Dilemma Awal Tahun

Maafkan aku jika cara penulisan susah difahami. Aku harap kawan- kawan di iium confessions boleh memberi pendapat dan komen yang murni.

Nama aku Carmilla (bukan nama sebenar). Aku tinggal di bandar teknologi di Selangor. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Anakku berumur setahun lebih.

Anak aku ni waktu lahir ada sakit meningitis and pneumonia. Kedua dua ni terjadi sebab ada jangkitan kuman pada paru-paru dan otak.

Alhamdulillah sekarang anak aku sihat. Lepas je pantang, mak aku tolong jaga kan anak aku masa aku pergi kerja.

Bila anak aku dah 7 bulan aku start hantar anak aku ke nursery. Nursery ni agak terkenal di kawasan tempat tinggal aku. Yuran pendaftaran almost RM3000 dengan bayaran bulanan RM700.

Baru 3 hari hantar ke nursery, aku perasan banyak kesan lebam di badan anak aku. ada lebih kurang dalam 7 lebam. Anak aku demam panas selepas 3 hari hantar ke nursery.

Disebabkan demam, aku tak hantar pergi nurseri dan sebab policy nursery tak boleh hantar kalau anak tak sihat. Aku tak sedap hati, terus sembang dengan husband, takkan anak kita kena dera kot abg.

Nursery ni famous and teacher nya nampak baik sangat. Aku bawa anak aku pergi ke satu clinic dan private hospital. doctor memgesahkan ada tekanan yang kuat menyababkan lebam, which is cubit. Surat referral diberi untuk buat pemeriksaan di hospital kerajaan.

Dalam masa yang sama aku whatsapp dengan principal nursery, nak jumpa untuk tanya berkenaan hal ni. Principal tu nampak terkejut bila aku tunjuk keadaan anak aku. Dia cakap dia akan lakukan siasatan.

Malam tu aku dapat whatsapp dari principal tu, dia ajak jumpe esok. Then waktu jumpa tu dia cakap teacher tu mengaku dia ada pukul anak aku. Aku apa lagi mengamuk bagai nak rak.

Teacher tu mengaku salah dan minta maaf. Alasan diberi sebab dia stress anak aku kuat menangis. Selepas dapat tahu apa yang terjadi, kami terus pergi ke balai polis untuk buat report.

Kami suami isteri tertanya-tanya apa yang dilakukan kepada anak kami, sampai boleh lebam macam tu. Kami minta pada nurseri untuk tengok full cctv dari mula aku hntar anak aku, sampai lah hari terakhir.

Nurseri ni pada mulanya nampak macam nak beri kerja sama. Pihak nurseri cakap dia akan bagi kemudian disebabkan ada prosedur tertentu. Pihak polis bagitahu kami bahawa dia orang dah dapat footage cctv berberapa minit kejadian itu.

Daripada apa yang diceritakan polis, anak aku di tampar berberapa kali, di tolak kepala dan di cubit. Kami minta untuk tengok video tersebut tapi video tersebut sudah di hantar ke unit forensik. So tak sempat kami nak tengok.

Polis pun suruh kita orang mintak je direct dengan nurseri, lagipun kami nak tengok full footage from day 1 until day 3.

Polis hanya mempunyai video berberapa minit sahaja. Kami pun follow up berhari hari. Macam macam alasan diberi. Tak tahu apa yang disembunyikam sangat.

Tiba tiba, satu hari aku dapat surat lawyer. Surat notis henti gangguan. Terkejut kami suami isteri, pelik kenapa kami dapat surat ni.

Surat tu mention kami kena stop ganggu nurseri tu, kalau tak kami akan di ambil tindakan. Terkejut kami. Kami minta nak tengok cctv je pun.

Maybe dorang annoying dengan kami sebab selalu follow up. Tapi dia orang tak sepatutnya buat macam tu dalam keadaan kami macam ni. Kami di layan macam orang yang salah.

Aku pun call lawyer dia orang tu. Lawyer tu cakap dengan aku apa apa nak berurusan dengan nurseri kena melalui dia. Dan kena hire lawyer untuk cakap dengan dia.

Aku marah betul time tu. Lawyer dia siap cakap kat aku, sekarang ni banyak je lawyer murah2. Sinis betul dia cakap dengan aku macam tu. Macam padang rendah betul pada aku dan husband.

Disebabkan sikap angkuh lawyer and nurseri tu aku ambil keputusan untuk saman nursery tu. Sebenarnya kami saman ni lebih kepada sebab geram dengan layanan nurseri tu kepada kami.

Untuk pengetahuan korang nurseri ni asyik cakap dia tak de kena mengena dengan kes dera ni, sebab yang pukul anak aku tu pekerja dia. Dorang memang nak lepas tangan.

Selepas kejadian dera tu, anak aku memang sangat trauma. Macam takut dengan orang. Dia hanya nak kepada aku, suami dan mak aku.

Anak aku juga selalu terkejut semasa tengah tidur. Menangis dengar bunyi kuat. Takut dengan sesetengah cartoon yang ada tunjuk part gaduh-gaduh. Doktor psychology pun dah mengesahkan itu adalah disebabkan trauma.

Disebabkan covid, kes saman sivil dan criminal agak lambat berjalan. Lepas setahun aku baru dapat update dari pihak polis.

Semalam aku dapat kol dari polis, dia bagitahu harini pertuduhan akan dibaca kan di makhamah. Tiba tiba tengah hari tu aku dapat whatsapp dari teacher yang pukul anak aku.

Dia ajak jumpa and merayu mintak maaf. Mintak aku tarik balik kes. Dia cakap dia orang susah, tak mampu bayar denda kalau disabit kesalahan.

Aku tanya dia kenapa sekarang baru nak contact aku. Dia cakap sebab bekas majikan dia which is nurseri tu tak benarkan dia contact dan mintak maaf dengan kami. Actually dia dah lama nak contact kami.

Pelik kan dengan nurseri ni apa yang dia tak puas hati sangat dengan kami. Kalau tak salah tak perlulah buat macam ni, dengan full cctv tak nak bagi. Aku syak nurseri ni ada hide kan something jugak.

Tadi polis tu kol aku lagi. Dia cerita about teacher yang pukul anak kami tu. Dia membebel jugak dekat teacher tu, why tak contact kami sejak awal2 kes untuk mohon maaf, pujuk kami.

Kami baru dapat tahu dari polis tu, sekarang teacher tu dah ada anak. Masa dia pukul anak aku tu, dia tengah mengandung dalam 2 bulan.

Kalau dijatuhkan hukuman maximum penjara 20 tahun. Jumlah denda pun agak tinggi. Bukti semua cukup, memang high potential akan disabitkan kesalahan. Aku dan suami terus rasa kesian dekat anak teacher tu. Tak sanggup kami nak pisahkan anak dengan ibu nya.

Sebenarnya masa kami tengok dia kena tahan reman dulu, pun dah terbit rasa kesian sikit dekat hati. Tak sangka aku dan suami boleh buat orang sampai masuk lokap. Tapi waktu tu bila tengok keadaan anak, cepat je kesian tu hilang.

Tapi sekarang anak kami dah okay. Trauma dia pun dah tak teruk. Cuma psychology doctor cakap still kena monitor development dia betul2.

Kami dalam dilemma whether kami perlu tarik report polis tersebut atau tidak. Kalau kami tarik, kes sivil kami akan terjejas sebab kami memang nak saman nursery tu. Geram sangat dengan tindakan dorang.

Tapi aku betul betul kesian dengan anak teacher tu. Dan sekarang aku dah faham kenapa teacher tu stress dan pukul anak aku. Aku time mengandung dulu pun emosi tak menentu.

Aku harap korang boleh tolong bagi pendapat. Wajarkah aku dan suami tarik balik kes tu.

Kalau disebabkan kami tarik kes polis akan memyebabkan problem kepada kes saman kami, adakah kami perlu redha je. Yang penting aku dan suami tak pisahkan sorang mak dengan anaknya.

Tapi di sudut hati kami, kami still tak puas hati dengan nurseri tu.

Maybe kami perlu tarik report polis tu dan patut lupa kan hal ni, kerana jika kami terus kan ni, akan memberi kesan kepada masa depan seseorang.

Kami sangat memerlukan pandangan anda.

Protective mother,

– Carmilla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *