Aku Laila. Dah berkahwin 5 tahun. Cerita aku ni pasal adik ipar aku / sister-in-law (SIL).
Bagitahu aku kalau aku salah atau aku hati busuk.
Sebagai pendahuluan, suami dan SIL aku dah kehilangan parents sejak berumur 10 tahun (SIL) and 15 tahun (suami).
SIL aku tinggal bersama makngah & suami aku tinggal seorang diri di rumah pusaka.
Aku pun pelik kenapa tak ada orang kebajikan datang dan tak ada jiran report orang kebajikan yang ada budak 15 tahun tinggal di rumah sorang2.
Suami aku habis SPM, habis matrikulasi & habis degree tanpa bantuan mana2 saudara mara.
Suami aku hidup sebatang kara guna duit faraid arwah parents sahaja.
Fast forward suami berumur 25 tahun, SIL 20 tahun. Masa ni kami baru berkahwin.
Suami masih bagi duit bulan2 kepada SIL which is aku faham sebab dia student. Tapi bila dia mula minta lebih aku mula berkira.
Masa ni SIL ni masih belajar. Tiap bulan ada duit tajaan MARA sebanyak RM700 sebulan dan duit belanja suami bagi RM400 sebulan.
Bagi aku dah cukup, tapi SIL masih minta duit suami. Aku biarkan sahaja sebab dia masih belajar.
Sepanjang dia study, suami aku yang kena hantar & ambil dia bila cuti sem. Dari johor ke kelantan samata2 untuk ambil dia waktu cuti sem.
Aku tak nak berkira tapi terpaksa berkira sebab duit kami pun kurang.
Minyak pergi dah RM80, balik RM80, toll RM50, pergi balik. Darab dua. RM400+ untuk ambil & hantar dia setiap kali cuti semeter, 8 semester semua.
Kadang2 terpaksa bekal nasi goreng kosong je sebab nak pakai duit untuk minyak & toll.
Kalau ambil bas kan lagi murah. Aku dulu masa study, pandai je naik bas sendiri. Suami pun dulu naik bas sendiri.
Tiap2 bulan minta lagi duit extra sebab RM1100 sebulan tak cukup bagi dia.
Aku rasa as student dah lebih dari cukup. Aku dulu 600 untuk satu sem kot. Aku kerja part time tealive, mcd, watson dll untuk tampung hidup degree aku.
Fast forward lagi, suami berumur 30 tahun, SIL 25 tahun. SIL dah berkerja tapi tak bayar pinjaman MARA. Suami aku as penjamin dia.
Tiap2 bulan MARA call. Serabut kami sekeluarga. Suami aku terpaksa bayar tunggakan 5k dan sambung bayar bulan2.
SIL nak beli kereta tapi tak lepas. Suami terpaksa jadi penjamin. Mcm biasa bayar culas. Suami yang kena topup.
Hutang dia pun banyak. Personal loan bawah TNG, Grabpaylater, atome & Shopeepaylater pun RM1000+ sebulan. Suami aku bayarkan.
Jadi kenapa suami aku bayarkan semua perbelanjaan SIL aku ni? sebab adik dia ni guna alasan anak yatim. Buat2 kesian tak ada mak ayah.
Suami aku pun tak ada mak ayah sama macam dia tapi hidup elok je tak ada menyusahkan orang lain.
Makngah suami? Sama! Kalau suami aku tak bayar, makngah marah suami kata kedekut dengan adik. Makngah jaja cerita ke family lain yang suami berkira dengan adik.
Jadi, kenapa aku bitter suami tolong adik sendiri? Kenapa aku berkira?
Tiap2 bulan, aku yang kena topup belanja kami sebab suami memang RM0 dihujung bulan.
Penuh dengan hutang2 SIL. MARA, loan kereta, personal loan, shopee, grab, atome dll. Dah macam ada bini kedua dah.
Kadang2 baru tengah bulan tapi duit suami dah habis.
Aku tak kisah kalau tolong sebab terdesak, tapi ni bukan terdesak! Adik suami ni kena pandai2 la hidup. Sampai bila nak guna tiket anak yatim. Terlebih manja.
Kalau aku salah, bagi terus atas muka aku.
Aku penat sebab asyik aku yang kena bertolak ansur. Aku penat tengok suami kena guna2 mcm tu.
Aku juga penat kalau suami kena kecam, sebab cerita yang dijaja makngah tu akan sampai ke family aku juga. Makin besar kes nanti.
Mula aku ok sahaja bantu suami dari segi kewangan. Tapi aku tak sempat menyimpan & suami pun tak sempat menyimpan. Hari2 aku risau pasal duit.
Setiap kali SIL call suami, aku tahu mesti pasal duit. Setiap kali caller ID SIL aku naik di fon suami, aku terus berdebar, berpeluh, sejuk & mual. Aku tak tipu. Macam nak kena anxiety dah ni.
Apa patut aku buat? Apa patut suami aku buat?
Isteri yang (terpaksa) berkira,
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit