Untuk part I, (https://iiumc.com/maruah-melayu-makin-tenat/).
Sedih bila aku baca komen tentang apa yang aku confess berkenaan Maruah melayu makin tenat.
Bukan sedih sebab kena maki/ perli, tapi sedih sebab ada juga golongan yang menyokong perbuatan maksiat asalkan ianya ‘protected’ dari sudut medical sahaja tanpa mengambil kira sudut rohani.
Kita diajar untuk merawat pesakit secara menyeluruh (as a whole) fizikal dan rohani (spiritual). Kan? Bukan secara fizikal sahaja.
Tujuan aku confess adalah untuk menyatakan isi hati aku yang agak kecewa bila pesakit yang aku layan secara profesional, aku beri nasihat dari segi medical dan spiritual secara berhemah,
Tetapi masih tiada kesedaran diri tentang bahayanya penyakit kelamin, komplikasi berkenaan masalah sosial, masalah kewangan, masalah rohani dan agama.
Dan aku highlightkan bangsa kita sebab dalam ramai-ramai pesakit, hanya 1 2 orang sahaja bangsa lain datang ambil rawatan penyakit kelamin di klinik aku.
Aku tak pernah sekali pun kata bangsa lain suci dari masalah ni. Tapi aku lebih selesa bercerita tentang apa yang ada di depan mata aku yang perlu aku hadap.
Aku risau dan sedih bila masih lagi ada yang menyokong safe s*x semata-mata tanpa mengambil kira isu agama.
Aku juga mengokong safe s*x tapi bukan bermakna aku menggalakkan orang ramai berzina dengan cara selamat. Bukan. Safe s*x ada banyak sudut isu yang perlu diberi perhatian.
Contohnya: kau dapat HIV dari ibu ayah kau. Kau adalah manusia yang ‘tak berdosa’ bila dibincangkan mengenai punca HIV kau.
Kau nak berkeluarga dan hidup bahagia bersama orang tersayang. Kau boleh amalkan safe s*x asalkan kualiti hidup kau dan suami/ isteri kau bahagia dan jalani hidup suami isteri yang dirahmati Allah.
Tapi kalau safe s*x itu untuk zina, aku bukan hanya nasihatkan pesakit aku tentang masalah penyakit kelamin sahaja,
Aku akan nasihat pesakit aku secara berperingkat untuk jauhi dan tinggalkan zina sebab aku adalah saudara seagamanya.
Aku tak akan judge pesakit aku sewenang-wenangnya tanpa selidik masalah disebalik perbuatan zina dia. Kalau dia ada kemurungan, aku bantu rujuk ke bidang yang berkaitan.
Bukan rawatan touch and go macam tu sahaja. Cuma aku kecewa bila aku dah nasihat secara profesional, dah bincang sama-sama apa punca yang membawa dia ke arah zina,
Tapi rupa-rupanya dia berzina hanya sebab nafsu, wang ringgit untuk memenuhi kehendak dan bukannya untuk menyambung keperluan hidup.
Kalau kau sebagai seorang doktor dan kau galakkan safe s*x tanpa menegur pesakit kau untuk jauhi zina, aku rasa kau patut takut. Takut dengan Allah.
Tapi kalau kau bukan beragama islam, aku tiada masalah. Kerana pegangan agama kita tak sama dan aku tidak akan memaksa.
Kita semua pendosa. Aku pun sama. Tapi aku cuba untuk berubah kepada yang lebih baik.
Aku doakan pesakit-pesakit aku diberi hidayah Allah, ditenangkan hatinya dan dijauhi dari terus melakukan maksiat.
Untuk pembaca lain yang turut terkesan dengan komen-komen yang kau berikan, aku harap pembaca-pembaca tu sama-samalah doakan supaya kau turut diberi hidayah Allah. Aamiin.
– Meez (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit