu sebelum tengok kesalahan suami. Ini juga aku terima dan telah aku muhasabah diri sejak dari pertama kali masalah timbul.
Sebab itulah aku berjaya bertahan selama 2 tahun, setiap hari aku berfikir apa lagi yang boleh aku lakukan supaya hubungann aku dan suami boleh improve.
Aku juga telah cuba memberikan perhatian dan kasih sayang kepada suami ku sepertimana perhatian dan kasih sayang yang aku mahukan.
Aku bagi contoh ya, aku cuba nak suap makanan kepada suami aku dan dia kata “Makan lah. Nanti abang makan”.
Setiap kali aku cuba bermanja dia pula tak mau. Ini salah satu contoh saja yang menunjukkan dia menolak my kind and loving gesture. Tapi takpe aku dah tak ambil hati.
Ada yang tertanya-tanya kepada aku teruskan juga pernikahan walaupun aku tiada perasaan kepada suami ketika itu. Itu kerana aku mahu mempunyai keluarga sendiri dan aku tertekan dengan keluarga aku sebelum ini.
Cuba baca confession yang bertajuk “Anak yang tak dihargai” (https://iiumc.com/an4k-yang-tak-dihargai/). Nasib aku lebih kurang sama dengan tt dalam confession tersebut tapi itu bukan confession aku ya.
Ada yang kata aku terburu-buru berkahwin dan terburu-buru juga untuk bercerai.
Ya aku mengaku memang aku terburu-buru sebab aku tak nak ada jurang umur yang besar dengan anak. Mak aku melahirkan aku semasa dia sudah tidak muda lagi. Jadi apabila aku remaja, ibu aku pula sudah berusia.
Ibu aku tidak mempedulikan hal hidup aku langsung sampai terlintas di fikiran aku yang aku ni anak angkat ke. Jadi aku fikir mungkin kerana ibu aku sudah tidak larat untuk mengambil berat hal aku atas faktor usia.
Kerana berfikiran seperti ini lah aku tak nak ada jurang umur yang besar dengan anak aku. Aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa.
Yes I still feel the pain up until this moment. Aku tengah mencari cara untuk heal daripada past trauma ni.
Dan aku pernah pergi jumpa psychiatrist dekat hospital kerajaan untuk trauma aku ni masa aku degree.
Sekarang bila dah kerja aku ingat nak jumpa kaunselor swasta pula tapi aku masih mencari. Any good counselor/psychiatrist yang korang boleh recommend?
Aku harap orang lain takkan buat kesilapan yang sama seperti aku. All single girls out there, better to be single that married the wrong man!
Takpe lah kawin lambat pun, jangan compare timeline hidup kita dengan orang lain.
Aku sedar perceraian ialah perkara halal yang tidak disukai Allah. Aku bernikah untuk mencari keredhaan Allah, dan jika pernikahan itu lagi menyebabkan aku lagi berbuat dosa, memang aku pertimbangkan untuk berpisah.
Sebelum itu aku akan berusaha untuk pergi kaunseling dulu bersama suami. Aku juga dah decide untuk improve diri aku sebab aku boleh control diri aku tetapi aku tak boleh control orang lain.
Terima kasih semua atas nasihat dan doa. Semoga kalian semua dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat kelak kerana tujuan hidup kita hanya satu, untuk kembali ke syurga Allah. Aamin.
P/s: I’m feeling better now. Alhamdulillah. Husband pun dah slow down on phone, mungkin berkat doa kita semua dan berkat Ramadhan.
Yang ikhlas,
– Sakura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit