2 Kali Putus Tunang

Saya suka baca confession ‘He clipped my wings’ (https://iiumc.com/he-clipped-my-wings/), sebab kisah sama berlaku seperti saya cuma saya agak tidak bernasib baik.

Kali pertama pertunangan dari orang kampung yang sama, saya terburu buru mengambil keputusan untuk ikat tali pertunangan disebabkan seronok lihat ramai kawan- kawan yang sudah berkahwin.

Walaupun ketika itu saya masih study saya tetap berusaha mencari duit dengan menjadi agen atau dropship untuk membantunya.

Namun disebabkan alasannya kerana keadaan saya yang masih study dan berjauhan dengannya disamping ada kawan lama masih mengejar dirinya yang agak stabil lalu dia memutuskan tali pertunangan dengan saya dan bernikah dengannya.

Ya, saya hampir meroyan larikan diri dari asrama kolej untuk bertemu dengannya tetapi dipujuk oleh ibu bapa saya untuk saya terus tabah.

Setelah setahun lebih selesai study, saya mengambil keputusan bekerja di bandar dan luar dari kampung agar tidak bertemu dengan dia lagi di kampung.

Saya mengambil kursus mengenai pekerjaaan saya, saya bertemu dengan ex tunang saya yang kedua. Saya hanya berkawan pada awalnya dan menjadi serius.

Disebabkan dia dari negeri K, keluarga saya tidak mempercayai hubungan saya dengannya. Namun saya menyakinkan keluarga saya dan seterusnya kami mengikat tali pertunangan.

Setelah bertunang, barulah nampak perangainya yang sebenar. Selalu memaki dan mencarut apabila dia dalam keadaan marah.

Saya ditawarkan pekerjaan di tempat baru dan dia pula dibuang kerja kerana PKP. Saya seorang yang workaholic, suka membuat OT bila ada masanya.

Dan saya terpaksa menanggungnya kerana saya percaya dengan alasannya masih mencari kerja. Saya sanggup naik grab dan berikan skuter saya untuk kegunaannya mencari kerja serta belanja wang kepadanya.

Saya juga yang selalu mencarikan kerja untuknya namun dia agak memilih lebih2 lagi kalau sebagai ‘operator kilang’.

Namun makin hari saya semakin tawar hati dengannya namun saya risau untuk memberitahu keluarga saya kerana saya tidak mahu mereka kecewa lagi kali kedua.

Lalu dia membuat keputusan untuk balik ke negerinya untuk mencari kerja disana serta memulangkan semula skuter kepada saya.

Pada hari pertama saya menggunakan skuter saya untuk ke tempat kerja, saya dapati skuter saya dalam keadaan tidak elok dan akhirnya saya kemalangan.

Apabila ayah dan abang saya membawa skuter saya di bengkel dan orang bengkel memberitahu mereka bahawa skuter saya dah lama dalam keadaan rosak.

Roadtax saya pun dia tidak memperbaharui dan saya tidak boleh untuk membuat tuntutan insuran.

Malah, apabila ayah saya ingin menghidupkan roadtax, terdapat saman daripadanya iaitu tiada lesen dan roadtax mati. Dia berjanji untuk membayar semula kepada ayah saya mengenai samannya itu.

Semasa saya baru tersedar dari koma, saya tersilap langkah meminta tolong dan mempercayai dirinya untuk topapkan kredit ke no telefon saya melalui ‘MAYBANK2u’’,

Apabila saya menerima dua no tac di mesej saya dan dia meminta kedua2 no tac kerana dia memberitahu tac yang pertama tidak berjaya padahal rupanya tac yang pertama itu adalah untuk membuat akaun bank nya sebagai favourite.

Dan esoknya saya dapati duit gaji dan simpanan saya sudah dipindahkan kepadanya. Saya terkedu dan menangis. Saya sudah tidak tahan dan menceritakan kepada keluarga saya.

Dia pula hanya mampu meminta maaf kerana terdesak untuk membayar hutang kawannya dan berjanji untuk membayar semula.

Malahan duit belanja ayah saya kirimkan kepada saya untuk membayar komitmen saya juga dia sempat ambil dalam akaun saya sebelum saya sempat untuk menukar kata laluan.

Hari makin hari saya semakin tawar hati, dan dia asyik memujuk saya untuk memperbaiki semuanya namun dalam masih yang sama masih meminta wang daripada saya.

Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk putus dengannya. Dia terus memaki dan mencarut saya dengan keputusan saya.

Btw, nama saya juga blacklist disebabkan saya yang bodoh mempercayainya untuk dia menggunakan nama saya bagi mengambil telefon bayar secara bulanan,

Namun hanya saya saja yang membayarnya dan akhirnye saya tidak mampu untuk membayarnya menyebabkan nama saya blacklist.

Setelah putus dengannya, dia berjanji untuk membayar segala hutangnya dengan saya serta keluarga saya, namun janji hanya tinggal janji.

Saya juga yang dimaki apabila ingin menuntut hutang saya. Sedangkan dia berbahagia updat gambar bersama gf barunya tanpa rasa bersalah mengenai hutangnya kepada saya.

Akhirnya saya pasrah dan redha dengan segalanya namun saya masih tidak menghalalkan hutangya kepada saya.

Alhamdulillah rezeki saya semakin murah. Dulu saya selalu tiada wang simpanan dan selalu dipersoalkan olehnya untuk memberi wang kepada ibu bapa.

Saya juga selalu kekurangan wang walaupun asyik ot kerana perlu menanggungnya. Namun kini saya sudah mampu itu membeli apa saya ingin dan pergi kesana sini.

Saya juga mampu memberikan wang kepada kedua ibu bapa serta membelikan apa sahaja mereka mahu.

Simpanan alhamdulillah saya dah mampu untuk sediakan. Kereta juga saya mampu ambil walaupun secondhand disebabkan nama saya blacklist untuk mengambil yang baru.

Jadi buat semua berhati- hati lah dalam memilih lelaki. Janganlah jadi bodoh seperti saya. Biaralah apa orang cakap kita sebagai perempuan terlalu memilih asalkan tidak tersalah pilihan.

Saya berharap dan doakan agar kita semua dipermudahkan urusan dan bertemu jodoh yang baik. Doakan saya dibukakan hati untuk kenal semula dengan lelaki dan diberikan jodoh yang baik. InshaaAllah Aamiin.

– Syasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *