2 Ectopic, 2 An4k Per3mpuan

Ectopic pregnancy atau nama lainnya, kandungan luar rahim.

Proses dia bersenyawa sama macam orang lain.

Ovum jumpa sperma,

Dia membesar cuma bukan di tempat yang sepatutnya. Sebab tu bila check UPT positif, sebab hormon lain dapat kesan persenyawaan dah berlaku.

Tapi bila tak membesar kat uterus (rahim), makanan dan tumbesaran akan terencat. Lama-kelamaan akan gugur. Cuma bahayanya,

Kalau dia sempat membesar di tempat yang terlalu sempit, ia pecah dan akan menyebabkan salur darah berdekatan pecah, dia akan berkumpul kat situ (sambil kehilangan darah) kalau dibiarkan, ni yang membahayakan nyawa.

Namanya ruptured ectopic pregnancy. Doktor paling takut jumpa ni.

Nak share pengalaman ade 2 kandungan ectopic (2 tiub kena), dan alhamdulillah direzekikan juga antaranya 2 orang anak.

Kalau ada benda yang boleh dipelajari dari confession ni alhamdulillah. Tapi warning sesiap, cerita panjang.

Masa 1st time tau mengandung, 2017

Masa ni dah kahwin 2 tahun,

Sebabkan ada loya muntah,

Check terus UPT, positif. Alhamdulillah sangat.

Ingat lagi masa tu kerja shift pagi kat jabatan kecemasan.

Pening, loya masih kena hadap pesakit berlambak.

Tolak katil pesakit, yang ni orang tak suruh pun, tapi sebabkan kita nak pesakit cepat buat x-ray dan rawatan lain, kita tolak je. Orang lain pun tengah buat lima kerja dalam satu masa.

Habis shift pukul 3 petang terus balik rumah, tertidur kepenatan.

Masa siap-siap sebelum pergi kerja balik untuk shift pukul 9 malam tu, nampak tompokan merah dekat mangkuk tandas.

Masa tu rasa bersalah sangat kerja kuat-kuat.

Mesti ni keguguran.

Terus pergi balik hospital, kali ni sebagai pesakit.

Bila tahu positif, doktor akan terus scan, dan ambil darah beta hcg.

Kalau nampak benih dalam rahim, maksudnya darah yang keluar kemungkinan keguguran.

Kalau dalam scan tak jumpa benih dalam rahim, boleh jadi ectopic.

3 kali scan masuk dalam vagina (TVS), memang tak jumpa.

So cara nak confirm itu ectopic ialah dengan cari secara direct, masuk camera melalui pembedahan kecil di perut dan pusat (laparascopic).

So malam tu jugak doktor buat pembedahan.

Dalam hati ya Allah moga bukan ectopic (sebab masa tu masih 50-50).

Buka mata je terus tanya doktor, and sedihnya dengar jawapan doktor. ectopic di tiub fallopian dan tiub tu terpaksa di jahit/potong. Nangis macam apa masa tu.

2 tahun baru dapat mengandung, tapi bukan hanya berakhir dengan kehilangan baby, tapi kehilangan separuh peluang untuk mengandung di masa depan. Allah Maha Tahu.

Kitaorang di nasihatkan untuk merancang at least selepas 6 bulan.

Lepas 6 bulan kami mencuba.

Alhamdulillah sangat, Allah Maha Baik.

Sebenarnya bila kata kami mencuba tu, kami mencuba dengan hati-hati.

Rekod dan tanda hari yang period (LMP).

Jika kita mencuba untuk bulan tu, tepat je tarikh missed period, saya akan check UPT. Walaupun takde simptom.

Kali ni alhamdulillah positif. Terus pergi jumpa doktor untuk scan, dan walaupun dah bagitau ade sejarah ectopic, some doktor nasihatkan untuk kita scan selepas 6 minggu. Sebab kalau awal memang tak nampak.

Kitaorang decide untuk ambil darah untuk pemantauan beta HCG (ada trend untuk kandungan biasa atau ectopic). Yang ni terpaksa cari sendiri tempat yang bole buat.

Alhamdulillah trend cantik, cukup 6 minggu terus buat scan. Alhamdulilah baby dalam rahim.

Lepas baby lahir, kami teruskan ‘merancang’ untuk belum ada anak lagi.

Cuma kalau perancangan tu walau sekali je kelaut, bulan tu saya akan lebih berhati-hati.

Ingat lagi masa ni anak umur baru setahun. Sekitar 2019.

Beli UPT test bebanyak.

period masa tu tak missed lagi, dah hujung-hujung bulan.

saya dah ready untuk check UPT 2 hari sekali. Sebab takut.

Targetnya saya akan check sampai la period keluar. dan takdir Allah, bulan tu upt positif

Masa tu kandungan baru nak masuk 3 minggu. Awal sangat lagi.

Jumpa doktor ada yang tak nak scan, tapi alhamdulillah jumpa seorang pakar yang willing nak scan, tapi seperti jangkaan tak nampak.

Selang 2 hari lepas scan, ada tompokkan darah. hmmm..

Kali ni dah rasa tak best. Scan balik memang tak nampak.

Masa tu darah keluar sikit je, sakit perut semua takda. doktor suggest buat operation untuk tengok.

Dalam nangis-nangis tu tanya doktor kalau ada alternatif lain.

Sebab kalau operate kali ini, saya hanya berpeluang untuk ada anak through IVF je (itupun Pakar kata kebarangkalian kena ectopic masih ada sebab benih tu masih bole berlegar dalam tempat tak sepatutnya).

Doktor bagitau kalau tak nak operation, boleh ambil methotrexate (ubat cancer)
untuk matikan sel kandungan ectopic tu.

Tapi syaratnya takde simptom yang merbahaya petanda dia dah pecah. Masa tu takde pendarahan atau sakit perut. So kena masuk ward, ambil series of beta hcg untuk pantau trend darah sebelum dan selepas ubat tu.

Kalau selepas ambil ubat tu, beta hcg turun cantik, maksudnya benda tu gugur dengan sendiri.

Alhamdulillah. Allah Tahu yang Terbaik.

Masa ni bila dah tau satu-satunya tiub yang saya ada ni berpotensi kena ectopic lagi sebab dah pernah kena.

So saya dan suami plan lebih berhati-hati kali ni.

Kami plan tidak ada anak lagi dalam masa terdekat sampai kitaorang bebetul ready, ready mental, physical dan kewangan, sebab kitaorang tahu kalau ada kebarangkalian persenyawaan tu, risiko saya melalui pembedahan atau ruptured tu akan ada.

Kitaorang ‘merancang’ dengan hati-hati sampai anak dah umur 4 tahun,

Masa ni suami pun dah kerja department yang ok sikit.

Baru kitaorang start plan nak tambah anak. ada orang tanya tak berisiko ke untuk menambah ? sebab anak kami dah ada seorang.

InsyaAllah kami doa inilah investment kami dunia dan akhirat.

Dalam pada dunia sekarang yang sangat mencabar, sangat perlunya generasi Islam yang hebat. Terinspirasi dengan kekuatan wanita

Palestine, yang terus melahirkan walau satu persatu anaknya syahid sangat digeruni musuh. Hakikatnya masa depan Palestine bergantung pada generasi pemudanya. Begitu juga kita di Malaysia.

Tapi ini semua terletak pada rezeki Allah. Selagi mampu dan ready kami mencuba sebaiknya bukan cuba semberono tanpa memikirkan risiko.

Sebab amanah membesarkan lagi besar dari melahirkan.

So kitaorang start dengan check tiub yang satu tu. Elok lagi ke tak sebab haritu ectopic kat situ.

Namanya hysterosalpingography, or HSG

Doctor akan masukkan cecair untuk lalu tiub tu dan tengok melalui (x-ray) bahagian tu. Kalau lepas, means tiub tu masih boleh digunakan.

Alhamdulillah tiub tu ok. Allah Maha Penyayang.

Kami pun mencuba secara natural beberapa bulan tapi tiada hasil.

Kami beli berkotak test UPT kat shopee, sebab setiap kali mencuba, tak sampai hujung bulan mesti check UPT sampai period.

Check awal bukan hanya sebab excited tahu pregnant ke tak, tapi sebab utamanya nak detect awal kalau ectopic.

Selepas setahun tiada hasil, saya dan suami buat full fertility check up untuk tahu ada harapan ke tak.

Alhamdulillah kami berdua ok.

Kami decide untuk buat IUI untuk menambah peluang mengandung. Tapi sebelum IUI, doktor bagi ubat untuk tambahkan kesuburan.

Satu Clomid, satu lagi injection untuk besarkan ovum untuk ready menerima sperma.

Sebabkan ada satu je tiub fallopian yang berfungsi, so doktor akan monitor bulan bilakah waktu paling subur dan sesuai.

Perancangan Allah lagi baik dari perancangan kita.

Alhamdulillah after 2nd month makan Clomid, dan sebulan sebelum tarikh IUI, UPT positif.

Kitaorang decide untuk terus ke private (selain mental dan fizikal, duit antara benda yang kami kena readykan sebelum decide nak pregnant lagi).

Kali ni kami terus decide ke klinik/hospital private, sebab dia akan scan je walaupun awal dan machine yang dorang ada kadang-kadang lebih sensitif.

Alhamdulillah kuasa tuhan, kali ni scan nampak ada sign positif walaupun samar sebab awal lagi.

Kitaorang pergi scan untuk beberapa minggu lepas tu untuk pengesahan.

Alhamdulillah sekarang baby tu tengah nak pandai berjalan dah.. hehe.

Alhamdulillah.

Pengalaman 4 kali mengandung antaranya 2 kali ectopic, sangat menguji iman kami suami isteri.

Bila diuji kena ectopic waktu kami tak ready, rasa bersalah, kerisauan dan kesedihan tu memakan diri rupanya.

Lupa dah tempat bersandar yang utama.

Ujian ni buat kami sedar, nak letak benih(baby) di tempat sepatutnya pun manusia tiada kuasa. Dan apatah lagi kalau dia berjaya membesar dan hidup, maka sungguh Allahlah yang memilih dia untuk hidup.

Besarnya nikmat kejadian seorang manusia tu.

Dulu selalu tak rasa bila Allah mention tentang hakikat kejadian manusia dalam Quran.

Paling utama sekali kami reflect, Allah telah memilih kita untuk hidup, dan sejauh mana kita memilih Allah dalam setiap perjalanan kehidupan kita.

All the best semua wanita yang struggle nak anak di luar sana, i feeelll youu.

Dapat anak atau tidak telah pun ada dalam pengetahuan Allah.

Namun setiap usaha dan doa kita pasti di ganjariNya.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *