2 Bulan Jadi Permaisuri

Assalamualaikum semua. Aku tak tahu nak mula macam mana… Tapi aku cuma nak cerita satu kisah yang terlalu indah untuk dilupakan, dan terlalu perit untuk dikenang.

Aku kenal dia dari zaman degree. Aku gelarkan dia “Prince”. Tapi masa tu, dia cuma kawan biasa-biasa je. Jarang-jarang tegur. Dan aku tak tahu pun sebenarnya… dia dah lama sangat, lama sangat perhatikan aku dari jauh. Bukan sebulan dua. Tapi bertahun.

Al-kisahnya, one of my friend lelaki juga — aku gelarkan dia “Man” — rapat dengan dia, dan pada masa yang sama rapat juga dengan aku.

One day, Man mesej aku tanya dah makan ke. Aku cakaplah belum, jom makan sekali. Then Man pun on je.

Oh, lupa nak cakap, masa ni dah tahun ketiga aku dekat universiti ni. Kitorang pun jumpalah dekat kedai tomyam area uni yang selalu kitorang lepak. That day, Man bawa Prince sekali.

After makan, Man cakap nak pergi toilet. Toilet ada dekat kedai mamak 2-3 selang dari kedai tomyam kitorang makan. Tinggallah aku berdua dengan Prince dekat meja makan. At first, just a normal conversation. Lepas tu tiba-tiba dia cakap:

“You know what, I selalu tengok you dari tahun satu. Tapi I tak tahu macam mana nak tegur. Tapi kan, I doa je hari-hari… kalau betul you jodoh I, Allah akan buka jalan.”

Rasa cringe, tapi Prince ni memang alim sikit orangnya. And I wasn’t respond anything, just smile.

Fast forward, kitorang masih berkawan dan lepas grad, baru kami dekat. Slowly. Dia tak pernah paksa in anything. Dia tunggu. Dia usaha. Dia buat semua benda dengan penuh adab.

Everything dia nak buat apa-apa mesti cakap dengan family aku dulu. Sampailah aku rasa selesa dengan dia, dan dia pun ajak aku kahwin.

Orang pertama yang kitorang bagitahu plan kahwin ni is “Man”. Oh, Man pun dah kahwin juga lepas few months grad.

After kahwin, dia menjadi seorang lelaki yang sangat, sangat, sangat gentleman. Aku ingat lagi, hari tu hari Jumaat. I had a breakdown pagi tu dan ambil AL, sebab penat sangat dengan urusan kerja dan banyak benda.

I cried pagi tu… dan dia tiba-tiba bawa breakfast. Tanpa aku minta. Dia tahu aku jenis tak reti cerita kalau tengah penat. Dia bawa favourite aku — roti bakar telur goyang dengan caramel latte suam. Siap dengan sticky note atas tray:

“Don’t forget you’re the best thing that ever happened in my life.”

The next day, dia ajak keluar. Just jalan-jalan. No plan. Dia bawa aku pergi tempat kita first date, Genting Highland. Main indoor theme park. Jalan-jalan, gelak-gelak. We were so happy.

Everyday kami akan sentiasa solat Maghrib dan Isyak together, sebab Subuh dia akan ke surau berdekatan area rumah kami. Kalau rajin, saya ikut. Kalau tak, saya solat di rumah je dan akan siapkan breakfast.

Everyday kalau dia jadi imam, suara dia masa baca Al-Fatihah tu… tenang sangat. Rindunyaaa… Jelas. Tegas.

Dan aku pernah teringat, kali pertama solat berjemaah dengan dia, dan waktu sujud terakhir… I cried. Sebab dalam hati aku pernah cakap:

“Ya Allah, kalau dia jodoh aku, jangan ambil dia dari aku…”

Dan Allah makbulkan… sekejap.

Kami nikah dalam suasana sangat sederhana. Tapi dia layan aku macam puteri dari hari pertama jadi isteri dia. Dia akan teman aku setiap pagi bersiap ke kerja, walaupun dia sendiri WFH. Dia akan duduk depan cermin tengok aku pakai tudung.

Kalau aku period, dia akan catat siap-siap dalam kalender dia, tolong kira siap bila aku start, bila aku end. Dia akan beli painkiller, bawa hot water bag, dan suap aku coklat sambil gosok perut aku. Aku ingat lagi dia pernah cakap like ayat dia:

“Kalau I boleh tukar tempat, I would. Tapi at least, let me take care of you.”

Dan sebulan lepas nikah… aku pregnant.

Dia cium perut aku setiap pagi dan setiap malam. Dia akan cakap dengan baby walaupun belum ada bentuk:

“Baby… ni ayah. Ayah janji nak jadi ayah terbaik. Tapi paling penting… ayah janji jaga mama sebaik mungkin.”

Tapi Allah lebih sayang dia. Dua bulan selepas nikah… dia pergi.

Kemalangan. Sekelip mata…

Aku masih boleh dengar suara nurse dalam telefon. Masih boleh rasa tangan aku terketar-ketar capai kunci kereta. Masih boleh bau perfume dia atas baju yang aku peluk masa aku duduk dalam bilik kecemasan tu.

Dan aku masih ingat…

Wajah dia… tenang sangat. Macam dia cuma tidur. Macam dia tahu, dia dah buat semua yang dia patut buat.

Dia cintai aku sepenuhnya. Dalam masa yang terlalu pendek.

Sekarang, aku tidur peluk perut aku setiap malam. Sebab dalam perut ni ada hadiah dari dia. Satu-satunya peninggalan lelaki yang pernah buat aku rasa dunia ni terlalu indah untuk ditangisi.

“Baby… bila awak lahir nanti, mama akan cerita pasal ayah awak. Lelaki yang tak pernah tinggi suara, tak pernah lepaskan tangan mama waktu jalan, tak pernah lupa cium dahi mama sebelum tidur…”

Lelaki yang cintai mama awak… macam seorang raja mencintai permaisurinya.

Kalau kalian tengah baca ni, dan masih ada pasangan, peluk mereka sekarang. Sayang mereka kuat-kuat. Jangan tunggu masa curi mereka dari kamu.

Sebab bahagia tu… kadang Allah pinjamkan sekejap. Tapi cukup untuk buat hati kita kenal apa makna syurga.

Doakan aku dan anak ini terus kuat.

Dan semoga dia tunggu aku… kat pintu syurga nanti.

Aamiin..

– Isteri 2 bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *