V*ginismus. Rasanya sekarang ni dah banyak pendedahan tentang v*ginismus?.
Penyakit ni common untuk orang2 Asia sebab kita tidak didedahkan dengan S*x Education yang sebaiknya. Korang boleh je kot google ape itu v*ginismus?.
Aku ada v*ginismus?, dah 4 tahun berkahwin.
Sayu hati tengok orang semua dikurniakan rezeki zuriat, aku cuma boleh pendam rasa dan keinginan tu. Takde tempat nak bercerita, sebab masalah v*ginismus? ni macam suatu aib untuk orang perempuan.
Nak bercerita malu, segan, orang tak faham.
Orang mudah memperlekehkan masalah vaginismus ni hanya permainan minda, terlalu takut sangat, takut sakit.
Kesian lah kat suami tu tak merasa penetrasi, tak merasa hubungan kelamin yang normal. Cakap2 orang yang macam ni buat aku malu nak kedepan, bercerita masalah.
Masa awal perkahwinan dulu, benda ni selalu jadi pergaduhan dalam rumah tangga, yelah suami tak dapat nafkah batin kan.
Dan kami berjumpa doktor di hospital swasta, doktor tu bersikap pesimist terhadap aku, katanya aku ni penakut sangat.
Lalu dia seluk jari dia dalam v*ginaku, menunjukkan begini lah cara nak selesaikan v*ginismus? ku. Sumpah sakit, tapi tak membantu langsung untuk mengubati.
Aku mencuba dan mencuba dengan suami, masih tak berjaya. Dan lebih menyusahkan lagi untuk kami suami isteri ialah bila suamiku ada masalah PE (premature ejaculation).
Ya Allah, banyak ya ujian satu per satu tuhan bagi taktau kenapa. Kenapa ya kami nak berhubungan kelamin sangat lah susah tak mudah macam pasangan lain. Apetah lagi nak dikurniakan rezeki zuriat.
Kenapa benda yang seronok dan nikmat Tuhan bagi ni, Allah susahkan untuk kami dan mudahkan orang lain.
Sampailah baru2 ni, PKP sebab covid ni…
Kami suami isteri jadi lebih sefahaman lebih memahami masalah dan struggle satu sama lain sebab PKP ni buka ruang untuk kami jadi lebih rapat, lebih berkomunikasi antara satu sama lain.
Dan disebabkan moratorium, kami ade simpanan duit sikit yang membuatkan kami tekad, nak TTC betul2, jumpa doktor pakar untuk selesaikan mslah batin kami berdua.
Bermula dengan suami, dia ambik inisiatif buat Semen Analysis, alhamdulillah result pass.
Kemudian turn aku pulak, jumpa doktor pakar, cerita masalah yang sbenarnya dan kami berhasrat nak buat IUI sebab kami tak berjaya penetrasi akibat v*ginismus? dan PE ni.
Doktor suggest pada aku, untuk buat IUI mesti buat HSG test dulu untuk check Tiub Fallopian ade tersumbat ke tak.
Tapi disebabkan masalah vaginismu ku, doktor suggest buat Laparoscopy (Tebuk perut) untuk check tube dan dalam masa yang sama buat v*ginal dilation (v*ginal penetration menggunakan alat sperti dildo untuk besarkan jalan v*gina tu).
Alhamdullilah, operation berjalan lancar, sedar2 dari operation terasa lah sakit sikit di v*gina dan perut disebabkan dua procedure tu. Doktor jumpa cyst kecil di ovari kanan, dan teros dibuang.
Alhamdulillah juga aku takde masalah kesuburan yang lain, semuanya perfect rahim cantik, tube dan ovari pun takde masalah.
2 minggu slepas operation, jumpa doktor lagi skali, dia nak ajar cara untuk masukkan syringe untuk letak ubat di v*gina, ubat ni untuk moisturizer kan v*gina supaya tak kering (kering boleh menyebabkan kesakitan semasa bersama).
Masa doktor masukkan syringe, sizenya kecik ja sebesar jari, tapi Allahu sakit sangat rasanya. Malu jadinya depan doktor sebab aku mengerang kesakitan sampai menggigil2.
Aku fikir lepas v*ginal dilation aku takkan rasa sakit lagi, tapi masih terasa sakitnya.
Kata doktor, selaput dara ku masih ada dalam 50% menyebabkan sakit tu masih ade. Ahhh aku frust lagi sekali, rasa macam habes duit banyak dah tapi v*ginismus? aku masih belum terubat.
Sekarang ni aku buntu, dah mencuba praktis dengan suami untuk bersama dan cuba penetration, masih gagal. Tak berjaya jugak, masalah PE suami pun masih tak dapat diatasi.
Akhirnya dua2 pun frust buntu taktau nak buat ape. Walaupun suami setiap hari memujuk, bagi kata semangat untuk terus berusaha, tapi aku give up.
Tak nampak jalan dan mcamana nak atasi semua ni. Doktor advise untuk jangan proceed IUI dulu sebaiknya selesaikan masalah v*ginismus? dulu sebab aku dan suami tiada masalah kesuburan lain.
Sperm ok, rahim pun ok. Tapi masalah fizikal kami ni yang menjadi berat sangat rasanya. Allahu ape lagi yang kami harus buat, jalan mana lagi yang harus kami pergi. Berat dugaan mu ini.
Betullah ya, ujian setiap manusia tu lain2. Ada orang dimudahkan rezeki zuriat, tapi rezeki lain mungkin kurang. Ada orang dimudahkan rezeki berhubungan kelamin dengan suami, tapi rezeki zuriat susah.
Dan aku dimurahkan rezeki lain, tapi rezeki untuk berhubungan kelamin dengan suami susah, apatah lagi rezeki zuriat.
Aku minta maaf lah kalau post ni berbaur lucah atau terlalu open, tapi perkara ni perlu dibincang kerana ramai perempuan yang seperti aku, malu dengan masalah ni, takde tempat nak share dan mengadu.
Mintak doa korang semua agar aku boleh survive v*ginismus? ni dengan sebaiknya dan dikurniakan rezeki zuriat.
Sekiranya ade sapa2 yang ade pengalaman sama sperti aku dan berjaya berubat, mintak korang share caranya ataupun suggestkan doktor/ hospital yang boleh bantu masalah aku.
Aku doakan semua yang ade v*ginismus? kita sama2 dimudahkan untuk berubat dan pada yang TTC, kita sama2 dikurniakan rezeki zuriat. Terima kasih semua.
– Serra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit