Euthanasia atau mercy killing adalah tindakan menghentikan penderitaan keatas individu/haiwan yang mengalami sakit kronik yang tiada harapan untuk sembuh yang dipercayai tidak mampu mencapai kualiti hidup yang baik jika dibiarkan hidup.
Atas dasar kebajikan pesakit, Euthanasia dipercayai adalah jalan menghentikan penderitaan dengan menghentikan talian hayat individu pesakit**
**Saya mempunyai anak kucing yang takdirnya istimewa bernama Nana. Nana dan 3 adik beradiknya Mocha, Bella dan Leo mengalami kecacatan sejak lahir. Antara mereka berempat, Nana sudah ditahap kritikal.
Memandangkan keadaan Nana yang telah kronik, Dr menasihati saya untuk mematikan Nana dengan memberikan suntikan ‘tidur selamanya’ atau ‘put to sleep’ (PTS), demi menjaga kebajikan Nana.
10/2/2021
Nana telah mengalami pernafasan acute yang mana nebulizer dan injection tidak mampu meredakan. Maka Nana dikejarkan ke Animal Medical Centre untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
11/2/2021
Dr meminta saya ke AMC untuk berbincang tentang keadaan Nana. Saya bergegas ke sana dan sebaik tiba, Dr menjelaskan tentang keadaan Nana yang semakin memburuk.
Sambil menunjukkan X-ray Nana, Dr menjelaskan yang Nana mengalami Nutritional Secondary Hyperparathyroidism yang menyebabkan bone density deficiency dan congenital distandard bone structured.
X-ray menunjukkan warna tulang Nana almost transparent bermakna keadaan tulang Nana yang rapuh. Keadaan tulang belakang badan dan kaki belakang Nana bengkok menyebabkan Nana akan menjadi Kucing Kurang Upaya (KKU).
Perut Nana penuh dengan makanan dan najis kerana Nana sudah tak mampu ‘membuang’.
Kata Dr, setakat ini tidak ada kaedah rawatan yang sesuai untuk merawat congenital issue ini lebih2 lagi keatas kitten dan prolonged cause untuk mereka yang semakin membesar, keadaan akan menjadi semakin teruk.
Dr anggarkan hanya 2-5 % peluang Nana untuk sembuh. Jika survived, Nana akan mengalami cacat kekal.
Dr mencadangkan buat masa ini, yang terbaik adalah untuk saya ‘put to sleep’ Nana, memandangkan tulang Nana yang sangat rapuh, ditambah dengan struktur tulang sejak lahir yang tidak normal, serta Nana tidak mampu lagi berjalan dan buang air.
Nana juga tidak mampu bernafas tanpa bantuan oksigen tambahan. Bawa Nana pulang adalah satu risiko buat Nana, dan yang terbaik adalah lepaskan Nana.
Saya teringat anak2 lain bertiga dirumah. mereka semua berkeadaan sama seperti awal2 Nana menunjukkan tanda sebelum ini.
Dr kata, jika melalui apa yang saya cerita, anak2 bulus dirumah juga akan alami nasib yang sama memandangkan mereka adik beradik dan sedang menunjukkan simptom yang sama iaitu Leo lumpuh, manakala Bella dan Mocha limping.
Kata Dr adalah baik untuk hentikan sengsara mereka.
Dr benarkan saya melawat Nana, ketika melihat saya, Nana merayu2 panggil saya untuk ambil dia. Nana gigih bangun untuk datang dekat pada saya.
Tapi saya tak boleh buka oxygen chamber, jika tidak, oxygen level akan drop. Saya hanya mampu menangis minta maaf. Saya tak mampu lama disitu. Hampir meraung saya memikirkan yang saya perlu matikan Nana.
Saya nampak keinginan dia untuk terus hidup. Dr kata selera Nana masih baik. Makan dan minum sendiri.
Apakah mampu saya beri keizinan untuk Nana dimatikan? Benarkah saya berhak? Jika Nana diberi pilihan, adakah itu pilihan Nana? Semua soalan2 ini bermain difikiran saya.
***
Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Laju sahaja air mata gugur. Tak terbayang ‘anak2’ yang saya sambut dari lahir, saya jaga dan tatang sepenuh kasih sayang menderita seteruk ini.
12/2/2021
Waktu ini, saya benar2 tidak dapat buat keputusan, saya minta 2 hari lagi untuk saya buat keputusan.
Pada awal saya rescue Lucy, ibu Nana, tidak pernah saya cuba bercadang untuk breedkan, saya sudah plan untuk spay, tetapi kerana masih kecil, saya terpaksa tunggu. Kuasa Allah, Lucy pregnant walaupun masih kecil seawal usia 4-5 bulan.
Semasa pregnant, saya jaga kandungan Lucy sebaiknnya, dan sewaktu Nana dan adik2 dilahirkan, saya cube provide sebaiknya dengan harapan bila besar sedikit, akan saya open for adoption. Tetapi perancangan Allah s.w.t melebihi segalanya.
Mereka sakit. Adalah menjadi amanah saya untuk menjaga mereka sebaiknya.
Walau saya tidak berkemampuan, saya percaya setiap yang hidup dimuka bumi, ade rezki masing2. Jika bukan melalui saya, melalui orang lain. Jadi usaha saya reach kepada public dengan mengumpulkan dana awam untuk merawat.
Tapi ada suara2 yang minta saya ukur baju dibadan sendiri. Sudah tahu tidak berduit, mengapa mahu dirawat kucing? Mengapa bela in the first place?
Jadi harus bagaimana saya lakukan? Walaupun kelahiran mereka tidak dirancang, kasih saya pada mereka tidak pernah membeza. Tak tergamak saya nak tinggalkan mereka di pasar2 atau tepi jalan dalam keadaan mereka begini.
Open adopt? Jika mereka sakit, siapa yang mahu adopt? Tidakkah mereka tahu sebagai khalifah dimuka bumi menjaga kebajikkan haiwan itu adalah fardhu kifayah?
Saya tertanya2, apakah yang mommies and daddies sekalian akan lakukan jika berada di tempat saya?
Bantulah saya buat keputusan dan apa pun pendapat anda, saya hormat. Saya raikan perbezaan pendapat, dan semoga Allah lorongkan saya dengan pilihan yang tepat.
*
Terlalu banyak untuk saya cerita, saya sangat beremosi. Air mata saya tak mampu nak tampung. Satu2 saya akan cerita lebih lanjut apa yang terjadi pada Nana dan adik2 yang lain. InsyaAllah.
#pray4Nana
– Cik Salmah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit