Hidup aku tak seindah macam dalam drama mahupuun novel, hidup yang sangat menyedihkan.
Aku start cerita dari aku kecik dulu.. mungkin story aku boring dan agak panjang tapi aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.
Start aku umur 5 tahun lagi, family aku layan aku teruk seolah2 aku anak angkat dalam keluarga. Adik beradik pinggirkan, mak ayah pilih kasih semua aku akan dipersalahkan, kalau pukul aku lah yang paling teruk.
Hubungan aku n adik aku yang ketiga tak berapa baik, selalu gaduh dan tiap kali gaduh semua side dia. Ibu or nenek aku saja sometimes side aku, ibu aku pernah bagitau yang ayah aku benci aku sejak lahir.
Aku datang dari broken family sejak kecik buatkan aku trauma sampai umur aku 22 tahun sekarang. Bukan jek sering dipukul dan dipinggirkan, family aku jugak orang susah.
Ayah aku ada pukul mak aku jugak, dia dulu tak bekerja, menharapkn duit mak aku umpama mak aku yang tanggung family.
Hubungan nenek aku (mak kepada ayah aku) dengan my mom tak begitu baik, ayah selalu side nenek. Ayah aku jugak selalu berhutang along.
Masa aku kecik sampai sekolah menengah hidup aku sangat susah, bila teringat balik aku sangat sedih.
Tak ada elektrik, tak ada air mandi di shell minyak disebabkan tak bayar bill, tv rumah pon ayah aku gadai. Tak ada laptop mahupon fon, if nak buat kerja sekolah akan pergi cyber cafe, duit belanja tak dapat, bawak bekal jek.
Kadang aku teringin jugak nak duit belanja macam anak2 orang lain, perasaan tu membuatkan aku sampai curi duit mak aku or tipu kata nak beli buku atau pinjam duit kawan.
Pergi sekolah hujan2 naik motor buruk kadang kena ejek dengan kawan, keadaan rumah pon teruk bocor sana sini. Makan bercatu, makan apa yang ada.
Yang paling aku ingat disebabkan takde tv kami adik beradik jalan kaki ke kedai mamak tengok dari jauh jek sebab tak mampu nak beli air cuz kami semua suka tengok bola kadang menghendap kat rumah jiran curi2 dengar siaran bola jdt.
Kereta tak ada, kami memang tak pergi bercuti macam orang lain, tiap kali beraya pon duduk rumah.
Sebenarnya dulu keadaan tak begitu teruk sampai lah nenek aku kedua2nya meninggal ayah aku macam patah semangat nak hidup.
Duit pusaka ayah aku salah gunakan, mungkin adik beradik ayah sumpah seranah sampai hidup sangat susah, if ayah as abang sulong bagi sama rata between adik beradik n guna duit tu sewajarnya mesti keadaan tak seteruk itu.
Bukan sahaja aku hidup susah, dipulaukan oleh family malahan kawan2 adik beradik pon jugak buat benda yang sma.
Nenek aku, sedara sepupu semua did the same thing seolah2 kemana2 aku pergi orang benci aku. Masa aku kecik aku dijaga oleh nenek aku, mak usu aku benci sangat dengan aku.
Nenek aku ada saka, macam ajaran sesat gitew dia kata aku paling banyak hantu kat badan lah, tiap seorang dari kami adik beradik n cousin kena dibersihkan dengan kemian semua, aku paling susah nak dibersihkan katanya.
Mak usu aku jugak tipu kata aku anak kayangan lah, anak bulan dan minta mak aku sediakan macam2, baju lawa2 untuk aku, makan sedap2.
Sampai sekarang aku tak faham apa motif dia buat semua tu, aku faham dia benci aku tapi apa dia dapat buat semua tu? Time tu aku budak2 tak mampu nak lawan so ikutkan jek.
Bayangkan duduk sorang2 malam2 tak tido sebab kena tunggu hantu keluarlah.. haihh bila terfikir rasa bodoh sebab ikut plus takut semua ada.
Selain tu kat sekolah aku kena the same things, dari tadika sampai sekolah menengah dibuli teruk. Aku trauma. Kawan tikam belakang, tak ada kawan always alone.
Bila balik pulak gaduh dengan adik beradik sampai aku depression, aku suka duduk dlm gelap sorang2, trauma tu still ada sampai aku besar ni.
Parents aku pandang ringan semua tu tapi kesannya sangat teruk at the end masa aku study di university aku sampai terfikir nak bunuh diri.
Mana tidaknya sampai university still sama, satu batch pulaukan aku sebab time tu aku pakai krim yang buatkan muka aku kelabu n nampak pelik, aku pulak jenis pendiam mmg orang bulilah.
Bila keadaan sekeliling terlalu menekan aku buatkan aku tak tahan nak hidup, masa dulu entah berapa banyak kali aku rasa nak lari rumah hidup sendiri start a new life alone tapi aku tahu kat luar lagi bahaya.
Air mata aku macam dah takde, penat menangis sampai macam hati kering dah, aku jadi makin kuat. Pengalaman, dugaan hidup menguatkan aku, banyak mengajar aku.
Masa aku keje pon sama, but getting better day by day bila aku dah besar ni, aku lega family aku dah okay dengan aku. Lebih menhargai, adik pon hormat lah aku better than before.
Aku diuji dalam dunia pekerjaan tapi normal lah adat cara rezeki. Disebabkan aku dah biasa tersakiti, diuji teruk apalah sangat rasanya ujian bekerja ni, hati aku betul2 cekal.
Keje aku sekarang as property agent. Gaji masyuk keje relax haha, but main dengan mental.
Aku berjaya jadi top sales company tiap bulan, dan semua top sales laki.. Tapi aku jek perempuan yang boleh sebaris dengan dorang malah aku berjaya kalahkan dorang means hati aku dah tak sama dengan perempuan lain.
Nampak lemah diluar dari segi fizikal tapi kuat mental tak mudah give up.
Cuma aku tak nampak jalan hidup aku, aku takde arah tuju tak tahu nak kemana.
Apa yang aku plan tak pernah jadi tapi semua yang berlaku ni diluar jangkaan, benda yang aku tak pernah bayangkan itu yang terjadi.
Hidup aku sangat boring, takde kawan takde boyfriend tak have fun macam orang muda lain.
Aku teringin nak ajar seorang sahabat pon jadi lah. Disebabkan dari dulu aku selalu ditikam belakang aku tak percaya kan sesape, aku berkawan dengan semua orang atau pilih untuk menyendiri that’s why aku takde kawan.
Tentang bf pulak.. Yelah keluar rumah pon malas macam mana nak ada bf, bukan tak laku ye cuma mungkin aku nak focus on career and study dulu. Jalan hidup aku masih kabur.
Aku harap all getting better day by day. Aku jatuh aku bangkit sendiri, I’m strong, so strong girl, even 22 tahun aku hidup sangat menyedihkan tapi aku masih bertahan sampai sekarang.
Alhamdulillah and congrats Mawar (nama samaran) u did it!!! Now focus on ur goals, improve yourself dari semua segi. Sikap, lifestyle, appearance and all.
Luahan aku di end of 2023.
Btw welcome 2024.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
you can do it mawar
Keep strong adik. Anda layak bahagia.
Meh kita kawan tapi akak da tua. Kalo x bole have fun dgn kawan…Cuba cari minat sis apa.dunia ni luas .kalo inferiority complex selalu baca alkauthar.