Hai! Sempena bulan World Mental Health 2019 dengan tema Su*cide Preventation aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku sendiri berdepan dengan su*cidal. Buat pengetahuan pembaca, aku pernah beberapa kali menghantar artikel di dalam page IIUMC ini.
Masuk tahun ni, 3 tahun dah aku bergelut dengan penyakit mental. Clinical diagnosis with Dysthymia atau dipanggil juga Persistent Depressive Disorder atau Chronic Depression, through my reading ada juga disebut High Functioning Depression. Masa aku attend satu talk kat IDT mengenai Kemurungan, aku penah melontarkan soalan mengenai High Functioning Depression, psychiatrist itu berkata itu tidak ada tertulis dalam DSM.
Aku benci dengan penyakit ini, ia sepertinya terperangkap di dalam satu penjara gelap. Gelap hitam sampai kau rasa macam suffocated sehingga satu tahap kau rasa mati itu lebih baik dari kekal hidup. Kau berperang dengan diri setiap hari, kau marah dengan diri kenapa kau tak kuat. Setiap hari kau sedaya-upaya cuba mempamerkan bahawa kau ok, kau cheerful, kau boleh buat kerja dengan baik.
Hakikatnya, di satu sisi lagi sebenanya kau tak terdaya even nak bangun dari katil pun kau tak mampu, kau sentiasa beremosi, ada masa kau rasa sangat flat dan monotonous, kau selalu berada dalam ketakutan, selalu syakwasangka dengan orang sekeliling kau. Kau juga menyalahkan takdir. Kau sentiasa tertanya apakah tujuan Tuhan ciptakan kau di dunia ni?
Kau mahu sembuh, kau cuba dapatkan rawatan hospital tapi kau kecewa dengan layanan yang diterima. Tapi kau tak putus asa, kau teruskan psychotherapy dengan psychologist yang paling memahami kau walaupun kau selalu tak faham dengan diri kau sendiri. Kerana apa? Kerana kau dah tak terdaya melawan penyakit ini seorang diri sejak kau berumur sekecil 5 tahun.
2017, around October ada satu perasaan yang amat kuat untuk memb*nuh diri. Sebenarnya aku hampir-hampir menik*m diri dengan sebilah pisau yang aku pegang. Mujur aku cepat mencampak kan pisau, aku terduduk, takut dan sangat keliru dengan apa yang berlaku. Masa tu aku tak tahu siapa yang perlu aku hubungi, pada siapa yang aku percaya kalau aku cakap semua ni pasti aku di tuduh G*LA! Aku teringat malam sebelum tu ada satu psychiatrist texting aku.
Jadi aku fikir, baik aku bagitau dia yang aku rasa nak b*nuh diri, aku dah tak tahan dengan semua tekanan yang aku hadapi. Aku rasa nak mati sangat-sangat. Dia kata aku mesti kena ke A&E hospital terdekat. Aku memang tak nak sebab hospital yang aku terima rawatan ni macam apa entah, aku tak suka dengan medical officer dan nurses kat situ.
Hari tu aku pernah ke A&E, aku dengar staff sana berbisik “Psy patient, psy patient”. Woi aku dengarlah apa korang cakap! Apa hina sangat kah aku sebagai psy patient? Aku jugak kerja hospital, tapi aku tak pernah label patient aku sebagai penyakitnya.
Walaupun aku kurang kewarasan ketika itu, tapi aku gagahkan set appointment dengan psychologist aku. Dengan penuh hati-hati, psychologist aku tanya adakah aku ada detail plan b*nuh diri? Aku angguk dan diam. Perbincangan seterusnya seperti angin lalu sebab aku hanya diam membatu. Cuma satu benda yang aku ingat, dia seolah-olah merayu, “please open-up, please talk. We need to remove the ‘bullet’ inside you”.
Dan dari situ, aku tahu aku dah berjumpa dengan psychologist yang ada chemistry dengan aku. Kerana dalam masa sama aku juga menjalani therapy dengan psychologist di MENTARI dan Occupational Therapist di hospital aku menerima rawatan tetapi tidak ada persefahaman langsung. Jadi aku mengambil keputusan untuk default kesemua rawatan dari pihak hospital.
Namun aku masih meneruskan psychotherapy dengan private psychologist. Hingga October 2019, ini dah masuk sesi ke-35, maka dia sangat masak dengan semua perangai aku dan aku seringkali gagal jika ingin menipu atau dengan kata lain, cubaan untuk aku berpura-pura hide emotions.
Beberapa bulan selepas kejadian itu, sekali lagi aku diserang perasaan ingin b*nuh diri. Kali ini bukan secara fizikal seperti menikam diri sendiri menggunakan pisau. Sebelum tu aku dah texting psychologist bahawa aku perlu makan extra painkillers atas alasan aku ‘sakit’. Dia segera membalas “If there is physical pain, perhaps a medical doctor could help with that. If it’s emotional pain, the painkillers won’t work for that. We can make an appointment to talk if you would like”.
Aku juga sempat snap picture and send it to that psychiatrist. Aku cakap “aku perlukan kesemua jenis painkillers sebab aku ‘sakit’. Dia balas dan tanya “adakah aku tahu effect ubat tu ke atas organ badan aku?”. Of course aku tahu kerana aku juga petugas kesihatan di salah satu institusi kesihatan. Aku ada dalam 5-6 jenis ubat painkillers dalam simpanan aku, setiap satu jenis aku ambik 2 bijik. Lepas setengah jam, terus aku ting-tong dan collapse. Esok tu bangun pagi terus hilang rasa ‘sakit’ yang aku alami.
Walaupun aku down teruk, tapi sesi psychotherapy sangat banyak membantu aku proses semua emosi aku. Banyak faktor penyebab aku mengalami kronik depresi. Faktor penyumbang terbesar ialah trauma semasa childhood. Ya, aku mengalami tekanan emosi sejak kecil. Bayangkanlah selepas kau hidup 33 tahun, baru kau tahu apa yang berlaku terhadap ibu bapa kau (ayah aku meninggal umur 10 tahun).
Dan dari situ kau mula mengerti kenapa kau tak pernah tahu tarikh sebenar kau dilahirkan. Satu fakta pedih yang kau mesti terima. Paling perit, bila aku terpaksa bergelut untuk hidup selepas ayah aku meninggal, itulah detik paling hitam dalam hidup. Aku tak akan boleh lupa tangisan adik aku di dera oleh emak sendiri, aku di rotan oleh makcik dan terpaksa menelan nasi yang sudah basi akibat kelaparan yang amat sangat. Semua kepedihan itu aku proses dan cerna bersama psychologist yang aku trust.
Faktor ke-dua ialah bilamana atuk yang aku sayangi meninggal dunia September 2016. Atuk yang sudah anggap seperti emak dan ayah, insan paling penting dalam hidup aku. Atuk yang kutip aku masa aku ditinggalkan di dalam buaian masa aku berumur 2 minggu. Atuk yang membesarkan aku sehingga aku berjaya menjejak kaki ke Universiti. Selepas Atuk meninggal akibat strok, hampir 2 bulan aku menangis setiap malam. Aku hilang berat badan mendadak hingga jadi kurus kering, selera makan aku zero.
Faktor ke-tiga menjadi trigger sehingga aku dipaksa menerima rawatan di klinik Psychiatric ialah aku dituduh tidak mahu melakukan duty oleh colleagues di tempat kerja. Itu merupakan detik meletus segala emosi yang aku pendam wahlal aku tersangat passionate dengan kerjaya aku. Kerana selama ini aku sangat bersabar dengan layanan buruk yang diterima.
Namun hari itu tidak lagi. Dengan beban emosi grieving yang masih belum habis, dengan mood yang masih belum faham apa yang berlaku semasa aku kecil ditambah pulak tekanan di tempat kerja, semua ini terus menjatuhkan aku lembah paling gelap dalam hidup. Tiga kali aku ke wellness clinic, atas sebab chronic headache, insomnia, unexplained pain and UTI.
Kali pertama ke wellness clinic, medical officer mula mengesyaki aku mengalami kemurungan kerana aku menangis hampir satu jam. Dia memujuk aku ke Klinik Psychiatric, tapi aku enggan dan meminta dia memberi Lorazepam supaya aku boleh tidur lena. Kali ke-dua visit, dia memujuk lagi. Akhirnya selesai kali ke-tiga visit, aku bersetuju dirujuk itupun dengan syarat yang aku tetapkan sendiri.
Awal 2018, sekali lagi dugaan melanda. Aku jadi down tapi tak sehingga tahap ingin memb*nuh diri. Cuma aku kerap bertanya “Apa dosa aku sehingga Tuhan hukum aku sebegini?” Unexplainable pain aku mula terjawab bila aku selesai melakukan pemeriksaan MRI. Imej yang dicerap, menyebabkan aku terpana seketika, cuba mencari sedikit kekuatan. A
ku berkata “sekali lagi ujian untuk aku. Tabahkah aku untuk harungi?” Neurosurgeon maklumkan bahawa aku menghidapi satu keadaan dipanggil Posterior Arachnoid Cyst and Syringomelia. Posterior Arachnoid Cyst ialah congenital abnormality means sejak aku lahir benda ni dah ada dalam kepala otak aku, manakala Syringomelia itu terjadi sebab flow CSF yang terganggu kerana sedikit cerebellum aku tertolak ke Foreman Magnum.
Syringomelia itu menyebabkan aku mengalami kesakitan amat sangat pada bahagian bahu dan kebas di kesemua jari terutama jari tangan kiri. Neurosurgeon memberitahu Do and Don’t. Dengan coping skills yang di ajar oleh psychologist aku, aku cuba belajar menerima kesemua takdir yang sudah tertulis ini.
Ogos 2018, akibat tak tertanggung lagi sakitnya period pain dah heavy flow bleeding setiap bulan, maka aku memaksa diri berjumpa dengan Gynecologist di UMMC. Oleh kerana aku mempunyai kad insurans kesihatan, Gynecologist mencadangkan aku melakukan laparoscopic kali ke-2 kerana sejarah sebelum ini aku pernah menghidapi endometriosis tahap 3 dan juga cysts. Konsep insurans aku ini ialah pay and claim. Maka aku mendahulukan duit sendiri sebanyak 15k.
Selesai prosedur laparoscopic, alhamdulillah aku tidak mengalami apa-apa komplikasi berbanding pembedahan lalu yang menyebabkan aku terpaksa bermalam di HDU. Keesokan hari, Gynaecologist memaklumkan bahawa kesakitan semasa period yang aku alami ialah kerana uterus aku melekat di dinding peritoneum mungkin kerana komplikasi laparoscopic terdahulu, dan hanya ada sedikit endometriosis juga seketul fibroid kecil yang berjaya dibuang.
Ketika aku menjalani prosedur ini semua, aku sendirian kerana aku inginkan space untuk diri sendiri. Yang terpenting ialah aku tak mahu menyusahkan keluarga mahupun kawan-kawan. 3 hari 2 malam di wad, aku banyak bergantung pada nurse dan doktor yang merawat aku.
Banyak konflik yang berlaku sama ada dalam dunia pekerjaan mahupun dalam ruang lingkup keluarga aku sendiri. Sepak terajang, mainan politik di tempat kerja menyebabkan aku semakin kental menghadapi semua itu. Aku dah semakin mampu tangani dengan mekanisme yang aku belajar melalui sesi psychotherapy.
Setiap kali berlaku konflik, aku dah tahu macam nak react, macam mana nak soothe diri sendiri dan juga teknik yang betul bercakap dengan diri sendiri. Aku dah tahu cara nak comfort diri sendiri, how to say no, how to set boundaries without feel guilty. Jujurnya aku tak percaya akan sebegitu banyak perubahan yang berlaku dalam diri aku. Fikiran aku rasa tidak seserabut dulu lagi, hati aku lebih lapang. Dunia yang aku lihat kelam gelap, mula sedikit kelihatan warna-warni.
Tipulah kalau kata aku tak pernah down semula, banyak kali aku down dan slowly aku cuba bangkit kembali. Psychologist aku kata, “we’re human, we always need to support each other”. Psychiatrist pulak kata “ur journey is very unique, u should write it on”. Sebenarnya, satu sahaja aku nak cakap “Luar nampak tabah tapi dalam sebenarnya dah rebah”.
Jadi, dengan rasa rendah diri aku ingin rumuskan beberapa perkara.
Pertama, jika ada something wrong dengan diri kita tolonglah beri hak ke atas diri sendiri untuk menerima rawatan. Jangan nafikan hak tubuh badan dan fikiran kita.
Kedua, berdoalah tanpa jemu, minta pertolongan kerana hanya Tuhan sahaja yang tahu asbab berlaku semua ini, hanya Dia sahaja tahu peri pahitnya emosi yang dilalui.
Ke-tiga, sentiasa percaya pada diri sendiri bahawa kita mampu hadap, tak perlu jadi kuat, cuma cukuplah sekadar mampu melengkapkan kitaran hidup pada hari itu.
– Depression fighter-
– HNN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit