2 Tahun Yang Percuma

Assalamualaikum, salam kenalkan aku A. Berumur 25, tahun ini. Dilahirkan di Johor Bahru. Aku nak ceritakan pengalaman dan perjalanan aku dalam mengenali seorang lelaki yang aku gelar B. Berasal dari negeri jelapang padi. Kami sebaya.

Aku singkat kan cerita ya. Aku menjalinkan hubungan dengan B selama 2 tahun. Aku selesa dengan dia dan dia boleh dikatakan selesa dengan aku. Kami banyak meluang kan masa bersama melalu video call, call setiap hari sebelum masing masing tidur.

Walaupun terpisahkan jarak Selatan dan Utara, tapi B tetap akan call dan cari aku setiap hari tanpa jemu. Melainkan dia di luar kawasan untuk berkerja.

Februari 2023, aku ke Georgetown untuk bercuti, lalu di kesempatan ini B datang ke Penang untuk meluangkan masa bersamaku menyambut early birthday celebration untuk aku sebelum dia balik ke Kedah semula pada malam hari.

Setelah dia sampai di rumah, dia call aku untuk mengatakan dia nak tidur, dan kami macam biasa sleep call.

Setelah 2,3 hari berlalu dan aku pun telah pulang ke Selatan, aku call B kerap kali sejak petang semalam nya lagi tapi tak ada jawapan. Whatsapp pun tak berbalas. Tapi telah ‘Bluetick’. Tipulah kalau aku tak risau.

Sampai pagi besoknya aku call call lagi. Parents B yang angkat call. Mereka kata B mengalami kecelakaan masa sedang kerja. Buat masa ni dia masih tak sedarkan diri.

Besoknya, aku melayari internet dan nampak B berkongsikan story di instagram tentang keadaannya ketika di hospital,

Yang membuat aku lagi terkejut, dia jugak me-repost salah satu story dari perempuan lain yang dikatakan kepada aku cuma kenalan dia. Dengan caption “thank you ada masa sebelum dan selepas sedar”.

Aku terkedu lalu aku membuat panggilan kepada B tapi masih dia tidak menjawab panggilan itu. Aku cuma ingin kepastian siapa yang dikatakan “kenalan” bagi dia dan siapa aku untuk dia.

Hakikatnya aku kenal siapa “kenalan” itu. Kak Hanim (bukan nama sebenar) pangkat kakak dengan B. Mungkin pada awalnya kakak angkat si B. Kak Hanim juga menyimpan perasaan terhadap B. Aku tahu itu.

Keesokan harinya selepas aku dapat tahu dia dah keluar hospital, aku call lagi dan dia jawab. Lalu aku terus tanya soalan bertubi tubi kepada dia apa maksud semua yang dah jadi. B cuma cakap, “nanti I explain, kepala i masih sakit jangan buat i stress” lalu panggilan dimatikan.

Aku marah tapi untuk usia begini, aku mula berfikir secara rasional, apa yang jadi ada sebab dan kali ini aku harus bersabar dan memberi B ruang untuk berehat dan berfikir untuk menjawab di kemudian hari dengan aku.

Hari demi hari, masih tiada jawapan dari B, lagi teruk saat B di hospital, adalah saat ulangtahun aku.

Jadi oleh sebab mungkin aku sudah hampir hilang sabar diminta diam dan bersabar sedangkan aku tidak tenang dengan keadaan ini aku membuat keputusan untuk ke negeri kelahirannya, Kedah.

Tepat pukul 6 pagi aku bergerak ke Kedah dari Johor Bahru.

Sepanjang aku ke sana aku tawakal dan tiada sebarang mesej dari aku ke B tentang hasrat aku ingin ke sana, kerana bagi aku buat masa ini aku tak ingin menghubungi B.

Jadi aku beli satu nombor phone untuk aku menghubungi B menyamar menjadi kurier servis.

5.45 petang aku sampai di kawasan tempat tinggalnya dan aku mengirim pesan kepada B di whatsapp. Lalu B menjawab dan dia juga berkongsi alamat nya di whatsapp.

Kebetulan hari yang aku tiba di Kedah adalah hari ulangtahun B. Sempat aku beli kek dan terus menuju ke rumahnya.

Sampai di perkarangan rumahnya, aku lihat susuk tubuh B baru pulang dari kerja, aku call lagi B untuk memberitahu yang aku telah sampai dan B ke kereta aku, kerana aku tidak ingin Ayah B melihat aku.

Alangkah terkejutnya B melihat aku sampai di depan perkarangan rumahnya. Lalu terus dia masuk ke tempat penumpang hadapan, dan terus dia keluarkan ayat, “awak betul betul gila ya?”

Lalu B menyuruh saya untuk keluar dari kawasan itu dan kami ke kawasan pekan kecil di kawasan itu.

Saya menyatakan tujuan saya datang, satu kerana menyambut hari ulang tahun dia, kedua adalah kerana saya pun nak kepastian dan keterangan tentang hubungan yang telah kami jalani selama 2 tahun ini.

B beli makanan dan kami makan dalam kereta dan serba sedikit dia menceritakan apa sebab dia terlibat dalam kecelakaan. Setelah selesa berborak saya mula bertanya dengan dia tentang “kenalan” perempuan yang dikatakan tempoh hari, Kak Hanim.

Satu ayat yang keluar dari mulut B cuma, “apa pendapat awak kalau saya kahwin dengan orang yang lebih berusia?”

Saat itu, aku mungkin telah mengikhlaskan setiap apa yang bakal terjadi, lalu aku katakan, “kahwinlah, lagipun Kak Hanim dan umur berapa kan? Dia tak banyak masa dah, dia kena kawin dan ada anak.”

Sebelum aku menyambung ayat lagi, B cakap “dah, jangan cakap lagi benda yang menyakitkan hati”. Lalu perbualan tentang Kak Hanim mati di situ.

Aku cakap dengan B aku nak balik JB harini jugak. Tapi B berkeras untuk aku stay di Kedah satu malam lagi sebelum aku balik pagi besok.

Pagi itu aku pulang ke JB. Sempat aku sharekan live location kepada B, kerana dia sempat bertanyakan lokasi aku ketika aku dalam perjalanan pulang.

Kisah itu tergantung disitu sahaja. Tiada jawapan dari B siapa aku dihati dia dan siapa Kak Hanim bagi dia, tapi soalan yang dia tanya, aku tahu ada maksud lain.

Lalu kehidupan kami diteruskan macam biasa, setiap hari dia akan call aku dan video call aku tanpa jemu.

Sampai 2 minggu selepas kunjungan aku ke Kedah itu, aku lihat keluarga B menghantar ‘tanda’ ke rumah Kak Hanim. Mungkin salah satu tanda ke langkah seterusnya. Mungkin.

Aku tidak tanya kan apa apa kepada B selepas aku lihat itu. Dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sampai satu malam pada bulan April, aku lihat perkongsian di instagram tentang persiapan pertunangan mereka.

Dalam diam diam B meneruskan hidup dengan aku berbekalkan call dan video call tanpa jemu tiap hari, rupanya dia juga menyediakan persiapan pertunangan dengan orang lain iaitu Kak Hanim.

B mendiamkan diri selama 5-6 hari selepas hari pertunangannya. Tapi, dia masih pulang ke pangkuan aku untuk call dan video call sebelum tidur, rutin yang sama sebelum dia bertunang dengan Kak Hanim lagi.

Bodohnya aku pada saat itu mungkin kerana rasa sayang yang tinggi terhadap B aku cuma menutup sebelah mata yang hakikatnya tunangan orang. Hari demi hari berlalu routine kami masih sama. Dan B kekal sama.

Mei 2023 aku ke Kedah, melawat pakcik makcik aku kebetulan mereka satu kampung dengan B. Sempat aku berjumpa B pada malam sebelum aku pulang ke JB.

Petang itu aku melihat perkongsian teman baik Kak Hanim tentang kad undangan yang dikirimnya, terletak di situ tarikh pernikahan B dan Kak Hanim.

Pernikahan B dan Kak Hanim akan berlangsung pada June 2023. Sedih yang tak dapat ditahan tapi walau bagaimanapun hidup harus diteruskan.

Secara tak langsung inilah malam terakhir aku melihat B di depan aku sebelum kami berpisah dan memilih haluan masing masing.

Aku tahu bersua empat mata dengan tunangan orang itu salah, tapi B juga tidak sedar dia juga tidak sepatutnya berjumpa dengan aku kerana dia tunangan orang.

Sebelum kami berpisah sempat aku bersalam, peluk dan dia berikan ciuman di dahiku seperti selalu sebelum kami berpisah ke kehidupan masing masing macam ketika dia masih kekasih aku.

Keesokan harinya, dengan berat hati aku memandu pulang ke JB untuk meneruskan kehidupan.

4 hari sebelum B bernikah sempat kami berbual, dan saya bagi nasihat untuk setia setelah dia menjadi suami orang, aku anggap itu cuma perbualan antara kawan baik dengan kawan baik.

Kerana hakikatnya B memang kawan yang baik bagi aku. Selebihnya aku jugak tidak ingin bermusuh, walaupun pada hakikatnya aku sedih dan aku tahu siapa yang merebut siapa.

Hari hari berlalu, mereka telah selamat diijab kabul. Aku mengurung diri di bilik selamat 3-4 hari ketika upacara dilangsungkan kerana dalam situasi begini, aku tidak mahu ibu ayah aku melihat aku dalam keadaan ni. Siapa yang tak sedih kekasih hati di gengaman orang?

Sebulan dua berlalu setelah B kawin dan bergelar suami orang, dia masih like gambar yang aku kirimkan di story instagram dan masih tidak jemu me-reply story aku. Mungkin bagi dia juga hubungan sebagai kawan tidak salah. Tapi tidak bagi aku.

Setelah dia makin kerap dia like dan reply story, sempat dia buat video call kepada aku untuk bertanya khabar. Aku masih menyambut dia dengan tenang sebagai kawan. Tapi, rasa sayang aku semai untuk B masih kekal sampai ke hari ini.

Itulah kali terakhir kami berbual. Aku menghentikan semua. Aku block dia semua tempat dan segala kerja yang melibat kan B juga aku terhadkan supaya tidak ada lagi apa apa urusan kerja yang harus aku teruskan bersama B.

Setahun berlalu, Mei 2024 dengarnya B dan Kak Hanim baru menimang cahaya mata. Aku tidak pernah kesalkan tempoh 2 tahun yang percuma dan sia sia yang telah aku luangkan bersama B. B juga banyak berkorban untuk aku dan dia juga merupakan teman yang baik. Baik sangat.

Jarak dan arah kami berbeza. He is my core brain, energy booster and he also my Mummy’s favourite.

Untuk B, Saya masih dan akan sayang awak sampai bila bila, kenangan manis akan terpahat selamanya dalam hati saya. Semoga sihat selalu dan bahagia di samping isteri dan malaikat kecil yang tersayang ya? Doakan saya jumpa bahagia yang saya tunggu tau. Assalamualaikum.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Klu dh sampai peluk cium tu mesti dah penah terlanjur

    Klu lelaki tu baik. Dia akan pilih kamu

    Dia hanya jadikan mu tempat percuma saja

    Ape pun semoga awak bahagia

  2. B buat awak stok hilang bosan dia je. Tak lebih dari tu. Bagusla awak block dia, nanti kalau dia cari awak lagi sbb bosan dgn bini dia, jangan layan k.

  3. Jangan setia pada lelaki mcm tu. Know your worth sayang. B a better person, have your boundaries. Salam, peluk, cium tu tak patut buat dia bukan suami hang. Tinggalkan benda² camtu. Maaf, ex saya ajak pegang tgn mmg saya mintak break. Lelaki baik takkan sentuh perempuan yg bukan muhrim.

    Elok² break up, berapa bulan pastu kahwin dgn org lain. Bersyukur dia tak pernah sentuh kita, and kita selamat dari dia. Tuhan nk tunjukkan dia bukan org yg baik.

    Dik, hang tu dia tabor janji. Mulut manis, konon sayang. Dia just nak hold hang jadi spare part. Jgn jadi bodoh, angkat kaki ja. Cut off terus. Block. Dia dah kahwin. Esok² dia mai balik, hang kena tuduh rosakkan rumah tangga org. Padahai dia gatai teloq.
    Lelaki yg sentuh² kita sblm kahwin, dia tak respect kita. Come on girl. Perempuan kena ada harga diri. Bukan senang² org nak pegang, nak jadi tempat lempias nafsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *