Untuk part I, (https://iiumc.com/1130am2252021/).
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, saya kakak yang tulis confession part 1 yang terseksa dengan class online adik-adik.
Saya menulis lagi part 2 sebab ada benda saya nak terangkan sikit and saya nak berterima kasih atas komen tuan puan, abang dan kakak yang bagi tips dan sokongan kepada saya.
Saya harap confession ini dapat disiarkan kerana ada perkara yang saya perlu jelaskan sebab saya rasa berdosa dan serba salah.
Perkara pertama saya nak terangkan dan jelaskan ialah tentang ibu bapa saya sebab macam ada ramai comment mention tentang ibu bapa saya. “Mana ibu bapa adik?” “macam tak kisah jer ibu bapa dengan pelajaran anak” dan lain lain.
Di confession yang pertama saya ada cakap yang mak ayah saya bekerja dan ada yang comment tak bermaksud boleh abaikan anak-anak. Astaghfirullah halazim … mak ayah saya tak pernah abaikan pelajaran adik adik saya begitu juga saya dan abang saya.
Mungkin silap saya tak terangkan lebih lanjut tentang pengorbanan dan usaha mak ayah saya sebab nak pointkan lebih kepada pdpr adik saya.
Mak saya seorang pensyarah and memang pagi-pagi ada kelas dan bila kadang-kadang kena pantau student jawab exam online, dan bila malam akhir-akhir ni mak saya kena rakam video untuk kemasukan pelajar baharu.
Tambahan lagi mak saya sebenarnya tak berapa sihat ada sakit saraf yang menyebabkan tak boleh bergerak sangat. Sometimes kena pergi klinik untuk checkup.
Sekarang mak saya kena bergilir gilir dengan kawan sekerja untuk bekerja di pejabat ataupun bekerja dari rumah dan apabila giliran bekerja dari rumah, mak saya memang akan pantau ataupun memasak untuk kami semua.
Bila malam, mak saya akan mengajar adik-adik saya mengaji tapi sejak saya cuti sem ni, saya yang ada offer nak mengajar adik saya dengan sebab:
1. Mak saya akan sangat sibuk dengan kemasukan baharu.
2. Adik saya banyak meragam bila mak yang ajar dan ada kalanya adik saya menangis sebab terasa apabila kena tegur.
Jadi saya tak sampai hati dan ambik tempat mak saya dengan ajar dia pulak sebab fikir mungkin dia akan lebih selesa kalau kakak yang ajar.
Berkaitan ayah saya pula, ayah saya banyak membantu dengan sediakan tempat belajar macam haritu renovate rumah dan ayah saya sediakan tempat belajar untuk kami semua.
Ayah saya bekerja dalam bidang keselamatan jadi setiap hari sejak pkp ayah saya tak boleh missed tak pergi kerja.
Malam- malam ayah akan pantau saya ajar adik adik. Bab makanan, dan peralatan pdpr ayah saya yang selesaikan. Ayah saya akan cuba penuhi sekiranya mampu.
Sebelum saya confession yang pertama disiarkan, saya memang dah suarakan pendapat saya dengan ibu bapa dengan abang.
So, ibu bapa memang ada penuhi permintaan untuk sediakan whiteboard dan peralatan mengajar supaya saya boleh ajar adik-adik saya math dengan lebih baik.
Abang saya pula dalam fasa nak selesaikan permohonan masuk kampus bulan mac nanti jadi agak sibuk tapi tetap ada marah dan nasihat adik lelaki saya tu .
Persoalan kedua:
Adik awak memang sebelum ni macam ni atau sejak pdpr?
Jawapan saya, sejak pdpr sebabanya dia jadi terganggu dengan adanya telefon dan jiran-jiran berdekatan yang sebaya yang ajak dia main telefon.
Btw saya ada 3 adik, Ada adik perempuan sorang form 4 dan sorang darjah lagi tapi yang main character dalam confession tu satu satunya adik lelaki dan form 1.
Tapi sejak ada whiteboard, dia dah kurang meragam sangat. Sekarang dia boleh selesaikan soalan pecahan tanpa banyak main dan ini pun dah buat saya bersyukur.
Masa belajar dia pun saya dah ubah. 2-4 petang belajar dan sambung 8-9 malam.
TIPS PDPR ONLINE YANG SAYA DAPAT DARI KOMEN:
1. Classroom setting seperti whiteboard dan meja tulis (Alhamdulillah snagat berkesan).
2. Tetapkan waktu tidur (masih terkapai kapai sebab dari tahun lepas tidur lambat).
3. Checklist solat dan mengaji.
4. Guide adik, cari arah dan minat belajar.
5. Family link untuk pantau phone.
6. Slow talk (terangkan why kena belajar) saya dah pernah buat and berkesanlah jugak sebab saya ingat lagi saya tanya dia tak nak umi dengan abah bangga ke dia dari berbaring terus duduk disebabkan rasa bersalah.
Ada juga tips lain seperti rotan.. yang ni saya simpan dulu. Saya tak nak guna kekerasan sebab lagi saya marah lagi dia akan memberontak sebab dia memang macam ni. Tapi sejak saya slowtalk, bagi dia makan time saya mengajar dia dah makin okay Alhamdulillah.
Terima kasih kepada ibu bapa, abang kakak yang komen. Ada juga yang puji saya kata saya kakak yang baik. Alhamdulillah terima kasih. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang datang daripada diri saya sendiri.
Terima kasih juga kepada yang doakan adik saya jadi rajin. Saya doakan juga kepada adik-adik dan anak anak tuan puan supaya boleh hadap pdpr dengan cemerlang
Terima kasih daripada saya,
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit