Salam.
Adoiii.
Memang adoi betul zaman sekarang.
1. Salahkan cikgu.
Anak tak dapat A, salahkan cikgu. Anak ponteng sekolah, salahkan cikgu. Anak datang lewat sekolah kena denda duduk atas tar pun marah cikgu. Pebenda kau? Kau hidup zaman bila? Duduk atas tar tu heaven kot! Pernah rasa duduk atas rumput basah? DUDUK kot! lagi best dari yang kena berdiri satu jam perhimpunan tu. Kau nak denda macam mana? Iring guna kompang duduk atas pelamin?
2. Salahkan doktor
Ni lagi satu hal. Kau demam 37.5celcius, mintak MC doktor tak bagi. Salahkan doktor. Kau kerja apa? Angkat batu kat kuari? Setakat menaip depan komputer tu memang tak la. Kau baca tak content MC tu? “Not fit for work”. Kau rasa??
Ada kes baru. Ibu tunggal melecur 80% sebab alergi ubat sawan. Salahkan doktor. Kau faham tak alergi? Sebelum kau maki doktor-doktor Malaysia ni kau ada google dulu tak Steven-Johnson Syndrom? Aku bukan doktor. Tapi bukak la minda tu sikit nak faham apa orang cuba sampaikan. Ke dah takde ruang? Kau faham tak ALERGI? atau orang kampung panggil elejik? Kau nak suruh doktor tu test kat sapa sebelum bagi patient? Aku ada alergi udang. Takkan aku nak test udang tu kat kau untuk tahu aku ada alergi ke tidak? KAU BOLEH MAKAN BELUM TENTU AKU BOLEH MAKAN. DAN AKU TAKKAN TAHU AKU ADA ALERGI SELAGI AKU TAK CUBA MAKAN. Faham tak??
Ni sekarang top 2 profession yang hari-hari side job dia makan maki orang ramai. Aku pernah kerja dengan kerajaan. Jadi, aku tahu macam mana manjanya rakyat Malaysia ni. Semua benda nak kena educate. Semua benda nak kena ajar satu-satu. Kau tahu tak masih ada manusia di Lembah Kelang ni yang tak tahu beza lorong Touch n Go dan Smart Tag. Ya, aku pernah berada di belakang kereta tu. Dan aku hanya mampu sambung karaoke dalam kereta walaupun moog nak nyanyi lagu Sudah ku Tahu terut mati begitu sahaja.
Come on, people! Sekarang, semua info di hujung jari je. Baik cikgu, doktor, atau profesyen lain pun, semua ada skop tugas masing-masing dan semua ada kepakaran masing-masing. Bila doktor marah korang virulkan benda-benda yang tak betul pasal dorang, korang kata doktor cepat melenting. Belajar tinggi pun tak reti cakap elok-elok. Harap je otak bijak perangai teruk. Kau tak sedar kau pun memaki doktor tu. Ada tu siap S**L, B**I doktor tu. Fuhhh
Kalau taknak hormatkan orang lain, profesyen orang lain, dan hasil kerja orang lain, PERGI DUDUK DALAM GUA. Semoga musang dan kelawar sudi terima korang. Assalamualaikum.
P/S yang jenis komen “sila meninggal” tu korang sedar tak itu satu jenis cyber bully? Kalau orang tu ada mild depression dan disebabkan korang cakap macam tu dia tambah depress dan bunuh diri macam mana? Jangan main-main dengan mental illness. Ya, bunuh diri tu haram, confirm masuk neraka. Tapi kau pasti kau masuk syurga?
– Abang Prihatin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit