2 Jenis Perempuan Yang Aku Selalu Jumpa

Assalamualaikum semua.

Macam tajuk kat atas aku nak describe 2 jenis perempuan basic on my experience. Sebenarnya banyak jenis tapi aku nak describe dua jenis ni je.

1. Introvert

Korang tahu kan introvert ni jenis yang tak boleh go on dengan lelaki. This is absolutely me! Dari sekolah rendah lagi memang aku sangat sangat kurang berkomunikasi dengan lelaki. Jangan cakap aku lesbian pulak kang aku bagi back hand, nak?

Aku seorang pelajar aliran agama. Dari sekolah menengah sampai ambik degree aku ambil jurusan agama. Tapi aku bukan ustazah. Hanya perempuan biasa ye. Alhamdulillah masih menutup aurat dengan sempurna.

Hidup aku hanya dikalangan wanita. Aku dengan member perempuan boleh mengilai jugak la tapi dengan lelaki menikus.bukan bajet alim tau tapi asal jumpa lelaki jek automatik tangan kaki shaking habis.peluh merecik weh. memang aku tak pernah ada kawan lelaki yang sebenar-benar kawan. Kalau kawan sekelas tu atas nama kawan sekelas jela tak pernah bercakap pun.

Lelaki dalam hidup aku hanya keluarga dan suami. Suami adalah satu satunya lelaki yang aku pernah bercakap selain keluarga okey. Maksudnya bercakap tanpa rasa terpaksa . Yang aku berani bertentang mata. Itu yang dari mata turun ke hati. Haha jangan meluat.

Rasanya sebab penyakit ni lah aku tak boleh nak kerja. Dulu pernah jadi guru ganti kat sekolah. Bila kena kerja dengan cikgu lelaki dalam satu kumpulan,MashaAllah tak tentu hala weh. Semua kerja serba tak kena. Sebab malu nak bincang dengan cikgu lelaki. Bukan nak menggedik wey seriously memang aku macam tu. Tolonglah faham. Haha!

Entahlah sampai bila aku macam ni. Ada penyelesaian tak??

2. Perempuan peramah

Ni jenis adik aku. Dia memang peramah tapi tak over.kawan lelaki memang ramai. Plus dia comel kecik molek ( juling mata ke atas.. Haha!) ramaila lelaki nak berkawan .

Adik aku sekolah menengah harian. Aliran seni. Sampai stpm sahaja. Tapi adik aku ni solat tak pernah tinggal. Rajin baca quran. Cuma pakaian dia macam budak budak muda sekaranglah. Aku pernah tegur tapi macam tu jugak. Ikutlah kau dah cukup besar nak beza dosa pahala.

Bab kawan lelaki macam aku cakap dia ada ramai tapi setakat kawan saja. Tak pernah lebih. Dia cakap tak terbuka hati lagi. Dalam fon ramai list nombor kawan lelaki tapi tak contact pun.kalau member tu tak start dulu memang dia langsung takde niat nak start.

Dia cakap aku lebih selesa berkawan dengan lelaki biarpun yang jenis masuk air.kawan perempuan ni kebanyakannya talam dua muka mulut puaka. Haha. Lantak kau lah!

Bagi aku adik aku ni biarpun ramah dengan lelaki banyak kawan lelaki ( jauh sangat beza dengan aku) tapi dia sangat pandai jaga diri. Kawan setakat kawan takde sampai keluar dating melepak bagai.

Alhamdulillah semua berkat didikan mak abah terutama abah aku yang sangat membataskan pergaulan lelaki dan perempuan.

Suami aku satu-satunya lelaki yang aku ajak datang rumah terus kenal mak abah dengan niat nak menikahi aku. Sekali tu jelah suami pernah datang sebelum kahwin. Itu pon abah aku pandang suami macam nak telan haha.

Adik aku? Walaupun dia ramai kawan lelaki sumpah tak berani ajak datang rumah kecuali raya. Tu pon seorang tu jelah dia kenalkan pada kami. Yes tahun depan dorang dah nak kahwin. InshaaAllah!

Habis dah la. Dua jenis ni je aku boleh describe sebab jadi kat aku dan adik. Yang lain orang lain lah describe kan.

So korang prefer yang mana? Edit

– < Hamba Allah >

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit