2025 – Please Be Nice Namun Sebaliknya II

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, harap admin dapat siarkan kisah saya rentetan dari kisah pertama bulan Februari lalu, maksudnya 6 bulan lalu.. yang belum baca kisah pertama, ini saya sertakan link so pembaca boleh faham konteks asal..

https://iiumc.com/2025-please-be-nice-namun-sebaliknya/

Mood menulis hari ini agak syahdu sebab hujan dekat luar yang lebat betul, dan sambil saya sedang mendengar lagu “wake me up, when september end” slowed version. Ok cukupla mukadimah yang tak ada point ni.

Sekarang dah hampir pertengahan September 2025, dan 2025 masih belum tamat ujian saya malah makin complicated.

Berkenaan dengan urusan zuriat, kandungan saya dah pun gugur beberapa hari selepas artikel pertama dipublish dekat page ni, tapi alhamdulillah saya lebih tenang menjalani pantang alam keadaan tu, sehingga kini saya tak de lekat mengandung lagi maybe Allah tahu keadaan saya yang tak mengizinkan. Alhamdulillah saya redha dengan ujian ini.

Berkenaan tunggakan gaji, memang sampai hari ini tak dapat dan saya dah serahkan urusan tu pada Allah je, kalau bekas majikan saya ada duit dan memang sengaja tak nak bayar pada kami2 pekerja2 yang teraniaya, Allah Maha Adil..

Saya serahkan urusan tu pada Allah memandangkan JTK dengan JPP pun macam takde action towards my ex employer pun.

So saya masih teruskan freelance dan keadaan kewangan makin mencabar, job yang masuk pun sikit2 dan hampir tak dapat cover komitment yang dah tertunggak2, jadi saya decide 2 bulan lalu untuk hunting fulltime job yang sesuai dengan education level and experience saya.

Ini lah cabaran fasa terbaru saya iaitu Job Hunting – The Struggles is Real. Beratus resume saya hantar, every resume and cover letter saya akan tailorkan based on position dan out of beratus tu, cuma 3 interview saya dapat which is 2 gagal,

1 saya terpaksa tolak due to beberapa isu yang sensitif (religion issue). The rest sama ada ghosting terus, atau memang resume tu kena telan bumi.

Antara reason saya gagal IV adalah, umur yang dah masuk 40 an, dan ada anak, overqualified atau tak menepati ciri-ciri yang company cari which is fair la kecuali yang part overqualified.

Last position saya adalah Senior Manager, dan yang saya apply adalah level Senior Manager, Manager, Assistant Manager malah Executive dan Associate, expected salary pun below than my last one and in the range yang company advertise kan.

Tapi saya tahu kelemahan saya adalah sejak berlaku semua keadaan ini, keyakinan saya dah sangat-sangat kelaut. Skill komunikasi saya dah tak macam dulu,

Saya jadi anxious sampaikan saya akan tergagap2 time IV, itupun saya dah siap buat list soalan, mock IV dengan AI dan rehearsal tapi bila berdepan dengan panel IV, saya yakin yang ia tak dapat convincekan panel yang saya berkelayakan.

Saya tahu banyak saingan dengan candidate yang lebih muda namun sedar akan saingan tu, saya upskill kan diri, saya seorang yang up to date, tech savvy dan walaupun saya millenial, tapi saya bekerja lebih laju dan efektif sebenarnya, based on review dari client2 saya sebelum ni.

Saya berharap sangat untuk dapat secure fulltime job yang sesuai bulan September ni sebab sy dah buntu untuk nak clearkan tunggakan2 komitmen. Penat nak jawab dengan bank.

Saya harap sangat ade panel IV yang dapat bagi saya peluang untuk buktikan saya adalah calon terbaik dan bukan hanya judge berdasarkan gabra saya time IV, tapi saya tahu itu macam mustahil juga cuma saya serahkan urusan tu pada Allah sekali lagi.. jika itu rezeki saya, InsyaAllah dipermudahkan.

Saat ini saya dah mula rasa disconnected dengan dunia luar dan saya yang asalnya ambivert dan makin menjadi introvert. Allahurabbi…

Urusan rumahtangga yang sebelum ni bermasalah, masih dengan masalah yang sama, dan kemuncak nya adalah hujung tahun ini sama ada jodoh kami panjang atau sebaliknya dan itulah faktor utama saya sangat2 desperate untuk dapatkan pekerjaan tetap supaya dapat sara diri dan anak saya tanpa jadi bebanan pada siapa2.

So yeah, 2025 masih belum be nice dengan saya lagi dan saya menangis setiap malam mohon Allah hadirkan jalan terbaik buat saya dan kurniakan pekerjaan yang bermanfaat untuk saya, anak dan orang sekeliling, juga saya dapat clearkan hutang2 saya sebelum saya mati.

Urusan rumahtangga saya serahkan pada Allah sepenuhnya. Nak fight? dah tak mampu memandangkan saya pun terlilit dengan masalah sendiri yang belum terungkai.

Andai ada company korang yang guna sistem recommendation dan ada jawatan kosong sekitar KL, komen la saya boleh send resume saya mencuba nasib selagi masih ada kudrat dan akal yang waras.

Dan dengan rendah hati sekali lagi memohon doa dari pembaca agar segala kesulitan saya dipermudahkan dan jalan rezeki saya terbuka luas, dan moga doa yang baik2 akan kembali kepada yang mendoakan..maaf sekali lagi andai tulisan saya tak tersusun dan berterabur

Terima kasih admin dan pembaca sekalian, hanya Allah yang boleh balas jasa kalian.. Assalamualaikum…

– Hamba Musafir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *