Assalamualaikum. First time aku hantar confession di sini. Aku peminat page ni sebab aku dapat tahu banyak kisah dari pelbagai perspektif. Berbalik pada kisah aku.
Aku berumur tengah 20an. Berkahwin tahun lepas. Kiranya perkahwinan aku belum menginjak usia setahun. Aku bukan la dalah kategori yang begitu teruja untuk ada anak cepat-cepat lepas kawin.
Even sebelum kahwin aku berkira kira untuk merancang dahulu hehe sebab lepas kahwin aku baru ada kesempatan kemana berdua dengan suami kan. Itu perancangan awal aku.
Tapi seorang kakak senior ada pesan kalau nak honeymoon dulu, nak merancang jangan ambik ubat perancang sebab kita tak tahu tahap subur macam mana.
Dan aku setuju. Aku tak ambik sebarang ubat ap pon.
Aku tak menolak kalau ada rezeki awal aku pon happy saja sebab husband aku memang nak anak awal sebab dia kata nanti tak terlalu tua nak besarkan anak. Dan aku juga setuju. Boleh dikatakan aku 50-50 ada tu ada la. Tak nak rush.
Alhamdulillah lepas kawin, aku bunting pelamin. Aku terkejut masa tu bercampur takut hehehe. Sebab ta sangka dan terkejut secepat tu.
Alhamdulillah aku happy saja makan vit untuk baby. Husband pon happy. Plan asal kami nak Pjj, husband batalkan dan dia ikut ak besama.
Katanya risau aku yang berbadan dua ketika itu. Tapi aku tak tahu mana silapnya, baby tak ada heartbeat masa pergi scan pada minggu ke 8.
Aku sedih tapi husband tenangkan. Aku menyalahkan diri mungkin masa kemas bilik nak pindah jadi punca? atau cara aku makan salah?
Aku berteka teki. Seminggu selepas itu janin keluar dgn sendiri. Tak perlu D&C. Alhamdulillah aku takut nk masuk bilik operation :>
Okey. lepas tu silap aku jugak sebab tak rancang dulu. Belum sempat aku period lepas gugur kali pertama. Aku mengandung lagi. Bahagia bukan kepalang.
Saat ini aku bukan seperti mula2 kawin dulu, aku betul-betul happy dan harap baby kali ini membesar dengan baik. Tapi ALLAH lebih sayangkan dia. ALLAH ambik balik baby kami masa usia dia 10 minggu.
Entah dimana silapnya aku sendiri tak tahu. Aku dah google macam-macam. Tapi Allah sayangkan baby kami lgi. Kali ini aku rasa dunia aku melayang. Hari-hari aku nangis. Suami peluk tenangkan aku.
Aku tahu dia pon sedih sebab masa aku nangis aku nampak matanya berkaca-kaca. Dua kali aku hilang baby. Dua orang baby kami. Terasa perit untuk aku terima. Hari-hari aku nangis.
Teringat kembali setiap macam kali berdua doa kesihatannya dalam solat. Suami bimbang aku tertekan dan bimbang aku depress. Kami decide pergi bercuti.
Dan sekarang ni aku tak aktif sangt dalam social media sebab aku dah tak boleh dengar kawan atau sesiapa yang aku kenal mengandung.
Bukan aku dengki tapi tapi tiap kali itulah aku teringatkan both of my babies. Mama miss you both. Walaupon seekejap tapi naluri ibu telah hadir dalam diri aku untuk mereka berdua.
Doc suggest untuk tunggu 3-4 bulan sebelum rancang untuk hamil lagi.
Kalau government, 2 kali gugur berturut doc tak proceed dengan ujian lanjut. Mereka hanya proceed ujian lanjut lepas 3 klau gugur berulang. Itu kata doc pada kami. Dan aku akur sahaja.
Lepas 3 kali period aku dah mula merancang siap buat Opk lagi yang aku baca untuk bakal ibu yang TTC. Aku try buat. Tapi tak menjadi. 6 hari lewat siap naik faint line lagi.
Sebelum ni period aku tak pernah lewat biasa delay 1-2 hari sahaja. Aku dah mula berharap.
Tapi belum ada rezeki. Mungkin faktor stress sebab aku terlalu memikirkan.
Setiap hari, aku baca article/ blog tetang pregnancy journey atau mencari sesiapa yang berpengalam ada cerita sepertiku. Tapi jarang jumpa. Aku cuma nak tahu apa yang kalian lakukann untuk pregnancy yang sihat nanti.
Sekarang aku dah start ambik folic acid. Masa pregnant haritu doc bagi ibaret folic acid dan aku teruskan sampai skg. Aku makann kurma ajwa, susu anmum setiap malam.
Aku sebenarnya takut. Memang aku sedih period aku datang harini sebab aku ingat ada chance untuk pregnant. Tapi pada masa yang sama aku takut untuk pregnant. Aku takut kejadian yang sama berulang lagi.
Ibu ibu yang pernah mengalami macam ak, boleh tak bagi pendapat atau cerita pengalaman yang kalian amalkan untuk kandungan akan datangm dari segi makanan, atau pon petua lain. Aku nak sangat luahkan kan ma (ibu) aku. Tapi ma dah meninggalkan aku.
Awal tahun lepas. Ma dapat tengok aku tunang saja. Klau ma masih ada mesti ma tahu nk tolong aku. Aku rindukankan ma. Aku rindukan baby aku dua2.
Aku letak nama juga untuk mereka berdua sebab aku ada dengar ustaz kata baby gugur elok letak nama walupon berapa minggu. Pertama nama Muhammad, kedua nama Abdullah. I miss all of you.
Kakak kakak sekalian, bantu aku, aku ingin jadi ibu yang baik jugak. Macam arwah ma aku jaga dan besarkan aku. :) Dan mohon kata-kata semangat juga ya. Thanks :)
– Seroja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit